5 Keuntungan Simpan Dan Labur Emas Public Gold

Nilai matawang diakui tidak kalis inflasi. Bandingkan sahaja nilai RM50 sekarang dengan nilai RM50 pada 10 tahun yang lalu. Maka, korang akan faham bahawa EMAS adalah logam berharga yang sentiasa bernilai dari tahun ke tahun kerana ia mampu bertindak sebagai pelindung kekayaan daripada inflasi.

Walaupun harga PERAK lebih murah berbanding harga EMAS, namun, kedua-duanya mempunyai kegunaan yang hampir sama. Harga EMAS mengalami turun dan naik dalam jangka masa pendek, tetapi ia akan menunjukkan trend menaik dalam jangka masa sederhana panjang dan panjang.

Bagi masyarakat muslim, anda tidak perlu khuatir lagi kerana sudah ada akaun simpanan emas yang patuh syariah seperti Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold yang diperkenalkan sejak tahun 2015. Secara umumnya ada 5 keuntungan menjadi penyimpan mahupun pelabur EMAS PUBLIC GOLD.

1. Susut Nilai Tak Terlalu Tinggi

Susut nilai jual beli emas Public Gold tidak terlalu tinggi iaitu antara 6% – 9% sahaja. Harga jualan dan belian emas terkini boleh disemak di laman web https://www.publicgold.com.my/. Menariknya, harga emas yang dipaparkan di laman web ini dikemaskini setiap 20 minit. Harga akaun GAP pula dikemaskini sekali sehari pada jam 12 malam.

Berikut disertakan formula dan contoh pengiraan susut nilai 10 gram dan 1000 gram emas berdasarkan kepada tahun 2019:

Formula Susut Nilai Emas Public Gold (PG):

Contoh Pengiraan Susut Nilai 10 gram Emas Public Gold pada 23 Oktober 2019:

Contoh Pengiraan Susut Nilai 1000 gram Emas Public Gold pada 23 Oktober 2019:

2. Harga Mampu Milik

Mereka yang ingin melindungi, menambah atau menggandakan kekayaan tidak akan bertangguh membeli emas. Harga emas Public Gold adalah mampu milik dan pembeliannya bergantung kepada matlamat dan posisi masing-masing.

Mereka yang berada di posisi pelabur emas cenderung untuk menambah kekayaan dengan emas, posisi penyimpan emas kebiasaanya dipegang oleh mereka yang mempunyai matlamat untuk melindungi kekayaan, dan posisi peniaga emas pula kebiasaanya dipelopori oleh mereka yang cenderung untuk menggandakan kekayaan. Bagi golongan penyimpan, seronoknya emas bila dikumpulkan, bukannya saat dibelanjakan.

3. Mentor Dan Ejen Emas Yang Berpengalaman

Mentor dan ejen emas diperlukan untuk memberi bimbingan kepada pelanggan dalam urusan jual beli emas. Di Malaysia, terdapat beberapa mentor emas yang dikenali ramai seperti Tuan Syukor Hashim, Tuan Zulkifli Shafie, Tuan Hafizul Hakim, dan Puan Azizah Hassan.

Mereka sangat peramah dan tidak lokek berkongsi ilmu emas dari semasa ke semasa di laman-laman sosial termasuk Facebook, Blog dan Telegram. Ejen emas pula boleh dianggap sebagai supporter kepada penyimpan untuk terus konsisten membeli emas setiap bulan mengikut strategi yang dirancang.

4. Seminar Emas Percuma

Siapa yang tidak suka ilmu emas percuma? Setiap minggu, korang boleh hadir ke seminar emas percuma di cawangan Public Gold berdekatan yang dikendalikan oleh mentor atau ejen yang berpengalaman.

Bukan ilmu sahaja yang dapat tau, korang juga berpeluang untuk mendapatkan emas secara percuma melalui cabutan bertuah. Peluang untuk menjadi ejen emas Public Gold juga akan diterangkan oleh person in charge yang terlibat. Nak kembangkan networking korang pun boleh sangat.

5. Elak Boros Dan Membina Tabiat Menyimpan

Selain simpanan di bank, korang juga boleh buat force saving dalam bentuk emas sekurang-kurangnya 1 gram setiap bulan untuk tujuan tertentu. Lazimnya, pelabur emas akan membeli emas ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi.

Manakala penyimpan emas pula kebiasaanya membeli emas tanpa mengambil kira trend harga sama ada menaik atau menurun kerana mereka sudah ada tabiat menyimpan. Bak kata pepatah “Nikmat emas bila dikumpul-kumpulkan, nikmat duit bila dibelanja-belanjakan”.

Nikmat Tuhan apa lagi yang mahu didustakan. Jom beralih ke simpanan dan pelaburan emas kerana emas ialah sumber kekayaan sebenar.

Artikel ditulis oleh Wan Mohamad Farhan bin Ab Rahman. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pos Malaysia Memperkenalkan Pos ArRahnu Gold-i, Platform Simpanan Emas Patuh Syariah Bermula Serendah RM10

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 –Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Syarikat”) hari ini melancarkan Pos ArRahnu Gold-i, sebuah perkhidmatan emas digital patuh Syariah yang membolehkan rakyat Malaysia mula menyimpan dan melabur dalam emas serendah RM10 menerusi platform yang mudah dan selamat.

Majlis pelancaran diadakan di ibu pejabat Pos Malaysia di Dayabumi, Kuala Lumpur, dan disempurnakan oleh Encik Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, bersama-sama Encik Fong Pok Yee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Capital Growth Sdn Bhd, dan Encik Hong Kok Wah, Pengurus Besar Go Capital Growth Sdn Bhd. Turut hadir ialah wakil daripada Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), SIRIM QAS International Sdn Bhd, Pasukan Pengurusan Kanan Pos Malaysia, wakil media serta tokoh berpengaruh (key opinion leaders).

Dilancarkan dengan kerjasama Go Capital Growth Sdn Bhd, Pos ArRahnu Gold-i menggabungkan jangkauan runcit dan digital Pos Malaysia yang dipercayai dengan kepakaran emas Go Capital Growth, sekali gus memberikan pelanggan cara yang praktikal dan mudah diakses untuk memulakan perjalanan simpanan emas mereka.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, emas kekal sebagai simpanan kekayaan yang bernilai. Pos ArRahnu Gold-i menyahut permintaan ini dengan menjadikan pelaburan emas lebih mudah dimulakan bagi penyimpan kali pertama, golongan belia yang bekerja, keluarga dan pelanggan B40.

“Emas sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia, melambangkan keselamatan, kestabilan dan sesuatu yang boleh dibina serta diwariskan daripada satu generasi ke generasi seterusnya,” kata Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia.

“Menerusi Pos ArRahnu Gold-i, kami memudahkan pelanggan untuk memulakan simpanan secara kecil-kecilan dan membina simpanan mereka dengan cara yang mudah serta berpatutan. Dengan titik permulaan hanya RM10, pelanggan boleh mengambil langkah pertama ke arah membina jaminan kewangan jangka panjang menerusi perkhidmatan dan rangkaian yang telah pun mereka kenali.”

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pos Malaysia dan Pos ArRahnu sebagai pembekal dipercayai bagi emas tempaan premium dan platform emas digital untuk Pos ArRahnu Gold-i. Komitmen kami adalah untuk sentiasa menyediakan produk emas fizikal yang memenuhi piawaian kebangsaan yang diiktiraf, termasuk SIRIM MS1247 dan NMIM. Emas bukan sekadar logam berharga; ia merupakan warisan kepercayaan, ketahanan dan nilai yang berkekalan. Menerusi kerjasama ini, kami berbangga dapat menyokong Pos Malaysia dalam menjadikan warisan itu lebih mudah diakses, berkualiti tinggi dan boleh dipercayai, sekali gus membantu membentuk masa depan kewangan yang lebih kukuh untuk seluruh rakyat Malaysia,” kata Encik Fong Pok Yee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Capital Growth.

Memperluas Akses kepada Simpanan Emas

Berteraskan lebih 200 tahun kepercayaan dan jangkauan seluruh negara, Pos Malaysia terus memperluas perkhidmatannya melangkaui tawaran pos dan logistik tradisional bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah menerusi penyelesaian yang mudah, praktikal dan bernilai tambah.

Pos ArRahnu Gold-i menggabungkan jangkauan nasional Pos Malaysia dengan jaminan emas yang diiktiraf, titik permulaan yang rendah serta fleksibiliti untuk membeli, menjual atau menukar emas menerusi saluran digital atau cawangan Pos ArRahnu di seluruh Malaysia.

Memudahkan Simpanan Emas

Pos ArRahnu Gold-i menawarkan pelbagai kelebihan yang memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mula menyimpan dan memiliki emas dengan mudah:

  • Mula menyimpan dan melabur dalam emas serendah RM10.
  • Beli, jual dan kumpul emas secara digital berdasarkan harga pasaran masa nyata.
  • Nikmati jurang harga beli dan jual emas yang rendah, antara yang terendah dalam pasaran, menjadikan simpanan emas lebih kompetitif dan mudah diakses.
  • Tukar emas digital kepada emas fizikal atau tunai apabila diperlukan.
  • Jejak, beli dan urus pegangan emas menerusi platform digital mesra pengguna (posarrahnugold.ace2u.com) dengan paparan portfolio masa nyata.
  • Nikmati had belian semula (buyback threshold) yang fleksibel bermula daripada 0.5g.
  • Akses kepada platform yang patuh Syariah sepenuhnya, disokong oleh pentauliahan dan pengesahan yang diiktiraf.

Emas yang ditawarkan menerusi Pos ArRahnu Gold-i disokong oleh pentauliahan dan pengesahan daripada badan berkaitan yang diiktiraf termasuk London Bullion Market Association (LBMA), SIRIM dan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), memberikan jaminan yang lebih tinggi terhadap ketulenan, kualiti dan ketelusan.

Sempena pelancaran ini, Pos ArRahnu turut memperkenalkan produk emas pilihan, termasuk jongkong emas edisi khas “Pos World” 1g, yang dihadkan kepada 500 keping sahaja dan boleh diperoleh bersama-sama produk lain di cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.

Menyokong Rangkuman Kewangan yang Lebih Meluas

Bagi Pos Malaysia, rangkuman kewangan (financial inclusion) bermakna menjadikan penyelesaian yang praktikal dan dipercayai lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Dengan lebih sedekad pengalaman berkaitan emas menerusi Pos ArRahnu, Syarikat menggabungkan kemudahan digital, jaminan yang diiktiraf serta akses patuh Syariah dalam satu penyelesaian yang fleksibel.

Menerusi gabungan tradisi dan teknologi, perkhidmatan ini bertujuan membantu pelanggan membina tabiat menyimpan yang sihat dan mengukuhkan masa depan kewangan mereka.

Pos ArRahnu Gold-i tersedia mulai 13 Julai 2026 di outlet Pos ArRahnu yang mengambil bahagian di seluruh negara serta menerusi perkhidmatan digitalnya. Pelanggan yang berminat untuk memulakan perjalanan simpanan emas mereka boleh melayari posarrahnugold.ace2u.com, mendaftar, melengkapkan eKYC dengan mengimbas kad pengenalan, dan membeli emas serendah RM10 terus menerusi laman web tersebut. Pelanggan digalakkan untuk menyemak terma produk sebelum menyertainya, memandangkan harga emas tertakluk kepada pergerakan pasaran.

Berpandukan matlamatnya untuk membina kepercayaan bagi menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang, Pos Malaysia terus mencipta akses, keyakinan dan peluang yang lebih luas untuk komuniti yang dilayaninya.

Ikuti perkembangan Pos Malaysia menerusi www.pos.com.my atau saluran media sosial kami di Facebook, X, Instagram, TikTok, YouTube dan LinkedIn.