Pelaburan Pendapatan Tetap (Fixed Income) Yang Berisiko Rendah

Keadaan ekonomi yang kurang stabil menjadikan ramai pelabur mengelakkan diri daripada pelaburan berisiko tinggi. Kebanyakan kita mungkin akan lebih cenderung membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang pelaburan sehingga keadaan ekonomi kembali pulih.

Namun, alternatif lain bagi menjana keuntungan pada keadaan seperti ini adalah dengan membuat pelaburan ke dalam instrumen yang berisiko rendah. Kalau ‘High Risk High Return’, maka anggaplah pelaburan pendapatan tetap sebagai ‘Low Risk Low Return’.

Tak Perlu Modal Besar

Apabila kita bercerita tentang pelaburan berpendapatan tetap, ramai yang bertanggapan bahawa pelaburan jenis ini memerlukan modal yang besar. Sebaliknya, pelabur yang mempunyai modal yang kecil dan sederhana juga boleh melabur didalam aset berpendapatan tetap dengan membuat pelaburan melalui syarikat pengurusan dana.

Pulangan yang lebih tinggi dalam pelaburan ekuiti menyebabkan kita lebih terdedah dengan dana berteraskan ekuiti berbanding dana berteraskan pendapatan tetap.

Dana yang berteraskan pelaburan berpendapatan tetap lebih sesuai bagi pelabur yang menginginkan pelaburan yang berisiko rendah kerana pelaburan tersebut kurang terkesan dengan perubahan ekonomi berbanding pelaburan ekuiti. Sebahagian besar dari dana ini kebiasaannya akan dilaburkan di dalam Bon atau pun Sukuk, manakala selebihnya akan dilaburkan didalam pasaran kewangan atau pun aset yang mudah dicairkan.

Bagi mengetahui kriteria dan jenis pelaburan yang bakal dilakukan oleh pengurus dana, para pelabur perlu mendapatkan prospektus dana yang disediakan oleh syarikat pengurus dana. Setiap pelabur haruslah memahami jenis pelaburan yang bakal dilakukan, agar dapat memastikan ianya bersesuaian dengan risiko dan pulangan yang menepati jangkaan dengan kehendak pelabur.

Rekod prestasi bagi dana tersebut juga haruslah diambil kira oleh pelabur agar dapat membuat pilihan pelaburan dengan lebih tepat. Prestasi dana boleh dibandingkan mengikut tempoh pelaburan yang ingin dilakukan.

Di antara dana yang membuat pelaburan berteraskan kelas aset berpendapatan tetap dan mempunyai rekod pulangan yang baik adalah seperti di bawah:

Prestasi Setahun:

Prestasi 3 Tahun:

Prestasi 5 Tahun:

Prestasi 10 Tahun:

Kredit: Morningstar

Semua di atas adalah bon yang patuh syariah atau juga dikenali sebagai sukuk. Tak sangka pula ada dana yang boleh beri pulangan lebih daripada 10% dalam masa setahun, nama pun pelaburan berisiko rendah kan?

Contoh di atas hanyalah sekadar rujukan sahaja dan bukanlah saranan untuk melabur. Para pelabur dinasihatkan membuat kajian dan memahami kadar risiko yang bakal diambil sebelum membuat sebarang pelaburan.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.