FGV Terima Tawaran Pengambilalihan Tanpa Syarat Daripada Felda Pada RM1.30 Sesaham


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — FGV Holdings Bhd (FGV) menerima tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertujuan untuk mendapatkan semua baki saham dalam syarikat itu yang belum dimilikinya.

Menerusi notis yang dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank Bhd bagi pihak Felda, tawaran itu mencadangkan bayaran tunai sebanyak RM1.30 sesaham untuk semua saham biasa FGV yang tidak dipegang oleh Felda ketika ini.

Setakat 20 Mei 2025, jumlah modal saham terbitan FGV adalah sebanyak RM7.02 bilion, terdiri daripada 3.64 bilion saham biasa dan satu saham khas dipegang oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Pada masa ini Felda memiliki 69.50 peratus ekuiti FGV, berjumlah 2.53 bilion saham.

Dengan tawaran baharu ini, Felda dan pihak-pihak yang menyelaras bersama  (PAC) secara kolektif memegang pegangan kawalan sebanyak 86.93 peratus dalam syarikat gergasi perladangan dan perniagaan tani itu.

Pihak PAC termasuk anak syarikat milik penuh Felda, Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd, bersama-sama dengan kerajaan negeri Pahang.

PAC lain termasuk Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Bhd, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada pengurusan Felda, serta Sulong Jamil Mohamed Shariff dan isterinya, Salina Samsudin.

Tawaran itu akan dikemukakan secara rasmi kepada pemegang saham melalui dokumen tawaran, yang menggariskan terma, syarat dan prosedur penerimaan.

“Dokumen ini, bersama-sama dengan borang yang berkaitan, akan dihantar sebaik sahaja Suruhanjaya Sekuriti mengesahkan tidak mempunyai ulasan lanjut lagi tentang kandungannya,” katanya.

Langkah itu menandakan usaha berterusan Felda untuk mengukuhkan pegangan dalam FGV, berikutan gerakan strategik sebelum ini untuk meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu.

Tawaran Felda untuk mendapatkan semua baki saham dalam FGV itu terbuka dalam tempoh sekurang-kurangnya 21 hari daripada tarikh notis.

Tempoh tawaran boleh dilanjutkan mengikut budi bicara Felda, dengan sebarang perubahan pada tarikh tutup akan diumumkan oleh Maybank Investment Bank sekurang-kurangnya dua hari lebih awal.

Tawaran itu hanya boleh ditarik balik dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Sekuriti, yang mana dalam hal ini semua obligasi di bawah tawaran akan terbatal.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.