Cara Tukar Syiling Di Coin Deposit Machine (Mesin Tukar Duit Syiling)

Sedang pening kepala dengan tabung syiling yang semakin penuh? Jangan biar duit syiling berlonggok begitu sahaja. Anda boleh tukar syiling kepada wang tunai terus ke akaun bank menggunakan Coin Deposit Machine (CoDM) yang disediakan di bank-bank terpilih sekitar Malaysia.

Siapa kata susah nak tukar duit syiling?

Sebenarnya sejak dahulu lagi, negara kita telah menyediakan mesin tukar duit syiling di serata bank, institusi kewangan dan juga berdekatan pasaraya besar. Namun, tidak semua bank ada mesin tukar syiling ini, hanya bank yang tertentu sahaja.

Antaranya adalah CIMB, Maybank, Affin Bank, Public bank dan banyak lagi. Kiosk deposit syiling yang selalu Bang Din pergi adalah di Maybank, cawangan Bandar Baru Selayang yang terletak di 77, Jalan 2/16, Dataran Templer (Kalau syiling terlalu banyak lebih selesa kalau pergi terus ke Maybank KLCC).

Cara Tukar Syiling Di CoDM: Sebelum Tukar

  1. Semak Lokasi Mesin

Pastikan anda semak dahulu keberadaan mesin tukar syiling ini dan pastikan ia buka pada waktu yang anda ingin ke sana. Semak juga sama ada ia boleh terus digunakan atau berada dalam keadaan sedang diselenggara (under maintenance).

  1. Semak Waktu Penggunaan Mesin

Selalunya waktu penggunaan mesin tukar syiling ini adalah dari jam 10 pagi sehingga 4.30 petang mengikut waktu operasi bank. Ini kerana, selepas proses masukkan syiling ke mesin, anda perlu memberikan salinan resit ke kaunter bank.

  1. Kira Jumlah Duit Syiling

Jika boleh, pastikan anda kira jumlah duit syiling tersebut terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam mesin tukar duit. Pastikan hanya duit syiling Malaysia sahaja yang disediakan untuk pertukaran, duit negara lain tidak diterima.

Cara Tukar Syiling Di CoDM: Semasa Tukar

Kredit gambar: Mingguan Wanita
  1. Pergi Ke Coin Deposit Mechine (CoDM) Atau Mesin Tukar Syiling

Bawa duit syiling ke mesin tukar duit mengikut lokasi atau tempat yang berhampiran dengan anda. Pastikan anda membawa semua duit syiling yang ingin disimpan. Anda tidak perlu asingkan duit mengikut nilai syiling tetapi boleh campur semua sekali.

Pastikan anda mempunyai akaun bank mengikut mesin bank CoDM yang digunakan yang terlebih dahulu sebelum menukar syiling kerana wang tersebut akan dimasukkan ke akaun simpanan berdasarkan bank terbabit. 

  1. Masukkan Duit Syiling Ke Dalam Mesin Tukar Syiling

Kebanyakan mesin hanya menerima duit syiling Malaysia bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen sahaja.

Pastikan anda memasukkan nombor akaun yang betul sebelum memasukkan wang ke dalam mesin tukar syiling. Setelah itu, penutup mesin akan terbuka. Masukkan duit syiling dan tekan butang A untuk mulakan. 

Mesin akan mula mengira wang anda dan akan berhenti seketika. Sekiranya ada duit yang tidak diterima dalam mesin, ia akan dikeluarkan semula. Anda boleh masukkan semula wang tersebut. Setelah selesai, tekan butang B pula.

Dua resit akan keluar dari mesin setelah proses masukkan duit selesai. Satu resit adalah untuk simpanan anda, manakala satu resit lagi perlu diserahkan kepada kaunter bank tersebut. 

  1. Serahkan Resit Wang Ke Kaunter Bank

Anda perlu mengambil nombor giliran terlebih dahulu dan tunggu sehingga nombor disebut.

Kemudian, terus bawa resit duit syiling tadi untuk diserahkan kepada pihak bank di kaunter khidmat pelanggan . Pastikan nama, nombor akaun dan nombor telefon diisi dengan lengkap untuk rujukan pihak bank.

Setelah selesai serahkan borang, tunggu sahaja nanti duit akan terus masuk ke akaun anda. Jika proses dilakukan pada siang hari, pada petangnya duit akan ada dalam akaun. Jika dilakukan pada petang hari, wang akan ada dalam akaun pada keesokan harinya.

Gambar: Anan Adli

Panduan Semakan Mesin Tukar Duit Syiling

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE MAYBANK

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Maybank.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE RHB

  • Hanya menerima duit syiling Malaysia bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen
  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan RHB.
  • Mesin ini hanya boleh digunakan semasa waktu operasi bank sahaja.
  • Terdapat di 16 cawangan terpilih:

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE BANK RAKYAT

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Bank Rakyat.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE AFFIN BANK

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Affin Bank.
  • Waktu operasi am: 6:00 am to 12:00 am (Setiap hari)
1PKNSGround Floor, Kompleks PKNS, 40000 Shah Alam, Selangor
2Denai AlamNo 1, Ground Floor, Jalan Elektron U16/J, Seksyen U 16, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
3JenjaromMahsa University, Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra, 42610 Jenjarom, Selangor
4MSUManagement & Science University, 2nd Floor, University Drive, Persiaran Olahraga, Section 13, 40100 Shah Alam, Selangor
5BHP Sungai BesiLot Pt 44, Lebuhraya KL – Seremban, 43300 Seri Kembangan, Selangor
6Petaling JayaNo. 38 & 40, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor
7Taman MidahNo. 38 & 40, Jalan Midah 1, Taman Midah, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
8MyTownLot No B1-063, Basement 1, MyTown Shopping Centre, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
> Waktu operasi:
>> 6:00 am to 12:00 am (Isnin – Jumaat)
>> 6:00 am to 12:00 pm (Sabtu)
>> 6:00 am to 12:00 am (Ahad)
9Port DicksonNo. 3 & 4, Jalan Mahajaya, P.D. Centre Point, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
10MuarNo. 30A & 30A-1, Jalan Arab, 84000 Muar, Johor
11Johor BahruNo. 23, 23-01, 23-02, Jalan Molek 1/29, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
12TampoiNo 49 & 51, Jalan Sri Perkasa 2/1, Taman Tampoi Utama, 81200 Tampoi Johor Bahru, Johor
13Bandar Meru RayaNo 47 & 47A, Jalan Meru Bestari A2, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak
14KangarNo. 25 & 27, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar – Alor Setar, 01000 Kangar, Perlis
15JuruNo. 1813A, Jalan Perusahaan, Auto-City, North-South Highway, Juru Interchange, 13600 Prai, Pulau Pinang
16PraiNo.2, Tingkat Kikik 7, Taman Inderawasih, 13600 Prai, Pulau Pinang
17Seberang JayaNo 10, Jalan Todak Satu, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Prai, Pulau Pinang
18Sungai PetaniNo. 55, Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
19KuantanG2-Ground Floor G2, Menara Zenith, Jalan Putra, Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang
20LangkawiNo. 149-151, Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
21Kota BharuNo. 3788H & 3788I, Seksyen 13, Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bahru, Kelantan
22Kota Kinabalu19 & 20, Blok K, Sadong Jaya, Complex C, Jalan Ikan Juara 3, Karamunsing 88000 Kota Kinabalu, Sabah
23TawauTB. 281, 282 & 283, Jalan Hj. Karim, Town Extension II, P.O. Box 630, 91008 Tawau, Sabah
24Kuching, Prince Commercial CentreNo. 1 & 2, Jalan Penrissen Batu 7, Kota Sentosa, 93250 Kuching, Sarawak
25Tabuan Jayaot No 77, Ground Floor, Tabuan Tranquility, Jalan Canna, 93350 Kuching, Sarawak

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE AGROBANK

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan AgroBank.
1. Negeri SembilanNo 204, Jalan Pertang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan
2. IpohGreentown Trade Center, Ipoh, Perak
3. KajangNo 2-G & 2-1, Reko Sentral, Jalan Reko Sentral 4, Off Jalan Reko, Kajang, Selangor
4. Kubang KerianPt 1662 & pt 1663, Bangunan YAKIN, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
5. KuantanNo. 57, Jalan Tun Ismail, Kuantan, Pahang
6. Kangar25, Jalan Indera Kayangan, Kangar, Perlis
7. Kota TinggiKota Tinggi Trade Center, Johor

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE ALLIANCE BANK

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Alliance Bank / Alliance Islamic Bank.
  • Mesin ini hanya boleh digunakan semasa waktu operasi bank sahaja.
  • Terdapat di 5 cawangan terpilih:

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE CIMB

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan CIMB Bank.
Sumber: CIMB

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE PUBLIC BANK

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Public Bank.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE AMBANK

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan AmBank.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE BANK MUAMALAT

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Bank Muamalat.

LOKASI COIN DEPOSIT BANK ISLAM

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Bank Islam.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE OCBC

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Bank OCBC.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE HSBC

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Bank HSBC.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE KUWAIT FINANCE HOUSE

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Kuwait Finance House.

LOKASI COIN DEPOSIT MACHINE UOB

  • Syiling akan dimasukkan ke dalam akaun Semasa dan Simpanan Bank UOB.
  • Ampang
  • Ijok
  • Kuala Terengganu
  • Bentong
  • Jalan Othman

Berikut adalah cara tukar duit syiling menggunakan Coin Deposit Machine yang ramai tak tahu serta lokasi mesin tukar duit syiling. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

*Senarai dikemas kini pada bulan Februari 2023

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.