Ducati Sasar Bahagian Pasaran 6.5 Peratus Selepas Lancar Dua Model, Bilik Pameran

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Ducati Malaysia menyasar untuk meningkatkan bahagian pasaran kepada 6.5 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) pada akhir 2023 berbanding lima peratus pada masa ini.

Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael berkata peningkatan pasaran itu akan menyamai peningkatan jualan kira-kira 30 peratus jualan pada 2022.

Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa pelancaran dua model baharu Ducati, Panigale V4R dan Monster SP di sini pada Isnin.

Menerusi pelancaran itu, kedua-dua model terbabit menambah barisan motosikal berkuasa tingginya.

Harga jualan asas Panigale V4 R adalah RM458,900 manakala Monster SP berharga RM98,900, katanya.

Pasaran sasaran bagi Panigale V4 R adalah semata-semata untuk kalangan pengumpul memandangkan model ini tidak banyak dihasilkan dan motosikal ini untuk kegunaan litar.

“Motosikal ini merupakan juara di litar bagi sesiapa yang menggemari kelajuan dan pada masa yang sama menyimpannya sebagai koleksi,

“Sementara itu Monster SP disasarkan untuk mereka yang menggemari sukan tunggangan, kegunaan litar, peminat motosikal berkuasa tinggi dan pada masa sama sebagai kegunaan harian,” katanya.

Michael berkata dua unit Panigale V4 R telah dijual, dan Ducati Malaysia menjangkakan dapat menjual sekurang-kurangnya 20 motosikal Monster SP.

Sementara itu, Ducati Malaysia turut melancarkan pengedaran baharu bernilai RM1 juta yang terletak di Wisma Pahlawan, di sini.

Kemudahan ini meliputi bilik pameran dan pusat servis motosikal khusus dengan kapasiti sehingga 100 motosikal sebulan.

“Pembukaan bilik pameran Ducati Kuala Lumpur merupakan satu peristiwa penting bagi kami — sambutan bagi pertumbuhan dan evolusi berterusan jenama ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

PROTON Cemerlang Jual 16,995 Unit Pada Mei, Saga Model Terlaris Malaysia Bulan Lalu

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) terus menguasai pasaran automotif Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 16,995 kenderaan pada Mei.

Prestasi itu dicapai walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dianggarkan susut 15.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Prestasi kukuh itu meningkatkan jualan PROTON bagi setakat tahun ini kepada 84,294 unit dalam lima bulan pertama 2026.

Jumlah itu mewakili peningkatan 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan memberikan syarikat pegangan pasaran dianggarkan 26.7 peratus.

Pertumbuhan itu dicatatkan ketika TIV keseluruhan dianggarkan menguncup 1.4 peratus dalam tempoh yang sama, sekali gus menunjukkan keupayaan pengeluar automotif itu untuk meningkatkan pegangan pasaran dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Pemacu utama prestasi Mei ialah kebangkitan semula model Proton Saga, yang kembali menjadi kenderaan paling laris di Malaysia dengan 7,398 unit didaftarkan pada bulan lalu, sekali gus meningkatkan jualan setakat tahun ini sebanyak 41 peratus kepada 37,375 unit.

Syarikat itu turut melaporkan permintaan kukuh bagi model Proton S70 dan Proton X50, masing-masing mencatat jualan 2,350 unit dan 2,793 unit.

Jualan terkumpul Proton S70 meningkat kepada 10,525 unit, manakala Proton X50 mencapai 12,967 unit, sekali gus menjadi model dengan jualan tertinggi dalam segmen kenderaan utilitik sukan (SUV).

Sementara itu, Proton X90 terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV D dengan jualan mencecah 402 unit pada Mei, menjadikan jumlah jualan YTD meningkat 38.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa, berkata prestasi itu mencerminkan keyakinan pengguna yang berterusan terhadap kenderaan yang menawarkan nilai, teknologi dan pengalaman pemilikan yang baik.

Selain itu, perniagaan kenderaan elektrifikasi PROTON turut mencatat keputusan memberangsangkan apabila penghantaran gabungan model e.Mas mencecah 3,022 unit pada Mei merangkumi pasaran domestik dan eksport.

Jualan bagi model e.Mas setakat tahun ini pula mencapai 14,687 unit selepas lima bulan pertama tahun ini.

Model hibrid plug-in (PHEV) baharu Proton e.Mas 7 PHEV mencatat jualan 1,181 unit pada Mei, iaitu bulan kedua berturut-turut mencipta rekod baharu, sekali gus menjadikannya PHEV paling laris di Malaysia.

Jualan terkumpul model itu mencecah 2,936 unit sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Versi elektrik sepenuhnya Proton e.Mas 7 turut kembali menjadi EV paling laris di Malaysia bagi bulan berkenaan, dengan penghantaran melonjak kepada 958 unit selepas pengeluaran pemasangan tempatan mencapai tahap yang lebih stabil.

Sementara itu, Proton e.Mas 5 kekal sebagai EV paling laris di negara ini bagi tempoh setakat tahun ini, dengan 9,357 unit telah dihantar setakat ini pada 2026.

Penghantaran bulanan model itu sedikit menurun kepada 883 unit menjelang permulaan operasi pemasangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata permintaan pengguna terhadap EV dan PHEV mencerminkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrifikasi di Malaysia.

“Ketika operasi pemasangan tempatan untuk Proton e.Mas 7 terus dipertingkatkan dan pemasangan tempatan Proton e.Mas 5 mula dijalankan, kami sedang memperkukuhkan keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan sambil menyokong pembangunan ekosistem EV Malaysia,” katanya.