Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2025

Bulan Mei 2025 menyaksikan pasaran saham tempatan bergerak dalam suasana yang mencabar, dengan beberapa saham patuh syariah mencatatkan prestasi negatif yang ketara. 

Walaupun sebahagian pelabur terus berhati-hati dalam membuat keputusan, terdapat juga yang melihat kejatuhan harga sebagai peluang untuk mengkaji semula strategi pelaburan mereka. 

Dalam artikel ini, kami senaraikan 10 saham patuh Syariah yang mencatatkan kerugian terbesar sepanjang Mei 2025, berdasarkan peratusan penurunan harga saham. Senarai ini bertujuan memberi panduan dan pemahaman lebih mendalam kepada pelabur Muslim terhadap risiko dalam pasaran ekuiti.

FBM KLCI

Sumber: TradingView

Pasaran menunjukkan tekanan jualan sepanjang hujung bulan Mei. Pelabur mungkin mengambil untung selepas kenaikan pada awal Mei. Penurunan ini mungkin dipengaruhi oleh sentimen luaran seperti pasaran global, data ekonomi, atau pengumuman dasar kerajaan. Indeks KLCI juga menunjukkan trend penurunan pada hujung bulan Mei 2025 dengan indeks menurun di bawah EMA 20.

Mari kita lihat 10 saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mei 2025.

1. SINARAN ADVANCE GROUP BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat yang lebih dikenali sebagai $Sinaran ini merupakan saham patuh syariah paling rugi bagi bulan Mei 2025. 

Mana tidaknya, saham ini susut sebanyak 73.68%. Saham yang dibuka pada harga RM0.095 di awal bulan akhirnya ditutup pada harga RM0.025 pada 30 Mei 2025. 

Sinaran juga belum lagi mencatatkan keuntungan tahunan sejak 2018 lagi.

Sumber: KLSE Screener

2. KEY ALLIANCE GROUP BERHAD

A graph with a line going upAI-generated content may be incorrect.
Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan kedua adalah Key Alliance atau KGROUP. Saham Kgroup susut sebanyak 49.18%. 

Sumber: KLSE Screener

Kisah KGROUP lebih kurang sama dengan Sinaran kerana mencatatkan kerugian pada banyak tahun sebelum ini. Bezanya, KGROUP pernah mencatatkan keuntungan pada tahun 2021.

Seorang individu yang agak dikenali dalam arena politik iaitu Datuk Farhash Wafa Salvador telah dilantik menjadi Pengerusi setelah memegang 5.548% dalam syarikat Key Alliance.

Baca: Farhash Wafa Salvador dilantik jadi Pengerusi baharu Key Alliance

3. OMESTI BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Bagi yang telah lama terlibat dalam saham terutamanya ketika pandemik Covid pada 2020 pasti mengenali saham ini. Saham Omesti lebih aktif pada ketika itu tetapi telah menyepi sekarang.

Saham Omesti telah berada dalam fasa downtrend sejak Ogos 2020 lagi. Harga terkini (30 Mei 2025) Omesti adalah RM0.105 sahaja. Omesti susut 30% pada Mei 2025.

Syarikat ini terlibat terutamanya dalam pengedaran perisian dan perkakasan teknologi maklumat (IT). Ia juga menyediakan perkhidmatan integrasi sistem yang disesuaikan untuk platform perkakasan. Dahulunya dikenali sebagai Formis Resources Bhd.

4. HSS ENGINEERS BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan ini terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan projek serta perkhidmatan Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling – BIM). Syarikat ini telah disenaraikan pada 10 Ogos 2016.

HSS Engineers dibuka pada harga RM0.845 di awal bulan dan ditutup pada RM0.600. Sepanjang Mei 2025, HSS Engineers telah merosot sebanyak 28.99%.

Jika dilihat pada carta dan teknikal, HSS Engineers berada jauh dari EMA20 menandakan belum ada tanda-tanda rebound dalam masa terdekat.

5. YBS INTERNATIONAL BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan kelima adalah YBS International setelah kehilangan RM0.10 atau 27.78% dari nilai sahamnya.

Harga YBS di awal bulan adalah RM0.36 dan akhirnya ditutup pada RM0.26. Setelah jatuh mendadak pada Februari 2025, YBS dilihat tidak berjaya membuat rebound setakat ini. 

6. CBH ENGINEERING HOLDING BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan ini merupakan penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik yang khusus dalam sistem agihan bekalan elektrik. Ia menjalankan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan bagi sistem elektrik Voltan Tinggi (HV), Voltan Sederhana (MV), Voltan Rendah (LV) dan Voltan Sangat Rendah (ELV). 

Syarikat ini telah disenaraikan pada 16 Januari 2025.

Harga IPO CBH adalah RM0.28 sesaham. Pada hari pertama disenaraikan CBH berjaya ditutup pada RM0.335.

Pada bulan Mei 2025 ini, harga CBH ditutup pada RM0.220, 26.67% lebih rendah daripada harga di awal bulan.

7. SYNERGY HOUSE BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan ketujuh adalah Synergy House Berhad. Setelah mencatatkan kenaikan ketara pada tahun lepas, nampaknya Synergy mula membuat trend yang berlawanan.

Pada bulan Mei 2025 sahaja, Synergy telah kehilangan RM0.20 sesaham atau bersamaan dengan 25%.

8. RICHTECH DIGITAL BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan ini terlibat terutamanya dalam pengedaran tambah nilai elektronik serta penyediaan perkhidmatan pembayaran bil melalui platform SRS. Syarikat ini telah disenaraikan pada 17 Februari 2025.

Richtech dibuka pada harga RM0.310 dan ditutup pada RM0.235. Ia menyebabkan Richtech susut 24.19% pada Mei 2025.

Harga IPO Richtech adalah RM0.25. Harganya sekarang telah berada di bawah harga IPO.

9. RGT BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Aktiviti utama syarikat ialah reka bentuk dan kejuruteraan, pembuatan serta pemasangan produk plastik acuan. Dahulunya dikenali sebagai Asia Knight Bhd.

Sumber: KLSE Screener

Syarikat ini telah mencatatkan keuntungan secara konsisten dalam lima tahun kewangan yang lalu. Keuntungan bersih berlegar antara RM1.8 juta hingga RM10.0 juta, dengan keuntungan bersih bagi tahun kewangan terkini berjumlah RM5.3 juta.

Namun, dalam tiga suku tahun terkini, prestasi syarikat tidak konsisten. Jumlah keuntungan bersih bagi tempoh tersebut adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Kemerosotan tahun ke tahun ini berpunca daripada margin keuntungan yang lebih lemah.

RGT susut 23.26% pada Mei 2025.

10. MAYU GLOBAL GROUP BERHAD

Manage

Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan kesepuluh adalah Mayu Global Berhad. Kumpulan ini terlibat terutamanya dalam pembuatan, perdagangan dan pemprosesan produk berkaitan logam, serta pembangunan hartanah. 

Dahulunya dikenali sebagai Atta Global Group Bhd (sebelum itu, pada 7 Oktober 2015, namanya telah ditukar daripada SMPC Corporation Bhd). 

Mayu Global berada dalam fasa downtrend sejak 2021. Kini harganya tinggal RM0.130. Tidak hairan sekiranya saham Mayu Global tetap meneruskan trend penurunan. 

Syarikat ini susut 18.75% untuk bulan Mei 2025.

Penutup

Prestasi buruk dalam jangka pendek bukanlah petanda mutlak bahawa sesuatu saham tiada potensi untuk pulih. Namun begitu, pelabur terutamanya yang mematuhi prinsip pelaburan syariah perlu menilai setiap syarikat secara menyeluruh, termasuk faktor asas, sentimen pasaran dan prospek industri. Senarai ini diharap dapat membantu pelabur membuat keputusan lebih bijak dan berinformasi. 

Seperti biasa, diversifikasi dan disiplin pelaburan kekal sebagai kunci utama dalam menghadapi turun naik pasaran.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.


Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam! Kami ada sediakan tutorial, boleh klik sini.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.