Principal Islamic Tawarkan Dana UCITS Di Brunei Menerusi Perjanjian Bersama Standard Chartered Securities

Inisiatif ini memberi akses kepada pelabur terhadap lebih banyak penyelesaian risiko terurus sambil memenuhi objektif pelaburan mampan 

(KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2022) – Principal Islamic, syarikat usaha sama antara Principal Financial Group® dan CIMB telah mencapai persetujuan dengan Standard Chartered Securities Brunei untuk menawarkan empat dana Undertakings for Collective Investment in Transferable Securities (UCITS) syarikat kepada para pelabur Brunei. Principal Islamic terus menumpukan fokus kepada penghasilan dan penyediaan akses terhadap produk serta penyelesaian patuh Syariah yang membantu membolehkan pelabur mengurus risiko sambil memenuhi objektif pelaburan mereka yang tersendiri dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka. Kerjasama ini membolehkan para pelabur Brunei mempunyai akses yang lebih luas kepada pasaran Asia Pasifik dan global melalui Dana Islamic ASEAN Equity, Dana Islamic Asia Pacific Dynamic Income & Growth serta Dana Islamic Global Multi-Asset dan Dana Global Sukuk. Pengumuman ini menandakan perjanjian pertama dimetrai bersama institusi kewangan antarabangsa untuk menawarkan dana Principal Islamic di Brunei.


“Dana patuh syariah semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan telah menarik minat para pelabur antarabangsa. Inisiatif ini membantu para pelabur membina portfolio pelaburan mereka dengan penuh keyakinan,” kata Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Mashafuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Islamic. Dengan pengenalan dana Asia Pasifik dan ASEAN Islam kami di Brunei, kami berharap para pelanggan Standard Chartered yang menginginkan kepelbagaian dan pertumbuhan modal melalui pelaburan yang meliputi rantau Asia dan Asia Pasifik akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan pesat rantau ini, selain menjadi medium terbaik untuk pelaburan jangka panjang yang mematuhi syariah,” tambah Dato’ Syed Paduka.

Principal Islamic mengesyorkan pelaburan syariah untuk pelanggan yang menginginkan pelaburan mampan kerana kedua-duanya berkongsi prinsip dan nilai yang sama termasuklah mengetengahkan ciri pengurusan, tanggungjawab sosial serta aktiviti yang bertanggungjawab. Tawaran dana baharu ini menyediakan akses kepada amalan portfolio yang mampan berikutan penggunaan rating alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk membantu mengukur risiko kemampanan dan menggalakkan aktiviti mampan yang mematuhi syariah. Pelaburan syariah dan mampan menyasarkan pulangan kewangan yang menarik buat pelabur Islam serta bukan Islam, disamping memberikan impak yang lebih baik untuk masyarakat dan alam sekitar.

“Dengan impak berterusan akibat pandemik COVID yang menyumbang kepada peningkatan minat pelabur dalam pelaburan mampan, kami percaya pelaburan syariah memberi peluang kepada pelabur untuk bukan sahaja menceburi pelaburan patuh syariah, tetapi juga membantu mencapai matlamat kemampanan dan menambahbaik potensi pulangan terlaras risiko,” ujar Syed lagi.

“Standard Chartered Securities Brunei berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin bersama Principal Islamic dalam mengembangkan tawaran pelaburan patuh Syariah kami buat pelanggan di Brunei. Sejak pelancaran tawaran pelaburan Islam melalui perkhidmatan berasaskan prinsip Islam buat pertama kalinya pada April tahun lalu, kami kini mempunyai rangkaian terluas untuk dana konvensional dan patuh syariah di pasaran. Kami yakin setiap individu mempunyai objektif dan pegangan yang tersendiri dalam pelaburan. Daripada pelaburan berteraskan ESG ke patuh syariah, mahupun daripada geografi ke sektor khusus; sama ada dalam kelas aset atau mata wang asing, kami menawarkan semua pilihan tersebut. Tidak kira sama ada anda pelabur baharu atau berpengalaman, Standard Chartered Securities bermatlamat membantu pelabur mengenal pasti peluang untuk mengembangkan dan memelihara pelaburan mereka,” kata Brenda Low, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Securities.

Untuk maklumat lanjut mengenai Principal Islamic, layari www.principalislamic.com 

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.