Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini


PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) — Pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang menempatkan kuarters kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa dijangka bermula suku ketiga tahun ini dengan kos pembangunan dianggarkan berjumlah RM4 bilion.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata projek berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan berikutan kajian mendalam yang menunjukkan keperluan mendesak terhadap penyediaan perumahan mampu milik khususnya bagi golongan penjawat awam. 

“Kerajaan bersetuju pembangunan dijalankan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) dilantik bagi melaksanakan projek ini dengan kos pembangunan yang diluluskan kerajaan kira-kira RM4 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi taklimat Kota MADANI yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di sini hari ini.

Fadlun berkata semua kos pembangunan akan diperincikan dalam perjanjian definitif dan diteliti secara menyeluruh oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) termasuk melalui proses kejuruteraan nilai bagi memastikan penjimatan dan keberkesanan pelaburan kerajaan.

“Projek ini berlandaskan konsep konsesi bina-pajak-senggara-pindah (BLMT)… bermakna kerajaan tidak menanggung secara terus kos penyelenggaraan kuarters, tetapi dibayar secara tempoh jangka panjang yang ditetapkan oleh kerajaan. Jadi beban kepada kerajaan adalah sangat minimum berbanding yang dilaksanakan pada masa ini.

“Oleh itu, ini adalah pendekatan yang diperkenalkan bagi pembangunan kuarters dan tempoh bayar balik juga akan ditetapkan oleh UKAS. Sehubungan itu, kerajaan memang meneliti dari segi kos pelaksanaan bagi projek ini,” katanya.

Fadlun berkata fasa pertama pembangunan pada September ini akan melibatkan 3,000 unit kediaman di bawah fasa 1A dan 1B yang turut diselaraskan dengan pembinaan sebuah sekolah dengan konsep menegak, yang dijangka siap dijangka siap pada 2027.

Menurutnya langkah ini bertujuan supaya kemudahan pendidikan dapat beroperasi serentak apabila perumahan siap.

Beliau berkata proses tender terbuka akan dilaksanakan dalam masa terdekat oleh PjH dan katanya kerajaan tidak terlibat secara langsung dalam pemilihan kontraktor, namun akan memantau rapi keseluruhan kos dan siling bajet yang ditetapkan.

Kota MADANI yang berkeluasan 41.28 hektar akan menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman untuk lebih 30,000 penduduk dan dibina secara vertikal berintensiti tinggi.

Reka bentuknya yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan, prasarana digital berkecekapan tinggi dan sistem mobiliti hijau akan menjadi asas kepada bandar rendah karbon sebagai menjunjung prinsip kemampanan, kesejahteraan dan keselamatan awam.

Pembangunan itu adalah pelaburan strategik jangka panjang dalam merangka masa depan Putrajaya sebagai bandar contoh yang mendukung nilai MADANI dan selari visi Bandar CHASE iaitu bandar yang bersih, sihat, maju, selamat dan mesra alam.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA