Panduan Beli Kereta Terpakai Untuk Graduan

Melalui kajian yang dilakukan, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Datuk Abdul Rahman Putra Taha menyatakan bahawa ada 3 sebab utama yang menyebabkan golongan belia diisytihar bankrap: pembiayaan sewa beli kenderaan, kad kredit dan pembiayaan perumahan.

Atau lebih tepat lagi, 69.8% orang telah menjadi bankrap disebabkan 3 punca utama berikut:

  1. Sewa Beli Kenderaan – 26,801 kes, atau 27.6%
  2. Pinjaman Peribadi – 22,153 kes, atau 22.8%
  3. Pinjaman Perumahan – 18,819 kes, atau 19.4%

Boleh baca lanjut mengenainya di dalam 100,000 Rakyat Malaysia Bankrap Dan Ini 3 Punca Utama.

Beli Kereta Pada Harga 12 Bulan Gaji

Pakar kewangan ada menyarankan Rule of Thumb bagi membeli kenderaan, iaitu seseorang perlu membeli kenderaan dengan nilai 12 kali ganda gaji bulanan. Jika mengambil purata gaji permulaan fresh grad RM 2,000 sebulan, maka mereka perlu mencari kenderaan yang bernilai RM 24,000 dan ke bawah.

Setelah membuat semakan harga kenderaan, hanya kereta Axia 1000 E  (Manual) sahaja yang didapati dalam julat harga 24k. Ya, kereta ini mungkin bukan pilihan kebanyakan graduan kerana tidak ada ‘standard’. Jadi apa pilihan lain yang boleh dipertimbangkan jika mereka inginkan kereta yang lebih berkualiti pada harga yang mampu milik?

Pilihan Lain – Beli Kereta Second Hand

Membeli kereta second hand juga adalah idea yang baik. Ada yang mengatakan sangat berisiko untuk membeli kereta terpakai kerana jika berlku kerosakan, lebih banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk membaikinya.

Oleh itu, kami ingin kongsikan anda beberapa tips memilih kenderaan terpakai agar pembelian ini memang berbaloi. Ikuti perkongsian Adib Yazid, seorang financial planner yang turut membeli kereta terpakai ketika beliau baru memulakan karier.

Freshie & Second Hand Car

Freshie, kalau baru graduate tu saya galakkan beli kereta second hand. Tak apa. Saya buat perkara sama, walaupun gaji boleh beli kereta baru.

Ya, kereta second hand ini memang tak gah. Kalau jumpa member selepas habis belajar masing-masing akan tayang kereta, akan sembang pasal kereta (antara lelaki). Rilek je bro. Pernah kena panggil kereta Batman, sebab beli kereta second hand ada spoiler macam Batman. Alhamdulillah, spoiler kereta tu dah tak tercabut. Jadi normal.

Ini tips nak beli kereta second hand.

  1. Jangan beli kereta yang modified keterlaluan. Lowered, sport rim besar nak mampus, pasang meter NOX la, tinted gelap, warna asal dah ubah, enjin dan ada Turbo. Elakkan.
  2. Jangan beli kereta sudah banyak pemilik. 5 tahun, satu owner. OK. 5 tahun, 3 owner. Elakkan.
  3. Buat homework, harga pasaran kereta. Tengok internet sudah. Tanya dealer. Tanya diskaun.
  4. Bunyikan kereta. Dengar bunyi enjin. Dulu belajar Automatif Mechanical, kena dengar bunyi enjin. Masih bawa geng kereta untuk buat survey sama-sama.
  5. Tengok bawah enjin. Basah dengan minyak, maksudnya ‘maintenance’ tak bagus. Ini pun belajar dari geng bengkel.
  6. Tengok ekzoz. Kalau berasap putih biru, carilah kereta lain.
  7. Buat henjutan setiap bucu kereta. Melantun 2 kali. Tinggalkan. Tak ingat apa rasionalnya.
  8. Buka aircond. Lambat sangat nak sejuk? Orang kata tinggalkan.
  9. Tengok cat. Kalau kereta dah 5 tahun, cat masih menyilau. Mungkin pernah accident, dan cat semula. Tak tahu. Korek-koreklah tanya orang jual kereta tu.
  10. Tengok mileage. Kereta dah 5 tahun, mileage baru 30,000KM. Maksudnya jarang pakai. Bagus. Kereta dah 5 tahun, mileage dah 200,000KM. Carilah kereta lain.

Apa yang dapat disimpulkan disini, tak perlu segan dengan kereta second hand.

Anda masih muda, daripada menghabiskan wang untuk membayar ansuran bulanan kenderaan yang akan susut nilai selepas 9 tahun, lebih baik gunakan wang menabung untuk menunikan umrah atau haji. Juga boleh gunakan untuk buat simpanan pelaburan seperi ASB, simpanan untuk persiapan perkahwinan atau untuk membeli rumah pertama.

Kredit: Adib Yazid, Financial Planner Representative at Phillip Capital Management Sdn Bhd

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.