Tips Jimat Masuk Rumah Baru

Sesiapa sahaja yang ingin masuk rumah baru pasti perlu siapkan duit untuk membiayai duit rumah termasuk deposit rumah, perjanjian, bil api, bil air dan sebagainya. 

Itu belum lagi termasuk kos untuk pembelian perabot, barang rumah dan macam-macam lagi. Sudah pasti kita memerlukan duit yang secukupnya untuk pindah rumah baru.

Walaupun nampak banyak, tetapi sekiranya pandai berjimat cermat dan tahu menguruskan kewangan dengan bijak, pasti mudah untuk pindah rumah tanpa keluarkan kos yang banyak.

Kenapa Kena Jimat Untuk Masuk Rumah Baru?

Ramai yang masuk rumah baru dan hanya membeli barang yang penting sahaja. Dengan prinsip ‘guna apa yang ada dan penting sahaja’, ini membantu kita untuk berjimat ketika masuk rumah baru.

Oleh itu, duit yang berlebihan boleh digunakan untuk bayar duit rumah sewa pada bulan-bulan yang akan datang. Kurangkan berbelanja atau berbelanjalah dengan berhemah akan memberi kesan yang baik kepada kita.

Apabila berpindah rumah, sudah tentu kita sudah keluarkan banyak duit untuk mendapatkan rumah baru, ini masanya untuk berjimat setelah dapat masuk rumah baru. 

Kita juga perlu menyimpan untuk kecemasan sekiranya terjadi apa-apa kelak sama ada masalah di rumah baru atau masalah lain-lain. 

Tips Jimat Masuk Rumah Baru

Perkara Utama Sebelum Masuk Rumah Baru

Kita boleh lakukan apa sahaja untuk masuk rumah baru dengan bajet yang besar. Namun, untuk berjimat, perkara utama sebelum masuk rumah baru adalah memastikan keselamatan dan keselesaan di rumah. 

Paling penting, hal-hal yang perlu diutamakan ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecemasan ketika berada di rumah baru.

  1. Pasang pagar pintu atau pastikan kunci pintu benar-benar berfungsi dengan baik.
  2. Pastikan tingkap dapat dibuka dan ditutup dengan baik.
  3. Pasang langsir rumah untuk keselamatan dan keselesaan.
  4. Pastikan kipas dan lampu tidak ada yang rosak.
  5. Elektrik untuk seluruh rumah juga perlu diperiksa.
  6. Pastikan pengaliran air di tandas serta sinki berfungsi dengan baik.

Persediaan Peralatan, Kabinet Dan Perabot Rumah

Kelengkapan rumah juga termasuk peralatan rumah, kabinet dan perabot. Perabot bagi di ruang tamu, bilik tidur, dapur, tandas dan lain-lain adalah amat penting bagi yang baru pindah rumah.

Anda juga boleh dapatkan kabinet dapur rumah yang custom made dan murah menerusi kilang kabinet dapur di Kajang atau beli kabinet dapur rumah terpakai di platform online seperti Carousell, Mudah dan Facebook Marketplace.

#1 Tips Jimat Masuk Rumah Baru: Bahagian Ruang Tamu

Pada bahagian ruang tamu, tidak semestinya anda terus beli sofa atau kusyen. Sebaliknya, banyak dekorasi cantik yang membolehkan rumah terlihat cantik dan selesa tanpa perabot yang banyak atau sofa. 

Sebagai contoh, anda boleh gunakan karpet, bantal dan lain-lain lagi untuk dekorasi ruang tamu. Ia lebih jimat dan cantik. Konsep mewah moden tetap ada jika kreatif mendekorasikannya.

#2 Tips Jimat Masuk Rumah Baru: Bilik Tidur

Kebanyakan penyewa yang masuk rumah baru pasti bermula dari bawah. Membeli barang sedikit demi sedikit. Mungkin pada mulanya beli tilam dahulu, selepas itu beli katil pula. Itu adalah antara tips jimat masuk rumah baru yang boleh kita ikuti.

Ada pula yang sudah mempunyai perabot dan terus membawa perabot pindah. Mudah bukan? 

#3 Tips Jimat Masuk Rumah Baru: Dapur

Bahagian dapur sangat penting kerana memerlukan keselesaan untuk memasak, menyedia dan menyimpan makanan. Jika rumah tersebut mempunyai kabinet dan table top, sangat mudah bagi anda untuk berjimat.

Anda tak perlu membeli rak-rak atau almari dapur untuk menyimpan pinggan mangkuk dan lain-lain lagi kerana semuanya sudah tersedia. Sekiranya tiada boleh beli rak kecil yang secukupnya sahaja.

Boleh cuba tengok rak dapur macam ini.

#4 Tips Jimat Masuk Rumah Baru: Tandas

Pada bahagian tandas, lebih ringkas adalah lebih baik. Barang peribadi seperti berus gigi, ubat gigi, sabun dan lain-lain yang perlu diletakkan boleh disusun di bahagian wall rack atau rak yang terlekat di dinding.

Rak bucu tahan karat macam ini pun sesuai -> Rak untuk tandas

Beli Barang Murah Dan Jimat Untuk Kegunaan Pindah Rumah

Sememangnya kita inginkan barang mahal dan berkualiti, tetapi jika barang murah berkualiti, apa salahnya? Sebelum berpindah, tidak salah untuk membeli barang murah untuk kegunaan pindah rumah dan masuk rumah baru. 

Sebagai contoh, beli barang peralatan pembersihan rumah seperti mop lantai, penyapu, kain buruk, pencuci tandas, plastik sampah dan lain-lain lagi. Apatah lagi jika peralatan yang diperlukan ini murah dan menjimatkan, tidak salah beli terus untuk kegunaan apabila masuk rumah baru nanti.

Sekurang-kurangnya, pada hari masuk rumah baru, anda tak perlu keluarkan duit untuk beli barang untuk membersihkan rumah lagi. Jimat bukan?

Beli Barang Penting Untuk Kegunaan

Barang penting untuk kegunaan pula adalah seperti periuk nasi, tilam, bantal atau lain-lain lagi yang perlu digunakan, sekiranya belum ada. Jika ada dan jika boleh berjimat, carilah yang murah tetapi boleh guna lama. 

Gunakan Rebat Daripada Kerajaan

Selain itu, kita boleh dapatkan rebat SAVE 4.0 yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu kita jimat dengan lebih banyak. Rebat ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat utiliti, dan ia terhad kepada satu akaun bil elektrik bagi setiap pembelian penyaman udara dan peti sejuk.

Pengguna boleh memohon dan mendapatkan rebat dengan membawa bil ekeltrik terkini apabila membuat pembelian secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar di bawah program itu atau memohon e-rebat dan membuat pembelian secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf.

Cuma kena ingat, rebat adalah tertakluk kepada ‘first come, first serve basis‘. Jadi sekiranya berminat, kena cepat-cepat beli dan mohon rebat segera.

Baca: Dapatkan rebat sehingga RM400 bagi pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga

Akhir kata, apabila ada rezeki lebih nanti, belilah barangan atau kelengkapan rumah mengikut apa sahaja jenama yang anda inginkan. Tips jimat masuk rumah baru ini boleh diikuti sekiranya anda ingin berjimat-cermat ketika baru berpindah.

Semoga tips jimat masuk rumah baru ini bermanfaat.

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.