Scam Jejas Pasaran Motosikal Terpakai Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Pasaran motosikal terpakai di Malaysia terus bergelut dengan isu kepercayaan kerana pembeli menghadapi risiko penipuan yang semakin meningkat dan tiada ketelusan dalam urus niaga.

Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike.com, Gil Carmo berkata berbeza berbanding segmen kereta terpakai, pasaran jualan semula motosikal sebahagian besarnya kekal tidak formal dan selalunya beroperasi tanpa sistem pemeriksaan atau pensijilan.

“Iklan dalam talian dan media sosial membolehkan akses mudah kepada pembeli, pada masa sama scammer (penipu) boleh menyiarkan iklan menarik, kadangkala berharga di bawah nilai pasaran untuk menjerat mangsa.

“Ketiadaan penjual yang boleh dikesan dan platform formal membolehkan penipuan (scam) seperti itu berlaku secara berterusan dan tanpa bilik pameran fizikal atau akauntabiliti, ia menjadi sukar untuk mengambil tindakan apabila pembeli ditipu,” katanya kepada Bernama.

Carmo menekankan kepentingan pendidikan dan kesedaran pembeli, antara tanda-tanda penipuan ialah penjualan tanpa waranti atau polisi pemulangan, penjual yang sah (bermajikan atau syarikat berdaftar) dan harga kelihatan menarik.

“Walaupun usaha sedang dijalankan oleh sesetengah penggiat pasaran untuk memperkenalkan pemeriksaan berstruktur, dokumentasi yang disahkan dan perlindungan selepas jualan, masih terdapat ruang untuk industri mempertingkatkan perlindungan pembeli dan ketelusan keseluruhan.

“Pembeli perlu ketenangan fikiran untuk membeli dan mendapat harga jualan terbaik, jika ia tidak diamalkan oleh penjual, isu kepercayaan akan kekal sebagai halangan terbesar,” katanya.

Gil Carmo berkata beberapa penipuan yang kerap berlaku di pasaran termasuk gangguan terhadap odometer untuk mendapatkan harga jualan tinggi atas sebab jumlah jarak perjalanan motosikal itu rendah, amalan yang terus memerangkap pembeli.

“Penipuan lain termasuk pengubahsuaian haram, dokumen pemilikan palsu dan penjual yang menghilangkan diri selepas menerima bayaran pendahuluan.

“Motosikal dijual mungkin mempunyai pelbagai masalah atau status pembiayaan yang tidak dapat diselesaikan, pembeli akan menyedarinya apabila cuba melakukan pemindahan pemilikan,” katanya.

Untuk mengurangkan risiko sedemikian, Carmo berkata syarikatnya telah melaksanakan beberapa langkah termasuk pemeriksaan 170 mata (pemeriksaan setiap bahagian) oleh mekanik iMotorbike.com, pengesahan dokumen undang-undang, dan polisi pemulangan enam hari dengan jaminan enam bulan.

“Langkah-langkah ini bertujuan untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli. Kami juga memastikan ketelusan penuh dengan hanya menggunakan foto dan video diambil oleh syarikat untuk penyenaraian (penjualan).

“Selain itu, kami menggalakkan memandu uji motosikal terlebih dahulu supaya pembeli mengetahui keadaan motosikal berkenaan dengan lebih tepat,” katanya.

iMotorbike adalah platform dalam talian Asia Tenggara yang memudahkan pembelian dan penjualan motosikal terpakai, menawarkan perkhidmatan seperti pemeriksaan, jaminan dan pembiayaan untuk memastikan pengalaman urus niaga selamat dan telus.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan bahawa jumlah kerugian daripada jenayah komersial tahun lepas berjumlah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan telah dibuka.

Menurut bekas Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penipuan merupakan jenayah paling kerap berlaku dengan 73,240 kes mengakibatkan kerugian melebihi RM2.45 bilion.

Daripada jumlah tersebut, penipuan dalam talian menyumbang 35,368 kes membabitkan kerugian RM1.57 bilion seperti dilaporkan Bernama sebelum ini.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.