Trend Perbelanjaan Gen Z Dijangka Cecah $12 Trilion Menjelang Tahun 2030

NIQ Dan World Data Lab Perkenal Laporan ‘Spend Z’ (Perbelanjaan Z)

CHICAGO, 19 Jun — NielsenIQ (“NIQ”) bekerjasama dengan World Data Lab ( WDL) untuk mengeluarkan laporan perbelanjaan generasi secara menyeluruh. Laporan ini yang pertama seumpamanya dan memberikan tumpuan semata-mata kepada Gen Z.

Gen Z, ditakrifkan sebagai sesiapa yang dilahirkan antara tahun 1997 dan 2012. Golongan ini membentuk 25% (2 bilion) daripada keseluruhan penduduk dunia.

Laporan tersebut mendedahkan pelbagai perkara berkaitan Generasi Z; termasuk pilihan mereka, tabiat berbelanja, nilai murni, keutamaan, cara dan tempat mereka membeli-belah, item yang mereka beli dan cara mereka mempengaruhi corak pembelian generasi lain.

Antara ringkasan Laporan ‘Spend Z’:

  • Generasi Z dijangka menjadi generasi terbesar dan terkaya dalam sejarah.
  • “Gen Z ialah generasi terbesar, terkaya dan paling global yang pernah ada” kata Wolfgang Fengler, Ketua Pegawai Eksekutif, WDL*.
  • Gen Z mempunyai kekuatan seramai 2 bilion orang dan perniagaan perlu bijak memenuhi keperluan mereka.
  • Laporan “Spend Z” mengenal pasti trend perbelanjaan pasaran Gen Z yang dijangka boleh mencecah $12 trilion menjelang tahun 2030 (US$1=RM4.70).
  • Menjelang tahun 2034, Gen Z akan menambah lebih daripada $9 trilion dolar dalam perbelanjaan global lebih berbanding mana-mana generasi lain.
  • 77% Gen Z mengatakan mereka tidak akan membeli dari negara yang mempunyai standard alam sekitar yang lemah, menggambarkan pasti corak perbelanjaan generasi akan datang.
  • ·Gen Z lebih berminat dalam hubungan yang tulen dengan pempengaruh dan jenama. “Bersikap jujur ​​kepada diri sendiri” ialah kejayaan nombor satu untuk Gen Z di seluruh dunia.
  • Pembelian di kedai mewakili hampir 50% daripada trend perbelanjaan mereka
  • Ulasan dalam talian daripada pembeli lain merupakan faktor paling penting semasa mereka membeli-belah dan pembelian mereka banyak dipengaruhi oleh media sosial
  • 53% populasi Gen Z berkemungkinan membuat pembelian di media sosial atau platform penstriman secara langsung.
  • Gen Z akan membentuk 30% daripada jumlah tenaga kerja global pada tahun 2030.
  • Pertumbuhan permintaan yang paling dinamik dalam kalangan pengguna Gen Z ialah dalam kategori kesihatan, serta dalam alkohol / minuman.
  • 81% jualan TikTok USD dijangka datang daripada kesihatan dan kecantikan, menunjukkan impak yang luar biasa.
  • Lebih 50% Gen Z telah menggunakan aplikasi kecergasan atau senaman

Maklumat Tentang NIQ

*NielsenIQ (NIQ) ialah syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, menyampaikan pemahaman paling lengkap tentang tabiat membeli pengguna dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. NIQ bergabung dengan GfK pada tahun 2023, menemukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada bandingannya. Pada hari ini NIQ beroperasi di lebih daripada 95 negara meliputi 97% KDNK. Dengan laporan runcit holistik dan cerapan pengguna paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis lanjutan melalui platform yang canggih—NIQ menyampaikan Full View™.

*World Data Lab (WDL) mencipta data proprietari pandangan ke hadapan untuk mengukur dan meramalkan trend pengguna, perbelanjaan pengguna, peralihan demografi dan kemajuan ke arah SDG sehingga 2034. Pendekatan sains data lanjutan kami, yang telah disemak semula dan diterbitkan dalam Nature, memberikan ketepatan, kesegaran dan ketekalan yang tiada tandingannya merentasi semua kumpulan demografi di 180 negara dan lebih 6,000 bandar.

Metodologi penyelidikan

Laporan “Spend Z” meramalkan perbelanjaan pengguna dengan menggabungkan data perbelanjaan isi rumah yang diperoleh daripada agensi statistik negara dengan data penduduk daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan IIASA, menggabungkan 2,065 tinjauan meliputi 160 negara dalam pangkalan data NIQ. Sekiranya terdapat negara yang tiada data tinjauan, perbelanjaan dikira dengan mengenal pasti ciri negara lain dengan struktur yang serupa, dipilih secara optimum menggunakan teknik statistik. Data tinjauan dilaraskan supaya tekal dengan perbelanjaan isi rumah yang disediakan dalam akaun negara bagi setiap negara. Keadaan semasa dan ramalan adalah berdasarkan unjuran IMF untuk jangka sederhana dan Laluan Sosioekonomi Bersama yang dibangunkan untuk UNFCCC bagi jangka panjang. Proses menyeluruh ini membolehkan NIQ dan WDL menghasilkan ramalan tingkah laku pengguna yang terperinci dan boleh dipercayai di 183 negara dari tahun 2016 hingga 2034, dipecahkan mengikut umur, jantina dan kelas pendapatan. Selanjutnya, kami mengasingkan jumlah perbelanjaan kepada lebih 100 kategori produk yang berbeza menggunakan klasifikasi COICOP. Kaedah teras kami telah disemak semula oleh rakan dalam industri di Nature https://www.nature.com/articles/s41599-018-0083-y

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Sumber rujukan: Bernama

Previous ArticleNext Article

ATLAS Vending Lancar ‘Nutri-Aid’ Sebagai Penyelesaian Berasaskan Teknologi Untuk Menangani Ketidaksamaan Pemakanan di Sekolah Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Susu Sedunia, ATLAS Vending, cabang mesin layan diri milik Etika Sdn Bhd, hari ini melancarkan ATLAS Nutri Aid di Kilang Susu Goodday di Petaling Jaya. Dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menangani ketidaksamaan pemakanan dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.

ATLAS Nutri Aid memanfaatkan teknologi mesin layan diri pintar untuk menyediakan akses harian yang konsisten kepada susu berkualiti tinggi secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Bagi ramai kanak-kanak dalam komuniti B40 di Malaysia, akses kepada pemakanan harian masih merupakan cabaran yang senyap tetapi kritikal. Inisiatif ini memastikan nutrisi tenusu asas bukan sahaja tersedia, malah boleh diakses secara berterusan di persekitaran sekolah dan komuniti.

Pelancaran rasmi ini menyusuli kejayaan program perintis di beberapa sekolah terpilih yang mencatatkan penglibatan pelajar yang tinggi serta peningkatan konsistensi transaksi. Susulan keputusan positif tersebut, program ini akan diperluaskan melalui pemasangan 10 mesin layan diri ATLAS Nutri Aid di sekolah-sekolah terpilih.

Inisiatif ini turut disokong oleh YRMS yang memainkan peranan penting dalam pembiayaan, penyelarasan komuniti dan mengenal pasti penerima yang layak, bagi memastikan program ini sampai kepada kanak-kanak yang paling memerlukan.

ATLAS Nutri Aid berteraskan komitmen untuk menangani cabaran kesihatan kompleks yang dihadapi belia Malaysia, khususnya isu “kelaparan tersembunyi” (hidden hunger) dan krisis terbantut (stunting) yang semakin membimbangkan. Tidak seperti negara jiran yang menunjukkan kemajuan sejak tahun 2000, kadar stunting kanak-kanak di Malaysia terus meningkat dan mencapai 24% pada tahun 2024, mengatasi Indonesia (23%), Kemboja (22%), Vietnam (19%), Thailand (12%) dan Singapura (3%). Ini menunjukkan satu kebimbangan kesihatan awam yang serius, ditambah pula dengan dapatan kajian SEANUTS II yang menunjukkan lebih 70% kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian yang disyorkan bagi Kalsium dan Vitamin D.

Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai keluarga B40 menghadapi cabaran besar untuk menyediakan makanan seimbang, dengan kadar kelaparan kanak-kanak dilaporkan mencecah 58.4% di beberapa kawasan bandar berpendapatan rendah. ATLAS Nutri Aid menangani isu ini dengan membekalkan susu Goodday Charge Milk secara percuma melalui mesin layan diri. Produk susu di bawah portfolio Etika ini diformulasikan khusus untuk meningkatkan tenaga, menyokong kesihatan tulang dan memperbaiki fungsi kognitif menerusi gabungan 10 nutrien penting yang membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Bagi ramai keluarga, menyediakan pemakanan harian bukanlah sesuatu yang sentiasa terjamin dan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tumbesaran kanak-kanak,” kata Hemalatha Ragavan, Ketua Pegawai Eksekutif Etika & International Exports. “Melalui ATLAS Nutri Aid, kami memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada sesuatu yang asas seperti susu pada setiap hari persekolahan. Dengan menggabungkan teknologi dan tujuan, kami dapat menyampaikan nutrisi secara konsisten, bermaruah dan berimpak. Ini juga akan membantu meningkatkan kehadiran ke sekolah supaya generasi masa depan kita tidak terlepas peluang pembelajaran.”

Memperluaskan kerangka Hygiene Aid, ATLAS Nutri Aid menggunakan mesin layan diri pintar proprietari dan sistem kad “tap-and-go” yang lancar untuk memberikan akses pemakanan harian secara telus dan bersasar kepada pelajar. Dengan menyelaraskan kad dengan kalendar sekolah, sistem ini memastikan pengagihan yang konsisten pada hari persekolahan sambil mengelakkan penyalahgunaan dan ketirisan. Mekanisme berasaskan data ini membolehkan ATLAS Vending memantau impak program dengan berkesan, sambil memberikan pengalaman yang bermaruah dan berdikari kepada kanak-kanak.

Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) berkata, “Misi YRMS sentiasa tertumpu kepada membangunkan potensi belia. Pemakanan yang baik adalah asas kepada keupayaan kanak-kanak untuk belajar, memberi tumpuan dan berjaya di sekolah. Melalui ATLAS Nutri Aid, kami bukan sekadar menyediakan nutrisi harian, tetapi menghapuskan halangan penting kepada pendidikan dan memberikan tenaga serta peluang yang sewajarnya untuk mereka mencapai impian.”

Inisiatif ATLAS Nutri Aid mencerminkan komitmen jangka panjang untuk meningkatkan tumpuan di dalam kelas dan perkembangan fizikal generasi akan datang. Dengan menyediakan sumber nutrisi yang boleh dipercayai, program ini membantu merapatkan jurang penting dalam kesihatan kanak-kanak sambil menyokong keluarga kurang mendapat perhatian yang berdepan tekanan ekonomi.

Pada terasnya, ATLAS Nutri Aid dibina atas satu kepercayaan mudah: setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar, belajar dan berkembang maju, bermula dengan pemakanan yang baik.