Alternatif Kepada Saham Dan Forex

Antara platform buat duit tepi yang popular ialah saham dan forex. Umum tahu yang forex trading online telah lama difatwakan tidak patuh syariah. Jadi jangan sampai tersalah langkah.

Pasaran saham merupakan pasaran sehala yang mana anda hanya boleh buat keuntungan apabila pasaran menaik sahaja.

Baca juga:

Saham mempunyai banyak kaunter untuk dipilih iaitu lebih dari 700 saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pasaran saham luar negara seperti di NYSE juga boleh menjadi pilihan.

Tetapi jika anda mencari alternatif yang lain, anda boleh cuba berdagang FCPO.

Pasaran futures FCPO merupakan pasaran alternatif yang ada di Malaysia. Hal ini kerana, hanya produk FCPO yang disahkan patuh syariah dan juga paling tinggi volume antara yang lain.

Contoh carta FCPO

Pasaran FCPO adalah pasaran dua hala di Bursa Malaysia Derivatives (BMD). Pasaran ini telah lama wujud sejak 30 tahun yang lalu. Pasaran FCPO adalah perdagangan berasaskan komoditi minyak kelapa sawit. Harga minyak kelapa sawit di BMD menjadi rujukan kepada harga semasa dunia.

Selain FCPO, Bursa Malaysia Derivatives mempunyai produk futures yang lain seperti indek KLCI, Gold, Silver dan sebagainya.

Untuk mula berdagang anda perlu membuka akaun futures dengan mana-mana broker yang berdaftar. Pendaftaran akaun akan mengambil masa 1-3 minggu proses untuk aktif. Antara futures broker yang berlesen adalah seperti CGS-CIMB Futures, RHB Investment Bank, Kenanga Futures, Phillip Futures dan lain-lain lagi. Terkini, broker digital seperti Webull juga menawarkan pilihan untuk berdagang FCPO.

Nak Buka Akaun Trade FCPO Secara Percuma? Baca: Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif

Ramai yang beranggapan akaun CDS boleh digunakan untuk berdagang produk futures. Sebenarnya akaun CDS tidak boleh digunakan untuk berdagang FCPO. Hal ini kerana CDS hanya untuk pelaburan saham manakala FCPO adalah produk berasaskan komoditi dan ia didagangkan dalam bentuk kontrak bukan pegangan saham syarikat.

Pasaran FCPO tidak seperti pasaran saham. Untuk berdagang FCPO, anda perlu mendeposit modal pelaburan mengikut garis panduan oleh BMD. Pada masa ini, BMD meletakan margin untuk trade 1 lot FCPO adalah RM11,000 dan half margin adalah RM5500. Selepas akaun FCPO anda siap, anda perlu mendeposit sejumlah wang untuk memulakan perdagangan. Untuk mendapatkan half margin selalunya anda perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkannya.

Bagaimana anda boleh menjana wang dengan pasaran FCPO adalah dengan meletakan target 10 ticks setiap hari.

Kenapa 10 ticks?

Untuk mendapat 10 ticks dalam sehari adalah satu target yang sangat logik untuk dicapai. Apabila anda berjaya mendapat 10 ticks sehari pendapatan kasar anda adalah RM250 sehari. Ini bersamaan RM5000 dalam tempoh 20 hari berdagang.

Apa yang lebih menarik, anda boleh mendapat 10 ticks dalam tempoh 5 minit sahaja. Hal ini kerana pergerakan harga FCPO yang sangat volatile. Pergerakan harga yang laju memudahkan pedagang menjana keuntungan. Tetapi harus diingatkan pergerakan harga yang laju juga boleh menyebabkan anda kerugian RM250 dalam masa 5 minit. Amalan pengurusan risiko yang ketat sangat penting dalam perdagangan FCPO.

Kecairan pasaran FCPO setanding pasaran Forex dan CFD dan pasaran juga dibuka pada waktu malam.

FCPO lebih menjadi pilihan berbanding saham bagi pedagang sepenuh masa. Hal ini kerana setiap pedagang boleh in-out dalam masa yang singkat dan boleh menghasilkan volume perdagangan yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, pasaran FCPO merupakan lubuk yang sangat lumayan. Selain itu, pasaran ini juga melibatkan pihak pengeluar minyak sawit seperti FGV, KLK dan Sime Darby. Mereka mengakses pasaran FCPO untuk mengawal risiko barang fizikal mereka.

Banyak lagi ilmu FCPO yang akan kami kongsikan kepada anda dalam artikel akan datang.

Berminat nak buka akaun Global Futures yang Patuh Syariah? Klik sini.

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

Malaysia Pasaran IPO Utama Asia Tenggara Kali Kedua Berturut-Turut

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran tawaran awam permulaan (IPO) utama di Asia Tenggara untuk tempoh separuh pertama kali kedua berturut-turut, menurut laporan Ringkasan IPO Pertengahan Tahun Asia Tenggara 2026 oleh Deloitte.

Menurut laporan itu, Malaysia berjaya mempertahankan kedudukannya itu disokong oleh kejayaan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings Bhd, yang mengumpul kira-kira AS$707 juta (RM2.88 bilion) dan mencapai permodalan pasaran sebanyak AS$4.13 bilion (RM16.84 bilion).

Dalam laporan itu, Deloitte berkata, Malaysia mencatatkan 36 IPO dengan berjaya mengumpul dana sebanyak AS$1.344 bilion (RM5.48 bilion) dan mencatatkan jumlah permodalan pasaran IPO AS$6.511 bilion (RM26.55 bilion) pada separuh pertama 2026.

Pada separuh pertama 2025, Malaysia mencatatkan 32 IPO dengan berjaya mengumpul dana berjumlah AS$940 juta (RM3.83 bilion) dan permodalan pasaran IPO sebanyak AS$4.036 bilion (RM16.46 bilion).

“Secara keseluruhan, pasaran IPO Malaysia pada separuh pertama 2026 adalah sihat dan matang. Ia beralih daripada lonjakan didorong volum pada 2025 kepada fasa pertumbuhan yang lebih seimbang dan fokus pada kualiti,” katanya dalam laporan itu.

Menuju ke hadapan, Kar Choon berkata, prospek IPO di Malaysia dijangka kekal positif untuk baki tahun 2026, disokong oleh cadangan IPO yang kukuh dengan lebih 40 penyenaraian berpotensi.

Secara keseluruhan, Deloitte berkata, pasaran IPO di Asia Tenggara mencatatkan 47 IPO dalam tempoh separuh pertama 2026 dengan berjaya mengumpul dana lebih AS$3.07 bilion (RM12.52 bilion) dan mencapai agregat permodalan pasaran IPO sebanyak AS$15.07 bilion (RM61.46 bilion).

Singapura mengatasi Indonesia dalam ranking IPO Asia Tenggara, mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat dan sokongan padu terhadap pembaharuan pasaran baru-baru ini.

Vietnam pula mencatatkan pemulihan yang kukuh daripada sifar IPO pada separuh pertama 2025 kepada empat IPO pada separuh pertama 2026, mencatatkan permodalan pasaran IPO tertinggi di rantau ini pada AS$6.93 bilion (RM28.26 bilion).

Prestasi IPO di seluruh Indonesia, Thailand dan Filipina kekal lembap pada separuh pertama 2026, mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati, turun naik tidak menentu pasaran dan sensitiviti penerbit terhadap penilaian.

— Berita Harian