Bank Rakyat Perkenal Akaun-i eGold, Akaun Pelaburan Emas Serendah RM10

Pada 18 April lalu, Bank Rakyat kini telah menawarkan satu produk pelaburan emas patuh Syariah yang dikenali sebagai Akaun-i eGOLD. Akaun ini membolehkan orang ramai membeli, menyimpan, dan menjual emas secara digital tanpa perlu menyimpan emas fizikal di rumah. Segala urusan boleh dilakukan dengan selamat dan mudah melalui perkhidmatan perbankan internet iRakyat.

Apa Itu Akaun-i eGold Bank Rakyat?

Akaun-i eGOLD ialah akaun pelaburan emas digital yang mematuhi prinsip Syariah. Emas yang ditawarkan mempunyai ketulenan 999.9 dan diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Selepas pembelian, emas tersebut akan disimpan dengan selamat oleh penyedia perkhidmatan storan yang dilantik oleh Bank Rakyat. Anda juga mempunyai pilihan untuk menukar emas digital kepada jongkong emas fizikal untuk simpanan peribadi anda.

Kelebihan Akaun-i eGold Bank Rakyat

  • Harga Masa Nyata: Boleh beli dan jual emas pada harga yang dikemas kini secara masa nyata melalui iRakyat (real-time).
  • Spread Rendah: Anggaran spread 5%.
  • Penukaran kepada Emas Fizikal: Anda boleh menukar baki emas digital kepada jongkong emas fizikal dalam denominasi seperti 0.5g, 1g, 5g, 10g, 50g, dan 100g.
  • Pemindahan Emas: Kemudahan untuk memindahkan emas (dalam gram) kepada akaun-i eGold pihak ketiga yang lain, dengan had maksimum nilai emas RM50,000 sehari berdasarkan harga beli semasa bank.
  • Transaksi Mudah: Semua urus niaga pembelian dan penjualan emas dilakukan melalui akaun semasa atau simpanan anda di Bank Rakyat melalui iRakyat.

Dari sudut kelayakan, semua individu berumur 18 tahun ke atas boleh membuka akaun ini. Remaja berumur 13 hingga 17 tahun juga dibenarkan, tetapi dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga sah. Apa yang penting, anda perlu mempunyai akaun simpanan, semasa atau pelaburan (CASAIA) di Bank Rakyat, serta mendaftar untuk iRakyat bagi menggunakan kemudahan pelaburan ini.

Produk ini juga mengikut prinsip Syariah sepenuhnya melalui beberapa kontrak seperti:

Wakalah bil Ujrah (bank bertindak sebagai ejen kepada vendor emas), Bai’ As-Sarf (pertukaran mata wang dan emas secara tunai), Hibah (pemberian emas kepada pihak lain), serta Ijarah Khidmat untuk perkhidmatan penukaran emas digital kepada fizikal.

  • Wakalah Bil Ujrah: Bank bertindak sebagai ejen untuk menjual, membeli, dan memindahkan emas atas nama vendor emas.
  • Bai’ As-Sarf: Pertukaran wang dengan emas atau sebaliknya pada nilai dan masa yang sama.
  • Hibah: Pemberian emas antara pelanggan melalui Akaun-i eGold.
  • Ijarah Khidmat: Caj perkhidmatan untuk penukaran emas digital kepada emas fizikal.

Transaksi boleh dilakukan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 11.59 malam, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Tidak ada syarat baki minimum untuk kekalkan akaun ini aktif.

Walaubagaimanapun, bahawa Akaun-i eGold Bank Rakyat tidak dilindungi oleh PIDM dan seperti mana-mana pelaburan lain, harga emas boleh berubah-ubah mengikut pasaran semasa.

Cara Membuka Akaun

  • Mulakan Pelaburan: Lakukan pembelian emas pertama anda dengan nilai minimum RM10 atau kelipatannya.
  • Buka Akaun CASAIA: Kunjungi cawangan Bank Rakyat untuk membuka akaun simpanan, semasa, atau pelaburan (CASAIA) jika belum mempunyai.
  • Daftar iRakyat: Daftar untuk perbankan internet iRakyat di cawangan atau melalui laman web Bank Rakyat.
  • Buka Akaun-i eGold Bank Rakyat: Log masuk ke iRakyat dan pilih untuk membuka Akaun-i eGold Bank Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Bank Rakyat atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan Bank Rakyat.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Pos Malaysia Memperkenalkan Pos ArRahnu Gold-i, Platform Simpanan Emas Patuh Syariah Bermula Serendah RM10

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 –Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Syarikat”) hari ini melancarkan Pos ArRahnu Gold-i, sebuah perkhidmatan emas digital patuh Syariah yang membolehkan rakyat Malaysia mula menyimpan dan melabur dalam emas serendah RM10 menerusi platform yang mudah dan selamat.

Majlis pelancaran diadakan di ibu pejabat Pos Malaysia di Dayabumi, Kuala Lumpur, dan disempurnakan oleh Encik Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, bersama-sama Encik Fong Pok Yee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Capital Growth Sdn Bhd, dan Encik Hong Kok Wah, Pengurus Besar Go Capital Growth Sdn Bhd. Turut hadir ialah wakil daripada Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), SIRIM QAS International Sdn Bhd, Pasukan Pengurusan Kanan Pos Malaysia, wakil media serta tokoh berpengaruh (key opinion leaders).

Dilancarkan dengan kerjasama Go Capital Growth Sdn Bhd, Pos ArRahnu Gold-i menggabungkan jangkauan runcit dan digital Pos Malaysia yang dipercayai dengan kepakaran emas Go Capital Growth, sekali gus memberikan pelanggan cara yang praktikal dan mudah diakses untuk memulakan perjalanan simpanan emas mereka.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, emas kekal sebagai simpanan kekayaan yang bernilai. Pos ArRahnu Gold-i menyahut permintaan ini dengan menjadikan pelaburan emas lebih mudah dimulakan bagi penyimpan kali pertama, golongan belia yang bekerja, keluarga dan pelanggan B40.

“Emas sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia, melambangkan keselamatan, kestabilan dan sesuatu yang boleh dibina serta diwariskan daripada satu generasi ke generasi seterusnya,” kata Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia.

“Menerusi Pos ArRahnu Gold-i, kami memudahkan pelanggan untuk memulakan simpanan secara kecil-kecilan dan membina simpanan mereka dengan cara yang mudah serta berpatutan. Dengan titik permulaan hanya RM10, pelanggan boleh mengambil langkah pertama ke arah membina jaminan kewangan jangka panjang menerusi perkhidmatan dan rangkaian yang telah pun mereka kenali.”

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pos Malaysia dan Pos ArRahnu sebagai pembekal dipercayai bagi emas tempaan premium dan platform emas digital untuk Pos ArRahnu Gold-i. Komitmen kami adalah untuk sentiasa menyediakan produk emas fizikal yang memenuhi piawaian kebangsaan yang diiktiraf, termasuk SIRIM MS1247 dan NMIM. Emas bukan sekadar logam berharga; ia merupakan warisan kepercayaan, ketahanan dan nilai yang berkekalan. Menerusi kerjasama ini, kami berbangga dapat menyokong Pos Malaysia dalam menjadikan warisan itu lebih mudah diakses, berkualiti tinggi dan boleh dipercayai, sekali gus membantu membentuk masa depan kewangan yang lebih kukuh untuk seluruh rakyat Malaysia,” kata Encik Fong Pok Yee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Capital Growth.

Memperluas Akses kepada Simpanan Emas

Berteraskan lebih 200 tahun kepercayaan dan jangkauan seluruh negara, Pos Malaysia terus memperluas perkhidmatannya melangkaui tawaran pos dan logistik tradisional bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah menerusi penyelesaian yang mudah, praktikal dan bernilai tambah.

Pos ArRahnu Gold-i menggabungkan jangkauan nasional Pos Malaysia dengan jaminan emas yang diiktiraf, titik permulaan yang rendah serta fleksibiliti untuk membeli, menjual atau menukar emas menerusi saluran digital atau cawangan Pos ArRahnu di seluruh Malaysia.

Memudahkan Simpanan Emas

Pos ArRahnu Gold-i menawarkan pelbagai kelebihan yang memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mula menyimpan dan memiliki emas dengan mudah:

  • Mula menyimpan dan melabur dalam emas serendah RM10.
  • Beli, jual dan kumpul emas secara digital berdasarkan harga pasaran masa nyata.
  • Nikmati jurang harga beli dan jual emas yang rendah, antara yang terendah dalam pasaran, menjadikan simpanan emas lebih kompetitif dan mudah diakses.
  • Tukar emas digital kepada emas fizikal atau tunai apabila diperlukan.
  • Jejak, beli dan urus pegangan emas menerusi platform digital mesra pengguna (posarrahnugold.ace2u.com) dengan paparan portfolio masa nyata.
  • Nikmati had belian semula (buyback threshold) yang fleksibel bermula daripada 0.5g.
  • Akses kepada platform yang patuh Syariah sepenuhnya, disokong oleh pentauliahan dan pengesahan yang diiktiraf.

Emas yang ditawarkan menerusi Pos ArRahnu Gold-i disokong oleh pentauliahan dan pengesahan daripada badan berkaitan yang diiktiraf termasuk London Bullion Market Association (LBMA), SIRIM dan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), memberikan jaminan yang lebih tinggi terhadap ketulenan, kualiti dan ketelusan.

Sempena pelancaran ini, Pos ArRahnu turut memperkenalkan produk emas pilihan, termasuk jongkong emas edisi khas “Pos World” 1g, yang dihadkan kepada 500 keping sahaja dan boleh diperoleh bersama-sama produk lain di cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.

Menyokong Rangkuman Kewangan yang Lebih Meluas

Bagi Pos Malaysia, rangkuman kewangan (financial inclusion) bermakna menjadikan penyelesaian yang praktikal dan dipercayai lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Dengan lebih sedekad pengalaman berkaitan emas menerusi Pos ArRahnu, Syarikat menggabungkan kemudahan digital, jaminan yang diiktiraf serta akses patuh Syariah dalam satu penyelesaian yang fleksibel.

Menerusi gabungan tradisi dan teknologi, perkhidmatan ini bertujuan membantu pelanggan membina tabiat menyimpan yang sihat dan mengukuhkan masa depan kewangan mereka.

Pos ArRahnu Gold-i tersedia mulai 13 Julai 2026 di outlet Pos ArRahnu yang mengambil bahagian di seluruh negara serta menerusi perkhidmatan digitalnya. Pelanggan yang berminat untuk memulakan perjalanan simpanan emas mereka boleh melayari posarrahnugold.ace2u.com, mendaftar, melengkapkan eKYC dengan mengimbas kad pengenalan, dan membeli emas serendah RM10 terus menerusi laman web tersebut. Pelanggan digalakkan untuk menyemak terma produk sebelum menyertainya, memandangkan harga emas tertakluk kepada pergerakan pasaran.

Berpandukan matlamatnya untuk membina kepercayaan bagi menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang, Pos Malaysia terus mencipta akses, keyakinan dan peluang yang lebih luas untuk komuniti yang dilayaninya.

Ikuti perkembangan Pos Malaysia menerusi www.pos.com.my atau saluran media sosial kami di Facebook, X, Instagram, TikTok, YouTube dan LinkedIn.