Unit Trust Management Company Dan Contohnya

“Jika pergi ke mana-mana, pasti akan ada orang cuba offer kita unit trust, tapi sampai sekarang, ramai tak faham apa itu unit trust”.

Kadang-kadang dengar nama sahaja nampak satu bentu pelaburan yang kompleks, tetapi tidak sebenarnya. Malah ia adalah antara cara melabur yang baik dan selamat yang ada di pasaran. Dan ada juga yang menawarkan keutungan tahunan lebih daripada 10%!

Jom lihat dulu definisi Unit Trust Management Company.

Definisi Unit Trust Management Company

Unit Trust Management Company (UTMC) atau lebih dikenali sebagai Syarikat Pengurusan Unit Amanah ini merupakan sebuah organisasi yang terlibat dalam mengendalikan urusan pelaburan bagi pelabur yang melabur dana pilihan mereka dengan konsep Skim Pelaburan Kolektif atau unit trust.

Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia / Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM), Unit trust atau unit amanah adalah pengumpulan wang dengan objektif yang sama untuk melabur di dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang akan diuruskan oleh golongan profesional pelaburan. 

Apa Yang Unit Trust Management Company Buat?

Unit Trust Management Company yang terdiri daripada mereka yang mahir dalam bidang pelaburan akan mengelolakan wang-wang yang dilaburkan dengan cara yang betul mengikut prosedur organisasi.

Antara Peranan Unit Trust Management Company adalah melaburkan duit pelabur ke dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti bond, sekuriti ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia serta pasaran saham di luar negara.

Unit Trust Management Company dikawal selia oleh beberapa pihak seperti Juruaudit, Kementerian Kewangan, Pemegang Amanah, FMUTM dan mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) serta terikat kepada beberapa akta perundangan. Ia dikawal rapi dan dijamin selamat. Oleh itu, pelabur tak perlu risau akan wang yang telah mereka laburkan.

Contoh Unit Trust Management Company

Terdapat banyak Unit Trust Management Company yang terdapat di Malaysia. Mari kita lihat senarai Unit Trust Management Company yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

  1. ABERDEEN ISLAMIC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  2. AFFIN HWANG ASSET MANAGEMENT BERHAD
  3. AIIMAN Asset Management Sdn Bhd
  4. AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD
  5. AMANAH SAHAM SARAWAK BERHAD
  6. AMANAHRAYA INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD
  7. AMFUNDS MANAGEMENT BERHAD
  8. APEX INVESTMENT SERVICES BERHAD
  9. ARECA CAPITAL SDN BHD
  10. BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD
  11. CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD
  12. EASTSPRING INVESTMENTS BERHAD
  13. FRANKLIN TEMPLETON GSC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  14. HONG LEONG ASSET MANAGEMENT BHD
  15. INTER-PACIFIC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  16. KAF INVESTMENT FUNDS BERHAD
  17. KEDAH ISLAMIC ASSET MANAGEMENT BERHAD
  18. KENANGA INVESTORS BHD
  19. LIBRA INVEST BERHAD
  20. MANULIFE ASSET MANAGEMENT SERVICES BERHAD
  21. MAYBANK ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  22. MIDF AMANAH ASSET MANAGEMENT BERHAD
  23. OPUS ASSET MANAGEMENT SDN BHD
  24. PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD
  25. PENGURUSAN KUMIPA BERHAD
  26. PERMODALAN BSN BERHAD
  27. PHEIM UNIT TRUSTS BERHAD
  28. PHILLIP MUTUAL BERHAD
  29. PMB INVESTMENT BERHAD (formerly known as ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD)
  30. PTB UNIT TRUST BERHAD
  31. PUBLIC MUTUAL BERHAD
  32. RHB ASSET MANAGEMENT SDN BHD (formerly known as RHB INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD)
  33. RHB ISLAMIC INTERNATIONAL ASSET MANAGEMENT BERHAD (formerly known as OSK-UOB ISLAMIC FUND MANAGEMENT BERHAD)
  34. SAHAM SABAH BERHAD
  35. SATURNA SDN BHD
  36. TA INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD
  37. UOB Asset Management (Malaysia) Berhad

Jelas itulah Unit Trust Management Company, contoh dan peranannya dalam sebuah industri pelaburan yang perlu anda tahu. Dengan adanya Unit Trust Management Company, wang yang dilabur akan berganda dan mendapat pulangan keuntungan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.