Agihan Pendapatan Dividen AHB vs TH vs ASB [2022-2024]

Setiap hujung tahun, ramai pelabur akan menantikan pengumuman dividen daripada instrumen pelaburan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan Tabung Haji (TH). Walaupun ketiga-tiga ini dianggap pelaburan berisiko rendah, kadar pulangannya tidak sama.

Sebelum itu, jom kita baca dulu ringkasan instrumen pelaburan ini:

Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990, pada harga RM1 seunit.

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) pula telah dilancarkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad pada 29 November 2010 dengan unit permulaan sebanyak 1 billion unit pada harga RM1 seunit juga.

Jumlah unit AHB adalah terhad, jadi kena tunggu bila pengumuman unit dibuka untuk langganan.

Baca lagi: PHB Umum 300 Juta Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Untuk Langganan

Tabung Haji – Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) tercetus hasil cadangan tokoh ekonomi iaitu Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959.

Mari kita tengok agihan pendapatan dividen AHB vs TH vs ASB dari 2022 hinga 2024.

Jangan Simpan Sahaja, Biarkan Duit Bekerja

Dalam dunia hari ini, menyimpan itu amalan mulia tetapi mungkin tidak mencukupi. Yang lebih penting adalah bagaimana duit simpanan itu boleh digandakan. Selain melabur saham dan FCPO, pilihan seperti ASB, Tabung Haji (TH) dan AHB menawarkan alternatif yang pelaburan dengan risiko lebih rendah, patuh Syariah dan mudah diakses untuk mengembangkan simpanan.

Yang penting, mulakan dengan ILMU! Kalau mencari pulangan yang lebih agresif, boleh cuba melabur dalam saham atau FCPO.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Mengukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak semalam apabila jatuh MYR45 untuk ditutup pada paras MYR4,393. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,435. Ia kemudiannya merekodkan paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,456 sebelum kegiatan jualan yang tinggi mengheret FCPO ini ke arah paras terendah sesi bernilai MYR4,382. Ia kemudian menutup dagangan pada MYR4,393 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan menguasai pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan komoditi ini jelas menurun melepasi paras sokongan penting bernilai MYR4,420 dan terus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga berada dalam keadaan menurun, yang menunjukkan bahawa momentum menurun adalah kuat dan terus berlangsung. FCPO kini dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,300. Kami tetapkan bias dagangan negatif memandangkan mereka yang menantikan penurunan harga berada dalam kawalan.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kini disemak kepada MYR4,700.

Selepas membuat penembusan menurun, paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,300 dan diikuti oleh paras MYR4,200. Paras rintangan pertama pula sekarang berada pada MYR4,570 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,700.