19 Perkara Yang Saya Belajar Tentang Krisis Ekonomi Dunia Yang Sedang Berlaku!

Ada kawan bertanya, “Bro, kita bakal menghadapi kemelesetan ekonomi ke?” Bukan bakal lagi. Kita sebenarnya sedang menghadapinya!

Baru-baru ini Tuan Haji Mohd Asri, mentor pelaburan saham Malaysia telah mengadakan sesi FB Live bersama-sama dengan Tuan Ahyat Ishak (Pejuang Hartanah), pakar hartanah kita.

Isu hangat semasa dibincangkan hampir 2 jam, nak tahu tak apa summary daripada perbincangan mereka berdua?

Kredit kepada Puan Wan Farah yang telah mencatat dan memberikan kesimpulan seperti berikut:

Ada yang kata ekonomi dunia tak akan kembali sama seperti sediakala selepas krisis ini. Bakal tercipta NWO atau New World Order dalam ekonomi dunia. Akan wujud JUTAWAN BARU!!!

1. The NEW WORLD ORDER (NWO) berpunca dari perkataan krisis. Kita sedang mengalami perubahan yang amat dahsyat. Ada netizen yang masih in denial.

2. Krisis disebabkan Covid-19 adalah kali pertama berlaku tetapi kitaran krisis bukanlah kali pertama berlaku.

3. Sejarah sentiasa berulang kerana manusia tidak mahu belajar daripada sejarah terlampau.

4. Krisis berlaku kerana 2 sebab:
– Bubble / Teknikal
– The Black Swan. Perkara yang langsung tidak boleh diramal. Contohnya peristiwa September 11, percubaan membunuh presiden.

5. 5 tahun lalu Bill Gates telah meramal yang manusia tidak bersedia melawan bakteria/wabak.

6. Dua golongan yang wujud setiap kali krisis:
– Golongan hancur lebur
– Golongan yang win besar

7. PKP: Mindset persiapan perang
– Ini bukan holiday
– Survival
– Adakah curve Covid-19 akan menjadi rata?

8. Ibarat mak berpesan kepada anak. Mak (Bank Negara) telah berpesan kepada anak-anaknya (rakyat) melalui moratorium secara tersurat dan tersirat
– Bantu rakyat dalam masalah kewangan dalam tempoh short term
– Rakyat mesti bantu negara
– Bank terpaksa korbankan reserve, kadar keuntungan
– BNM akan beri masa yang cukup sehingga Disember 2021

9. Sekiranya krisis Covid-19 berpanjangan, NWO mereka yang gergasi akan menjadi lebih hebat dan ada golongan yang hebat akan lenyap.

10. Perubahan ini akan bakal dinikmati oleh masyarakat yang berani dan bijak – mereka akan menjadi yang sangat sangat kaya raya.
Antaranya:
– Usahawan-usahawan yang survive
– Pelabur yang mengambil position at the right time and at the right strategy!

11. Kalau kita nak ilmu yang tinggi daripada seorang mahaguru, kita juga mesti naikkan juga makam kita. Adab dan keberkatan mesti dijaga.

12. Keberkatan itu bermaksud, sikit itu cukup, lebih itu kita boleh kongsi. Lihat balik, audit balik diri sendiri. Adakah hidup kita bertambah baik? Sepatutnya setiap 2 kitaran hidup kita boleh upgrade hidup kita

13. Orang biasa jawab 1 – 1 = 0. Sedangkan menurut Islam 1 – 1 = infiniti. Sebab itu Allah suruh kita bagi (sedekah).
– Niat kerana Allah
– Doa
– Usaha dengan ilmu
– Tawakal dan redha dengan apa yang Allah bagi

14. Krisis ialah bahaya dan peluang.
– Kita kena jaga diri, keluarga dan golongan tertentu yang mesti dijaga seperti business dan kakitangan.
– Dalam hartanah mesti faham what is the good developer?
– Sedar kedudukan kewangan kita. Adakah 6 bulan dana kecemasan cukup?
– Apabila kita selamat daripada bahaya, kita melihat apa peluang yang ada. Peluang boleh juga menjadi perangkap. Kenalpasti sama ada itu adalah sampah atau aset

15. Daripada sudut hartanah, banyak peluang terhebat bakal menjelma. “The worst is yet to come”. Pastikan kita bersedia.

16. Bayangkan NWO adalah kunci. Ada kumpulan yang sedar tapi tak bersedia dan kumpulan yang sedar tapi bersedia. Yang belum bersedia, masih cukup masa untuk bersedia. Sebagai pelabur kita mesti ada entry dan exit plan. Perlu bersedia daripada segi mindset, kewangan dan ilmu.

17. Dalam setiap pelaburan, risiko tetap ada, bahaya tetap ada. Jangan rasa kita ini hina jika kita tak menyerang. Sediakan payung sebelum hujan. “Luck is what happens when preparation meets opportunity.” Jadi apakah persiapan kita untuk merebut peluang ini?

18. Jika dulu banyak alasan tak ada masa, kini ambil peluang PKP untuk mantapkan ilmu, dan buat homework. Persiapkan diri dan bijak mengambil peluang.

19. Pelbagai jenis investing:
– Value investing
– Growth investing
– Contrarian investing

Kredit: Wan Farah

Siapa yang berminat nak layan video penuh supaya lebih faham, boleh ke: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/videos/3142038985826310/

NEW WORLD ORDER ⚠️

[🔴LIVE] NEW WORLD ORDER⚠️.Bersama Mohd Asri Ahmad & Ahyat Ishak.Jangan lupa untuk Like, Share dan Comment!…#SahamIsCool#BeraniBangkit

تم النشر بواسطة ‏‎Mohd Asri‎‏ في الثلاثاء، ٣١ مارس ٢٠٢٠

Akhir kata, apa langkah seterusnya supaya situasi sebegini tak beri kesan besar kepada kita lagi di masa akan datang?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.