Pengendali Rangkaian Mudah Alih Singapura Tamatkan 3G Menjelang Akhir Julai 2024

SINGAPURA, 26 Julai  (Bernama) — Kesemua tiga pengendali rangkaian mudah alih (MNC) yang menyediakan perkhidmatan generasi ketiga (3G) di Singapura iaitu SingTel, StarHub dan M1, berhasrat menamatkan perkhidmatan itu menjelang 31 Julai, 2024.

Pihak Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) berkata keputusan itu sejajar dengan kemajuan dalam ruang komunikasi mudah alih yang menyaksikan sebahagian besar 3G diambil alih oleh 4G dan 5G.

Dalam kenyataannya, IMDA berkata sejak pelancaran rangkaian 5G pada 2022, langganan bagi perkhidmatan itu meningkat dan merupakan 15 peratus daripada jumlah pelanggan mudah alih di Singapura.

“Hampir 99 peratus pelanggan mudah alih Singapura kini telah menggunakan 4G/5G,” katanya.

Setakat April 2023, IMDA berkata jumlah pelanggan 3G hanya kira-kira 1.0 peratus daripada jumlah langganan mudah alih dan angka itu kian berkurangan.

Di peringkat antarabangsa, MNO di Australia dan United Kingdom dijangka menamatkan perkhidmatan 3G menjelang 2024 manakala tindakan sama telah dilakukan oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Malaysia, kata IMDA.

“Apabila rangkaian 3G itu ditamatkan kelak, lebih banyak spektrum dapat dilepaskan bagi tujuan pelaburan 5G untuk meningkatkan lagi pengalaman kepada pengguna serta menyokong perusahaan yang dalam proses transformasi digital,” katanya.

Rangkaian 3G telah memasuki pasaran Singapura hampir 20 tahun lepas dan diikuti oleh 4G pada pertengahan 2010.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.