KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.
Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit.
“Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas,” katanya.
Katanya sehingga 19 Jun lepas, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM539.10 juta.
— BERNAMA
Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.
Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.
Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?
Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan
Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.
Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.
Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.
Bila sebut pasal pelaburan emas, ramai orang terus terbayang emas fizikal, dinar, jongkong atau barang kemas. Kita kena akui, pengalaman dapat pegang emas fizikal memang lain perasaan dia. Rasa “secure” tu ada.
Tapi sekarang, semakin ramai mula memilih emas digital sebab lebih mudah, boleh mula dengan modal kecil dan paling penting boleh beli/jual/pindahkan terus dari telefon tanpa perlu keluar rumah.
Cuma masalahnya… bukan semua platform emas dicipta serupa.
Ada yang nampak murah masa beli, tapi bila nak jual spread tinggi melangit.
Ada yang nampak mudah, tapi banyak caj lain.
Ada platform yang memang sesuai untuk simpanan, cuma pilihan fungsi tambahan tidak sebanyak platform lain.
Jadi, artikel ini kita fokus satu platform yang sedang kerap disebut kebelakangan ini: Bursa Gold Dinar (BGD).
Apa itu Bursa Gold Dinar?
Bursa Gold Dinar (BGD) ialah platform dagangan emas yang membolehkan pengguna membeli dan menjual emas melalui akaun BGD. Satu inovasi terkini dari Bursa Malaysia.
Ringkasnya:
Anda top up duit
Anda boleh beli emas
Anda boleh jual emas
Anda boleh pindahkan emas kepada orang lain
Anda boleh tebus emas kepada syiling dinar
Anda boleh menerima makluman perubahan harga emas semasa melalui notifikasi.
Satu lagi ciri yang buatkan BGD nampak “lain macam” ialah fungsi Exchange.
Fungsi ini membolehkan pengguna jual beli sesama pengguna (buyer vs seller) seperti konsep pasaran saham. BGD akan memastikan pasar ini “hidup” melalui system order (1 buy order + 1 sell order) yang dikemaskini setiap minit.
Jadi BGD bukan sahaja sesuai untuk simpanan emas, tetapi turut membuka peluang untuk pengguna yang mahu aktif berdagang (trade) emas. Ini kerana anda boleh harga jual dan beli sendiri berdasarkan harga sasaran, bukan sekadar beli ikut harga yang ditawarkan oleh platform.
Konsep ini lebih mirip dengan trading saham di mana anda boleh lihat pergerakan pasaran melalui order book, pantau harga last done, serta ambil peluang bila harga turun/naik mengikut strategi sendiri.
Dalam pasar macam BGD Exchange, orang boleh jual lebih murah daripada harga semasa sebab beberapa faktor:
1) Nak pakai duit (urgent cash)
Dia tak kisah rugi sikit asalkan cepat dapat cash.
2) Tak sabar / “panic sell”
Bila harga jatuh, ada yang takut jatuh lagi → dia jual murah untuk lock untung.
3) Salah letak harga (human error)
Tersalah tekan, tersalah pilih harga atau ingat harga tu betul. Memang naya kalau kes macam ni.
4) Nak pastikan terjual cepat
Kalau dia letak harga jual lebih rendah dari harga seller lain, peluang emas dia “disambar” adalah lebih cepat.
Waktu dagangan BGD Exchange
BGD ada trading hours yang lebih panjang berbanding pasaran saham Bursa Malaysia: 8:30AM – 11:50PM (Isnin – Jumaat), tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.
Apa itu Order Book?
Order book ialah senarai pesanan beli/jual yang sedang menunggu untuk dipadankan. Ini membantu anda buat keputusan yang lebih strategik seperti nak beli ikut best sell price atau set buy order lebih rendah dan tunggu match.
Maksud High, Low dan Last Done
High ialah harga paling tinggi yang dicapai dalam hari dagangan tersebut. Low ialah harga paling rendah yang dicapai. Last done pula ialah harga transaksi terakhir yang berjaya berlaku di Exchange (harga terkini yang ‘matched’).
Apa itu spread dalam BGD?
Spread ialah beza antara harga beli tertinggi dan harga jual terendah. BGD tetap ada spread seperti platform lain, namun spread BGD biasanya lebih kompetitif (lebih rendah) berbanding kebanyakan platform lain.
Macam mana order matching berlaku?
BGD guna konsep price-time priority: harga terbaik akan diutamakan dan jika harga sama, pesanan yang masuk paling awal akan diutamakan.
Patut guna BGD untuk peram atau trade emas?
BGD sesuai untuk simpan emas secara konsisten, terutama untuk yang mahukan platform lebih ‘market-driven’. Untuk yang lebih aktif, fungsi Exchange juga memberi ruang untuk anda menjadi saudagar emas. Ringkasnya, BGD boleh menjadi pilihan sama ada anda mahu menjadi pelabur emas (simpanan jangka panjang) atau trader emas (lebih aktif), bergantung kepada strategi masing-masing.
Kesimpulan
Kalau anda mencari platform emas yang bukan sekadar “beli dan simpan”, tetapi memberi pengalaman seperti pasaran sebenar, Bursa Gold Dinar (BGD) memang antara yang paling menarik di Malaysia. Fungsi Exchange menjadikan urus niaga emas lebihstrategik serta menawarkan pengalaman ‘gold trading’ yang mirip mekanisma pasaran saham.
Yang paling penting, struktur pelaburan ini turut menitikberatkan aspek patuh Syariah, menjadikan ia pilihan yang lebih meyakinkan untuk pelabur Muslim yang mahu akses kepada pasaran emas moden tanpa mengabaikan prinsip Shariah.
Nak mula menyimpan emas di Bursa Gold Dinar (BGD)? Guna referral code [ NURS17324 ] Anda akan dapat 0.02g emas bila buat pembelian pertama RM100 dan yang kami juga dapat 0.01g emas. Win-win, start simpan emas terus dapat bonus. Terima kasih!