FCPO: Harga Bergerak Mendatar

Kekalkan pegangan jualan. FCPO meneruskan rentak mendatarnya apabila menokok RM7 lebih tinggi untuk ditutup pada RM3,827. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada RM3,836, jatuh kepada paras terendah intrahari sebanyak RM3,813, dan kemudiannya melantun kepada paras tertinggi sesi berkenaan pada RM3,864 sebelum menutup dagangan dengan corak lilin menurun sederhana. Walaupun kenaikan yang dicatat kecil, sentimen pasaran secara amnya masih lagi menurun.

FCPO ini diniagakan di bawah kedua-dua garisan SMA 50 hari dan 200 hari, dengan kedua-dua garisan purata ini terus bergerak menurun. RSI tetap berada bawah paras 50% yang menandakan momentum menurun masih menguasai pasaran. Selagi FCPO terus tidak menembusi paras rintangan RM4,000, keadaan akan tetap memihak kepada mereka yang menjangkakan penurunan harga. Berdasarkan trend semasa ini, kami kekalkan bias dagangan negatif kami. Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada RM4,328 (penutupan 4 Apr).

Untuk mengurus risiko-risiko dagangan:

  • Paras ambang henti rugi ditetapkan pada RM4,000
  • Paras sokongan segera berada pada RM3,700, diikuti oleh sokogan lebih rendah pada RM3,500
  • Jika harga menaik, paras rintangan terdekat ditambat pada RM4,000 dan disusuli oleh rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,100

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Diteruskan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan kenaikannya buat kali kedua dengan mengekalkan lantunannya daripada paras sokongan MYR4,400 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak MYR4,495. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,491, kemudian ia mereda ke paras terendah intrahari pada MYR4,444 buat seketika, sebelum berterusan menaik ke arah paras tertinggi sesi pada MYR4,517 dan ditutup dengan corak lilin menaik. Pergerakan harga yang kukuh yang dilihat menerusi pergerakan positif kedua ini mengesahkan bahawa sentimen kenaikan sedang menguasai pasaran dengan teguhnya.

Paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,800, sekali gus memberi ruang untuk pergerakan menaik sekarang diteruskan. Komoditi ini kini didagangkan di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari, yang menandakan keadaan teknikal menaik masih berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya kegiatan pengambilan untung berlaku, FCPO mungkin melantun daripada paras sokongan pertama MYR4,400, seiring dengan paras henti rugi kami. Melihat pada struktur kenaikan yang bertahan, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama sekarang berada pada MYR4,400, diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sekarang pula adalah pada MYR4,800, disusuli oleh paras seterusnya iaitu pada MYR4,925.