Devhub Malaysia, Komuniti Programmer Terbesar Bagi Mereka Yang Ingin Mencari Bakat Dalam Bidang Teknologi

Trading atau Invesment adalah merupakan bidang yang tidak boleh lari daripada dunia teknologi. Dengan kemajuan teknologi yang kian pesat membangun, pelabur pastinya perlu cakna dengan informasi berkenaan teknologi terkini.

Kemunculan robo-advisor dan algorithm trading pastinya satu perkara yang baru buat masyarakat kita, sedangkan di luar negara itu merupakan perkara biasa. Justeru, apa yang boleh penulis sarankan adalah mereka yang terlibat dalam dunia pelaburan harus bergaul dengan mereka yang pakar dalam bidang teknologi.

Dalam membina sebuah robo-advisor atau sebuah trading system, biasanya Bahasa pengaturcaraan yang digunapakai adalah Python. Jadi carilah mereka yang pakar dalam Python dan kalau ditanya kepada kami, bagaimana anda ingin mencari seorang programmer yang power, supaya dapat mengautomasikan sistem pelaburan anda?

Devhub Malaysia Adalah Jawapannya

Pastinya dalam Devhub, sebuah komuniti programmer yang paling aktif dan terbesar di Malaysia. Yang menarik mengenai Devhub adalah, mereka tidak bergantung kepada mana mana dana dan bergantung secara komuniti membantu sesama ahli komuniti yang lain.

Devhub merupakan inisiatif sekumpulan orang awam yang ingin merapatkan jurang industry revolusi 4.0 yang kini mendapat perhatian badan kerajaan dan syarikat korporat di Malaysia.

Tak cukup dengan itu, Devhub menganjurkan acara-acara teknologi secara berkala. Di antara acara yang pernah dianjurkan adalah acara kerjasama Devhub dengan Bank Negara di Sasana Kijang. Sekarang pun, badan autoriti dan korporat turut serta berkongsi mengenai gambaran kemajuan Financial Technology (Fintech) dan masa depannya di Malaysia.

Tak cukup dengan itu, Devhub juga telah menganjurkan acara Runcloud bersama rakan strategik mereka, Upcloud dari Finland. Bagi mereka yang belum tahu, Runcloud merupakan sebuah startup tempatan yang sukses di peringkat global. Di sini mereka berkongsi bagaimana membangunkan startup daripada bawah dan perkongsian dari wakil MDEC, Futurise mengenai Cloud Computing.

Bayangkan jika anda bersama dalam komuniti ini, berapa banyak ilmu dan network bakal diperolehi? Andai anda mempunyai kenalan yang meminat teknologi, jom ikuti mereka di Facebook.

Artikel ini disumbangkan oleh Faiz Azizan, seorang penulis InvestorMY

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UOB Malaysia perkenal nama baharu stesen LRT Bandaraya – UOB

Kuala Lumpur, Malaysia, 3 Oktober 2025 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan penjenamaan semula Stesen LRT Bandaraya kepada Stesen LRT Bandaraya – UOB, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank untuk membangunkan Kuala Lumpur menjadi lebih hijau dan terhubung. Inisiatif penjenamaan stesen ini menunjukkan wawasan UOB yang progresif dalam menggabungkan  kemampanan dengan mobiliti bandar, sambil meningkatkan keterhubungan harian untuk penduduk bandar yang semakin meningkat.

Dengan lebih satu juta penumpang melalui Stesen LRT Bandaraya – UOB setiap minggu, stesen ini merupakan hab pertukaran penting yang menyediakan akses mudah ke salah satu daerah komersial paling sibuk di Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran bersempena penjenamaan semula stesen telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UOB; Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia; Encik Amir Hamdan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad; Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE); dan Encik Nor Azmi Mohd Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.

YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, berkata, “Saya ucapkan tahniah kepada UOB Malaysia atas sokongan mereka terhadap program Hak Penjenamaan Stesen. Penjenamaan semula stesen ini adalah bukti bahawa kerjasama awam-swasta yang erat dapat membuahkan hasil positif bagi rakyat, selain memaksimumkan sumber dan mempertingkat penyampaian perkhidmatan. Penglibatan Bank secara proaktif juga menunjukkan semangat pemilikan dan komitmen teguh dalam meningkatkan landskap pengangkutan awam Kuala Lumpur.”

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Penjenamaan Stesen LRT Bandaraya – UOB bukan sahaja bersifat simbolik, ia melambangkan akar umbi kami di kawasan ini, di mana Menara UOB Kuala Lumpur telah bertapak sejak 1984. Dengan ibu pejabat baharu kami, UOB Plaza 1 KL, hanya beberapa langkah dari stesen, inisiatif ini membolehkan kami memperdalam keterlibatan masyarakat, menyumbang kepada pengalaman bandar raya, selain membantu memajukan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan bandar serta menggalakkan kemampanan.”

Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, berkata, “Kami berbesar hati dengan penyertaan UOB Malaysia sebagai rakan kongsi dalam inisiatif Hak Penjenamaan Stesen kami. Melangkaui inisiatif penamaan, penjenamaan stesen adalah pemangkin untuk pewujudan tempat dan juga menjadi kebanggaan masyarakat, di mana hab transit diubah menjadi mercu tanda yang menyerlahkan identiti bandar. Dengan kehadiran UOB Malaysia di Stesen LRT Bandaraya – UOB, kami dapat meningkatkan pengalaman komuter, membuka kunci nilai aset transit kami, dan juga membantu menjadikan Kuala Lumpur lebih bertenaga dan terhubung.”

Stesen LRT Bandaraya – UOB yang dinamakan semula ini menghubungkan kedua-dua Laluan LRT Ampang (Ampang – Sentul Timur) dan Sri Petaling (Sri Petaling – Sentul Timur) dan berintegrasi dengan Laluan LRT Kelana Jaya melalui stesen Masjid Jamek. Ia juga berkhidmat sebagai stesen pertukaran ke Stesen Komuter KTM Bank Negara, menghubungkan penumpang harian ke kedua-dua Laluan KTM Rawang – Seremban dan Sentul – Pelabuhan Klang. Stesen ini juga berdekatan dengan beberapa mercu tanda Kuala Lumpur termasuk Bank Negara Malaysia, Bangunan KWSP, Kompleks Pertama, Menara DBKL, Menara MARA, dan SOGO KL.