5 Asas Analisis Teknikal Dalam FCPO Yang Anda Perlu Tahu

Dalam sebarang instrumen pelaburan, kita perlu ada ilmu mengenai analisis teknikal. Dengan adanya ilmu ini, kita dapat tahu bila masa terbaik untuk membeli dan bila masa terbaik untuk menjual.

Secara ringkasnya, analisis teknikal adalah metodologi analisis untuk meramalkan arah harga melalui kajian data pasaran masa lalu, terutamanya harga dan jumlah dagangan (volume). Analisis teknikal adalah disiplin perdagangan yang digunakan untuk menilai pelaburan dan mengenal pasti peluang perdagangan dalam trend harga dan corak yang dilihat pada carta.

Tapi sebelum itu, mungkin ada yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan FCPO ini. Jom kita kenali FCPO dengan lebih dekat lagi.

Apa Itu Crude Palm Oil Futures (FCPO)?

FCPO atau Pasaran Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit adalah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah denominasi Ringgit Malaysia (“MYR”) yang diperdagangkan di Bursa Malaysia Derivatives.

Ianya merupakan penanda aras harga global untuk pasaran minyak sawit mentah sejak Oktober 1980 di ruang Pertukaran Niaga Hadapan Komoditi. Senang cerita, satu dunia akan merujuk kepada Malaysia bagi menentukan harga FCPO di peringkat global.

Sekarang kita dah tahu serba sedikit mengenai FCPO, jom kita tengok asas analisis teknikal yang perlu kita tahu sebelum nak trade FCPO ini.

1. Candlestick

Carta ‘Candlestick’ telah dibangunkan pada abad ke-18 oleh Munehisa Homma, seorang peniaga beras Jepun. Kemudian Steve Nison telah membawa corak candlestick ke dunia Barat.

Candlestick adalah sejenis carta harga yang digunakan dalam analisis teknikal yang menunjukkan harga tinggi, rendah, terbuka, dan penutupan untuk jangka masa tertentu.

Dengan menganalisis candlestick ini, kita boleh buat ramalan sama ada harga akan naik atau turun pada masa akan datang.

2. Support and Resistance (Sokongan dan Rintangan)

Bila dah ada asas mengenai candlestick, kita kena tahu pula mengenai Support and Resistance ini.

Support (tahap sokongan) berlaku di mana aliran menurun dijangka berhenti kerana tumpuan permintaan. Dalam erti kata lain, tahap sokongan adalah tahap di mana pembeli cenderung membeli atau memasuki saham.

Manakala Resistance (tahap rintangan) pula adalah harga di mana berlakunya tekanan yang menghalang harga daripada terus naik. Ini terjadi apabila semakin banyak penjual yang ingin menjual pada harga tersebut.

3. Trendline

Terdapat 3 trend utama yang kita perlu tahu iaitu:

  1. Menaik / Uptrend
  1. Menurun / Downtrend
  1. Mendatar / Sideways

4. Fibonacci

Mungkin ada di kalangan kita yang pertama kali dengar nama Fibonacci ini. Ianya merupakan nombor kunci yang dikenalpasti oleh ahli matematik Leonardo Fibonacci pada abad ke-13.

Permulaan urutan adalah: 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, 4181

Nisbah Emas = 1.618 dipanggil Phi, Inverse ialah 0.618

0.382 berasal dari membahagi nombor dalam siri Fibonnaci dengan nombor 2 tempat di sebelah kanan 89/233 = 0.382

Dalam analisis teknikal, ‘Fibonacci Retracement’ dibuat dengan mengambil dua titik ekstrem (biasanya puncak dan palung) pada carta saham dan membahagi jarak menegak dengan nisbah Fibonacci utama 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, 78.6 % dan 100%.

Kredit: https://www.investopedia.com

5. Teori Gelombang Elliott / Elliot Wave Theory

Teori Gelombang Elliot adalah konsep analisis teknikal yang membantu pedagang mengenal pasti corak pergerakan harga berdasarkan psikologi pasaran. Teori ini telah diperkenalkan oleh Ralph Nelson Elliott pada tahun 1930-an. Teori ini membentuk corak Prinsip Elliott Wave yang terdiri daripada gelombang impulsif (impulsive) dan pembetulan (corrective).

Dalam dagangan FCPO, teori ini boleh digunakan untuk memahami trend dan membuat keputusan perdagangan.

Teori ini berpandangan bahawa harga bergerak dalam corak yang boleh diramal, dipacu oleh emosi pelabur seperti euforia, ketakutan, dan tamak. Dengan mengenal pasti fasa gelombang, pedagang FCPO boleh:

  • Masuk di gelombang awal (1 atau 3) untuk memanfaatkan trend utama.
  • Keluar pada gelombang 5 untuk elakkan risiko pembetulan besar.
  • Bersedia semasa pembetulan untuk peluang masuk baru.

Penting untuk digabungkan dengan alat lain seperti analisis teknikal dan pengurusan risiko kerana Elliott Wave memerlukan pengalaman untuk mentafsir dengan tepat.

Nak Buka Akaun Trade FCPO Secara Percuma?

Baca: Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.