Warren Buffett: Kerugian USD11 Bilion Dalam Precision Castparts

Pada minggu lepas, Warren Buffett yang merupakan CEO Berkshire Hathaway telah mengeluarkan surat tahunan kepada pemegang saham syarikat. Melalui surat yang dikeluarkan ini, terdapat beberapa isi penting yang boleh kita dapati berkaitan dengan pelaburan Berkshire Hathaway sepanjang tahun 2020.

Di antara isi yang disentuh didalam surat tersebut adalah beliau menegaskan bahawa bon bukanlah instrumen yang sepatutnya menjadi pilihan untuk membuat pelaburan. Menurutnya, keuntungan daripada ’10-Year US Treasury Bond’ telah merosot sebanyak 94% berbanding September 1981 iaitu pulangan daripada 15.8% menurun kepada 0.93%.

Tambah Warren Buffett lagi, terdapat juga pelabur yang hanya mendapat pulangan negatif dalam pelaburan pada hutang kerajaan seperti di Jerman dan Jepun, dan masa depan bagi pelabur dalam aset berpendapatan tetap tidak begitu cerah.

Selain daripada itu, Buffett turut menyenaraikan empat syarikat yang merupakan permata tersembunyi dalam Berkshire Hathaway. Syarikat insurans menjadi tunggak utama dan merupakan penyumbang terbesar dalam keuntungan pelaburan mereka.

Di tempat kedua adalah Burlington Northern Santa Fe Railway Company (BNSF), sebuah syarikat milikan penuh Berkshire Hathaway yang merupakan syarikat pengangkutan kargo keretapi yang terbesar di Amerika Syarikat.

Di tempat ketiga dan keempat pula adalah pemilikan 5.4% dalam Apple dan juga 91% dalam Berkshire Hathaway Energy (BHE) yang menunjukkan peningkatan keuntungan tahunan daripada USD144 juta kepada USD3.4 bilion sepanjang tempoh 21 tahun. Beliau menyatakan hasratnya untuk terus meningkatkan pemilikan dalam syarikat-syarikat ini.

Namun begitu, perkara yang menjadi perhatian di dalam surat tersebut adalah berkaitan pelaburannya dalam Precision Castparts (PCC) pada tahun 2016. Buffett mengaku akan kesilapannya dalam membuat keputusan di dalam pelaburan tersebut yang telah mengakibatkan kerugian sebanyak USDD11 bilion.

Tambahnya lagi, PCC merupakan syarikat yang cukup bagus dalam perniagaan mereka dan mempunyai CEO yang bersemangat tinggi. Beliau mengaku telah tersilap menjangka purata keuntungan dan mengakibatkannya membuat kesilapan dalam pengiraan harga yang sesuai bagi perniagaan tersebut.

Kredit Gambar: YouTube

Walaubagaimanapun, Warren Buffett tetap percaya bahawa syarikat tersebut akan memberi pulangan yang baik pada masa akan datang.

Di sebalik kerugian tersebut, Berkshire Hathaway mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak USD42.5 bilion bagi tahun 2020. USD21.9 bilion adalah keuntungan operasi, USD4.9 bilion daripada realized capital gain dan USD26.7 bilion adalah unrealized capital gain bagi saham-saham yang dipegang.

Mereka mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 2,810,526% sejak tahun 1964.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.