
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan menamatkan perkhidmatan aplikasi perbankan mudah alih, GO, dan platform perbankan internet www.bankislam.biz berkuat kuasa 28 Jun, 2025.
Dalam satu kenyataan, bank itu berkata sejak pelancaran aplikasi perbankan mudah alih baharu dan dipertingkatkan iaitu BIMB Mobile dan BIMB Web (web.bimb.com) pada November 2024, lebih 90 peratus daripada pengguna sedia ada sudah menggunakan platform perbankan digital baharu tersebut.
“Peralihan yang memberangsangkan ini telah mempercepatkan tarikh penamatan perkhidmatan dari 28 Nov, 2025 kepada 28 Jun, 2025, iaitu enam bulan lebih awal daripada jadual, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank Islam dalam menyampaikan pengalaman perbankan yang lancar dan selamat,” katanya.
Menurut Bank Islam, bagi memastikan akses yang lancar dalam perkhidmatan perbankan, pelanggan digesa beralih kepada platform baharu dengan segera.
“Penyelesaian yang sudah dinaik taraf ini menyediakan fungsi yang lebih baik, ciri-ciri keselamatan yang lebih kukuh termasuk log masuk biometrik, pengesahan keselamatan transaksi dan antara muka intuitif, yang mencerminkan komitmen Bank Islam terhadap inovasi digital dan perkhidmatan berpusatkan kepada pelanggan,” katanya.
Sementara itu, BIMB Mobile menawarkan pengalaman digital yang diperbaharui dengan paparan antara muka yang lebih lancar, prestasi teguh dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan, termasuk log masuk biometrik dan pengesahan transaksi selamat.
Justeru, dengan beberapa sentuhan mudah, pelanggan boleh menguruskan perkhidmatan perbankan utama seperti semakan baki, pemindahan dana, pembayaran bil, transaksi QR DuitNow, bayaran zakat, penyelenggaraan Debit Card-i dan Akaun Emas-i Bank Islam yang baharu diperkenalkan.
— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.












