Fatwa Zakat Ke Atas Aset Digital Seperti Bitcoin

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-44/2019 dan diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020 berpendapat bahawa Bitcoin dikenakan zakat apabila mencukupi haul (tempoh setahun) dan nisab (kadar minima) di atas sifat ia adalah ‘Urudh al-Tijarah‘Urudh al-Tijarah bermaksud barangan dagangan.

Fatwa ini adalah fatwa pertama yang mewajibkan dan memberi panduan kepada pemilik aset digital untuk membayar zakat ke atas pemilikan mereka.

Negeri lain seperti Johor berpendapat bahawa selagi Bitcoin dan matawang digital masih dalam peringkat kajian Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai urusetianya, maka fatwa negeri tidak perlu dikeluarkan lagi.

Menariknya fatwa Perlis ini membenarkan pembayaran zakat dalam bentuk nilai wang atau unit Bitcoin, namun kaedah pembayaran menggunakan Bitcoin itu belum dapat dipastikan kaedahnya.

Menurut fatwa tersebut, pengiraan zakat untuk Bitcoin adalah:

[ (Nilai terendah unit BTC dalam satu tahun x bilangan unit BTC) + keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun ] x 2.5 %

Sebagai contoh mudah Sulaiman mempunyai satu unit Bitcoin yang dibeli pada 1 Januari 2020 pada harga RM 29,808.00.

Setelah setahun iaitu pada 1 Januari 2021, genaplah tempoh haul iaitu tempoh setahun dan nilai semasa Bitcoin beliau adalah RM133,320.00.

Nilai semasa itu melebihi nisab Perlis iaitu RM 20579.75, maka zakat perlu dibayar.

Pengiraan zakat Sulaiman:

Nilai terendah 1 Januari 2020 –  1 Januari 2021: RM 26,839.62 (nilai Mac 2020)

Bilangan Unit: 1

Keuntungan hasil dagangan: 0 (tidak pernah menjual unit)

Maka {(RM 26,839.62 x 1) + 0 } x 2.5% = RM 670.99

Nilai 670.99 itu sama ada diambil daripada jualan sebahagian Bitcoin atau dibayar menggunakan sumber lain ke mana-mana pejabat zakat.

Walaupun hanya Perlis yang mengeluarkan fatwa ke atas Bitcoin, mana-mana pelabur yang ingin membayar zakat boleh berbuat demikian berdasarkan fatwa dan cara kiraan mereka dan disalurkan ke mana-mana pusat zakat.

Juga pandangan saya, ia boleh digunapakai untuk aset digital lain walaupun fatwa dikhususkan kepada Bitcoin.

Moga pelaburan kita semua diberkati.

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan pemegang sijil Islamic Financial Planner (IFP). Merupakan lepasan Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8 .

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Baca juga: Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.