Apa Yang Best Sangat Sri Melaka Residensi Ni?

Baru-baru ni, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3% untuk galakkan rakyat berbelanja dan merancakkan ekonomi. Kali terakhir ianya diturunkan adalah pada tahun 2016.

Jadi apakah impaknya kepada kita?

Instalment Bulanan Menjadi Lebih Murah

Ya, tujuan utama BNM menurunkan OPR adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia. Ini sekaligus bermakna kita mempunyai duit lebih untuk dibelanjakan.

Kalau sebelum ini, kita bayar RM1,000 sebulan kepada pihak bank untuk membiayai rumah kita, kini ianya menjadi berkurangan. Duit lebihan inilah yang akan kita belanjakan untuk menjadikan ekonomi negara lebih rancak. Semakin banyak duit mengalir dalam negara, semakin banyak pihak yang mendapat manfaat.

Masa Terbaik Untuk Beli Hartanah

Di kesempatan yang ada, inilah masa yang terbaik untuk kita beli rumah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum beli rumah pertama, usah sia-siakan peluang yang ada.

Nak beli rumah, bukan sebarang rumah ya. Kena tengok juga rumah yang berkualiti dan berbaloi-baloi. Silap beli rumah, berat beban yang perlu ditanggung untuk tempoh 30 ke 35 tahun yang mendatang.

Memperkenalkan Sri Melaka Residensi

Apa yang best sangat pasal Sri Melaka Residensi ni? Jom kita tengok beberapa sebab yang membuatkan hartanah terbaru ini laku macam goreng pisang.

1. Lokasi, Lokasi, Lokasi

Ya, lokasi memainkan peranan yang sangat penting untuk mengenalpasti hartanah yang berpotensi. Sri Melaka Residensi terletak di Bukit Serindit iaitu 3 kilometer daripada bandar Melaka Raya, tempat tumpuan pelancong seperti Jonker Walk, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan bermacam-macam lagi.

Sesuai untuk mereka yang bekerja di sekitar Melaka, dekat sangat nak ke mana-mana. Juga bagi mereka yang suka berjalan-jalan, nak pergi ke tempat tumpuan pelancong pun dekat. Nak beli sebagai pelaburan pun memang best.

2. Dikelilingi Suasana Hijau

Nama saja bandar Melaka, tetapi Sri Melaka Residensi menawarkan kehidupan yang penuh dengan kehijauan. Maklumlah, ianya dikelilingi Taman Rekreasi Bukit Serindit, iaitu taman rekreasi yang sangat popular di kalangan orang Melaka.

Balik kerja, salin baju terus pergi beriadah. Memang pilihan gaya hidup semasa yang pentingkan kesihatan dan sejuk mata memandang.

3. Jalani Gaya Hidup Moden

Kehidupan di Sri Melaka Residensi menjanjikan gaya hidup moden yang penuh dengan pelbagai kemudahan:

  • Komuniti Berpagar (Gated & Guarded)
  • Gimnasium
  • Kolam Renang
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Futsal
  • Taska
  • Taman Permainan
  • Dewan Serbaguna
  • Deretan Kedai
  • Surau

Semua pun ada, untuk orang bujang, berkeluarga dengan anak kecil mahu pun golongan tua. Masing-masing boleh menikmati pelbagai aktiviti bersama-sama orang yang tercinta.

Yang bestnya ada surau kat tengah-tengah, senang nak solat berjemaah dan beramah mesra sesama Muslimin dan Muslimat. Dapat juga berkumpul setiap kali waktu solat dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

4. Harga Tak Masuk Akal

Kalau nak tahu, harga Sri Melaka Residensi ni memang tak masuk akal. Kami dah buat survey, untuk harga serendah ini di Melaka, projek lain memang kalah punya.

Nama ProjekHargaHarga Selepas Diskaun 7% BumiputeraKeluasanHarga / kpsBilikBilik Air
Sri Melaka Residensi, Bukit SerinditRM232,000RM208,800 (Diskaun 10% Bumiputera)1000 kpsRM20832
Atlantis Residences, Kota LaksamanaRM374,500RM348,285689 kpsRM50511
Ocean Palms, Tanjung KlingRM350,0001033 kpsRM33832
Kenanga Residence, Melaka TengahRM370,000958 kpsRM38632

Sri Melaka Residensi menang daripada segi harga, keluasan dan harga per kaki persegi. Ianya merupakan kondomonium dengan harga TERENDAH di Melaka.

Memang mampu milik sangat, sesuai untuk dijadikan rumah pertama atau sebagai pelaburan.

5. Bukan Lagi Projek PR1MA

Kalau sebelum ini Sri Melaka Residensi adalah merupakan projek di bawah PR1MA, kini tidak lagi. Ini membolehkan para pembeli boleh menjalankan aktiviti jual beli macam biasa, kalau tak kena tunggu beberapa tahun baru boleh jual.

Ini juga bermakna tiada sekatan untuk kita menyewa unit yang dibeli di sini. Senyum lebarlah mereka yang ingin jadikan unit mereka sebagai homestay dan sebagainya.

6. Pembangunan Projek Berjalan Lancar

Di antara risiko beli rumah yang sedang dalam pembinaan, adalah kelewatan menyiapkan projek. Bayar bulan-bulan, tapi kunci rumah belum dapat. Lagi teruk kalau projek terbengkalai bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tidak dengan Sri Melaka Residensi ni, kerana ianya dibangunkan oleh pemaju yang berkaliber dan berwibawa.

Tengok saja gambar-gambar di bawah:

Kren pun dah naik tau, tak lama lagi boleh nampak setingkat demi setingkat ianya dibangunkan.

Apa Tunggu Lagi?

Nak lagi, jom layan video Sri Melaka Residensi di bawah:

Rebut peluang dengan penurunan OPR ni dan booking unit anda laju-laju. Segera pergi ke rumah contoh dan tengok sendiri bagi puas, betul tak apa yang kami bagitahu ni.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sri Melaka Residensi atau Facebook Sri Melaka Residensi untuk dapatkan info terkini berkenaan projek yang sangatlah best ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.