Permulaan Mr DIY Sehingga Menjadi Salah Sebuah Syarikat Terbesar Di Malaysia

Jika kita melihat perniagaan hardware sejak dari dulu lagi, kebanyakan kedai hardware merupakan perniagaan kecil-kecilan yang diwarisi dari turun-temurun. Memang tiada francais seperti perniagaan makanan dan minuman.

Disebabkan perkara tersebut, ramai peniaga yang kurang gemar dalam menceburi bidang ini kerana tidak mampu berkembang sama seperti perniagaan lain.

Mr DIY telah merevolusikan konsep kedai hardware kerana mampu berkembang dengan pesat dalam tempoh yang singkat.

Sukar untuk percaya bagaimana perniagaan Mr DIY ini berjaya menambat hati rakyat Malaysia, seterusnya menjadi salah sebuah syarikat yang terbesar di Malaysia dengan hanya bermula sebagai kedai hardware.

Asal-Usul Mr DIY

Kredit Gambar: Vulcan Post

Syarikat ini diasaskan oleh Tan Yu Yeh yang merupakan graduan dari Universiti Malaya dan mendapat ijazah di dalam bidang sanis fizik pada tahun 1996. Beliau kemudiannya bekerja sebagai seorang ahli penyelidikan dengan syarikat Komag USA.

Selepas setahun, beliau merasakan kerja itu tidak sesuai dengan dirinya dan telah beralih menjadi remisier di Inter-Pacific Securities. Dari sini Tan Yu Yeh mempelajari selok belok mengenai perniagaan dan juga pelaburan.

Pada tahun 2005, beliau telah menubuhkan kedai hardware yang diberi nama Mr DIY di jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Perniagaan hardware ini pada mulanya sama seperti dengan hardware yang lain tetapi Tan Yu Yeh yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia perniagaan telah merubah presepsi mengenai perniagaan yang melibatkan hardware.

Strategi Yang Digunakan Mr DIY Untuk Berkembang

Perniagaan yang dilakukan oleh Mr DIY dari tahun ke tahun semakin berkembang dan Tan Yu Yeh telah membawa masuk adiknya Tan Yu Wei untuk menjadi sebahagian daripada syarikat.

Tan Yu Wei merupakan graduan dalam bidang pengurusan dari Universiti Sains Malaysia dan merupakan bekas pekerja untuk De Little Chinatown. Beliau tahu mengenai selok-belok tentang perniagaan barangan dari China melalui pengalaman bekerja di syarikat ini.

Tan Yu Wei kemudiannya menjadi pengurus bahagian logistik dan Mr DIY semakin berkembang di bawah pengurusan dua-beradik ini. Mereka kini beralih kepada perniagaan menyediakan peralatan perkakas rumah kerana barangan tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengguna.

Antara strategi utama yang dilakukan oleh perniagaan Mr DIY adalah mereka menawarkan harga yang sangat murah berbanding dengan pesaing mereka di pasaran.

Mereka dapat membeli dengan harga murah dengan mengambil barangan secara pukal dari China dengan lebih daripada 200 kontena yang masuk setiap bulan. Teknik harga murah ini telah menjadikan Mr DIY berjaya menambat hati rakyat Malaysia.

Selain itu juga, mereka turut bekerjasama dengan pasaraya besar seperti Aeon dan Tesco dengan membuka cawangan perniagaan mereka di gedung terkenal tersebut. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap perniagaan mereka.

Mereka juga membuka cawangan mereka hanya di tempat yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai bagi memudahkan orang ramai membeli barangan mereka.

Mr DIY mempunyai database tentang produk yang digemari oleh pelanggan mereka dan menggunakan database tersebut untuk membuka cawangan baru. Ia telah menjadikan strategi tersebut sangat berkesan dan berjaya mengembangkan perniagaan mereka dengan cepat.

This image has an empty alt attribute; its file name is Permulaan-Mr-DIY-Sehingga-Menjadi-Salah-Sebuah-Syarikat-Terbesar-Di-Malaysia4-700x395.jpg
Kredit Gambar: Soya Cincau

Mereka kini telah meluaskan perniagaan mereka di negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei, Thailand dan Indonesia.

Dengan kejayaan model perniagaan ini, pelabur asing mula melabur ke dalam Mr DIY dan yang terbesar adalah Creador yang merupakan pelabur penting untuk Mr DIY.

Kalau nak tahu, Mr DIY juga mempunyai anak syarikat yang dikenali sebagai Mr TOY dan Mr DOLLAR.

Pengasas Mr DIY Menjadi Bilioinaire

Dengan perniagaan yang semakin maju, syarikat ini telah berjaya menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia. Dengan melakukan IPO, kedua orang kuat Mr DIY ini telah menjadi bilionaire.

Tan Yu Wei telah berjaya meraih sebanyak USD1.5 bilion.

Kredit Gambar: Bursa Marketplace

Keluarga pengasas syarikat adalah merupakan pemegang utama saham Mr DIY. Siapa sangka dengan hanya sebuah kedai hardware, kini telah menjadi sebuah syarikat gergasi di Malaysia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.