Ketahui 3 Perkara Asas Dalam FCPO

Bagi seorang pemula yang tidak pernah terlibat dengan apa-apa perdagangan sebelum ini, anda perlu tahu dahulu beberapa perkara asas dalam FCPO. Jika tidak, anda masuk ke kelas atau belajar di mana-mana sekalipun, anda akan terdedah dengan perkataan dan terma yang tidak biasa anda dengar.

Apa itu FCPO?

FCPO adalah singkatan bagi Future Crude Palm Oil. Ianya merupakan kontrak niaga pasaran hadapan bagi minyak mentah kelapa sawit yang diniagakan dalam Ringgit Malaysia (RM). FCPO didagangkan di dalam Bursa Saham Derivatives.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memutuskan bahawa kontrak FCPO adalah produk patuh syariah dan ia dikategorikan sebagai harus.

FCPO merupakan produk pasaran hadapan berdasarkan pasaran fizikal minyak kelapa sawit dunia. Ia merupakan penanda aras harga minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit di seluruh dunia.

1. Margin

Perkara pertama anda perlu tahu dalam berdagang adalah margin. Margin adalah kos yang diperlukan untuk mula berdagang. Ia adalah untuk membuka akaun atau mengekalkan posisi trade.  Ada dua jenis margin yang perlu anda kenal iaitu ‘free’ margin dan ‘used’ margin.

Free’ margin adalah jumlah yang ada untuk membuka posisi dagangan (trade) yang baru. Ia adalah modal bersih selepas menampung floating trade. Selalunya seorang pedagang melihat ‘free’ margin untuk menambah posisi atau membuat pengeluaran wang. Free margin akan bertambah apabila dagangan FCPO sedang untung.

Manakala ‘used’ margin pula adalah jumlah baki akaun yang telah digunakan untuk mengekalkan posisi dagangan yang telah dibuka.

2. Bull

Bullish market

Ini merupakan antara perkara yang menjadi lambang dalam perdagangan. Bull dalam perdagangan adalah pasaran yang sedang meningkat secara keseluruhannya. Ia adalah kecenderungan pasaran untuk bergerak naik lebih kuat secara berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.

Kenapa nama dia Bull atau Bullish?

Pernah lihat seekor lembu yang sedang berlawan?  Biasanya apabila seekor lembu yang hendak menyerang, ia akan membuat aksi menanduk dari bawah ke atas.  Jadi, dalam pasaran, ia menggambarkan pasaran yang sedang naik.  Bullish juga sering disebut sebagai ‘uptrend’.

3. Bear

Bear ataupun Bearish pula bermaksud harga pasaran cenderung untuk jatuh secara berterusan atau juga dikenali sebagai ‘downtrend’. Kenapa dipanggil Bear atau Bearish?

Ia adalah seperti seekor beruang yang sedang berlawan. Beruang akan menggunakan cakarnya dengan gerakan dari atas ke bawah, menggambarkan keadaan pasaran yang akan menurun. Terjadi banyak penjualan yang membuatkan pasaran mengalami lemah. Oleh itu, pasaran yang menurun ataupun downtrend dipanggil Bearish.

Tiga perkara ini adalah paling asas untuk seorang pemula kenal. Sebenarnya ada lebih banyak lagi terma lain dalam bidang perdagangan. Namun begitu, adalah penting untuk anda kenal tiga terma ini terlebih dahulu.

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Keadaan Teknikal Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami pergerakan mendatar semasa sesi semalam apabila ia menurun sedikit sebanyak MYR15 untuk ditutup pada harga MYR4,594. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,592. Ia berayun antara paras tertinggi pada MYR4,630 dan paras terendah pada MYR4,563 sebelum terhenti pada harga MYR4,594. Pembentukan corak lilin berbadan kecil menandakan keraguan pasaran pada ketika ini. Walaupun rentak terhenti, struktur penurunan tetap kukuh, dengan harga didagangkan jauh bawah paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya penembusan yang kukuh berlaku melepasi paras rintangan MYR4,700, tekanan penurunan mungkin akan berterusan dan berpotensi membuka ruang untuk komoditi ini menguji semula paras MYR4,530. Kami kekalkan bias dagangan negatif, seiring dengan trend penurunan yang sedang berlaku.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,530 manakala paras sokongan lebih rendah ditambat pada MYR4,390. Apabila harga menaik, paras rintangan pertama berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras MYR4,900.