5 Perkara Orang Berjaya Sering Beritahu Diri Mereka Sendiri

Mereka yang berjaya sering dan pernah melalui fasa kejatuhan dan fasa kegagalan. Namun, segala apa yang dihadapi oleh mereka tidak mampu mematahkan semangat mereka dan dengan sikap tidak mudah berputus asa itu menjadikan mereka berjaya pada hari ini.

Berikut adalah beberapa frasa yang mana orang sudah berjaya akan berkata pada diri mereka sendiri. Maka, sekiranya anda berhadapan dengan keletihan, terpinggir dan dihina, hampir putus asa, cuba beritahu diri anda mengenai lima perkara ini dan jadikan ia sebagai satu kebiasaan untuk memberitahu diri sendiri.

Frasa 1: “Things will get better”( Keadaan akan menjadi lebih baik)

Sekiranya anda berhadapan dengan msalah dan cabaran, anda harus memberitahu diri anda yang keadaan akan menjadi lebih baik. Sentiasa bercakap dengan diri anda bahawa apa yang anda lalui pada saat ini akan berubah menjadi lebih baik. Mulakan hari anda dengan bersikap positif dan berhadapan dengan hari baru dengan penuh yakin.

Frasa 2: “Got to face it” (Hadap Je..)

Cabaran dan masalah datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Anda tidak harus “melarikan diri” dari berhadapan dengan masalah itu. Jangan sesekali mengambil langkah penyelesaian mudah dan tidak memikirkan kesan yang akan datang.

Anda bukan seorang pengecut! Oleh itu, cuba katakan ini pada diri sendiri yang anda harus menghadapi masalah tersebut. Dengan cara ini, anda akan menjadi berani tanpa anda sendiri sedari. Hadap je!

Frasa 3: “I can do this”(Saya boleh lakukan)

Setiap orang akan ada masalah dan cabaran sendiri. Bezanya mungkin masalah dan cabaran yang dihadapi itu tidak sama bagi setiap individu. Jadi tidak kira apa jua bentuk masalah yang dihadapi, anda harus berkata pada diri sendiri yang anda boleh lakukan sesuatu atau melakukan perkara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini. Ini adalah satu petanda yang anda sedang melalui satu proses menyakinkan diri anda sendiri.

Frasa 4: “I am not a coward”(Saya bukan pengecut)

Masalah dan cabaran yang dihadapi memerlukan anda untuk menghadapi nya. Itulah tujuan “mereka” wujud dalam hidup anda selain memberikan anda peluang kedua dan juga peluang mematangkan diri.

Oleh itu, anda harus sentiasa menyakinkan diri anda yang anda bukanlah seorang pengecut. Tidak kira dalam dunia perniagaan atau pengurusan wang, masalah yang timbul sebenarnya memberikan anda jalan dan peluang untuk mendewasakan diri. Oleh itu, jangan jadi sang pengecut dan hadap masalah tersebut dengan yakin! 

Frasa 5: “Be stronger than yesterday” (Jadi lebih kuat berbanding semalam)

Masalah dan cabaran yang dihadapi selalunya memakan masa dan tempoh yang lama. Anda akan runsing setiap malam dan sentiasa berasa diri tidak mampu menghadapi masalah dan tekanan tersebut.

Oleh itu, apabila anda bangun pada pagi hari, anda harus berkata pada diri sendiri yang anda lebih kuat berbanding semalam. Katakan pada diri anda setiap hari apabila anda bangun pagi. Ini merupakan satu tiupan semangat untuk diri anda.

Kesimpulannya, lima frasa ini sebenarnya adalah apa yang sering dikatakan oleh mereka yang sudah berjaya apabila mereka berhadapan dengan kegagalan, masalah dan cabaran.

Anda baru mula menghadapi masalah tersebut sedangkan mereka sudah melalui semua keperitan tersebut dan itu menjadikan mereka berjaya sehingga hari ini seperti Jack Ma, Warren Buffet, Elon Musk dan sebagainya. Anda boleh melakukanya juga!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Intel Corp Lantik Tan Lip Bu Sebagai CEO, Berpengalaman Luas Dalam Industri Cip


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.

Beliau seorang pemimpin teknologi yang berjaya dan berpengalaman luas dalam industri semikonduktor.

Intel dalam satu kenyataan berkata Tan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif interim daripada David Zinsner dan Michelle (MJ) Johnston Holthaus.

Beliau juga akan menyertai semula ahli lembaga pengarah Intel selepas meletak jawatan pada Ogos, 2024.

“Tan adalah pelabur teknologi pada tempoh yang lama dan seorang eksekutif yang dihormati dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam semikonduktor dan perisian dan mempunyai hubungan baik merentas ekosistem Intel,” kata kenyataan itu.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cadence Design Systems dari 2009 hingga 2021 dan mengetuai penciptaan semula syarikat dan memacu transformasi budaya yang tertumpu pada inovasi yang mengutamakan pelanggan.

Tan berada dalam lembaga pengarah Cadence selama 19 tahun bermula dari pelantikannya pada 2004 melalui perkhidmatannya sebagai pengerusi eksekutif dari 2021 hingga 2023 selepas memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, katanya.

Pengerusi Bebas Lembaga Pengarah Intel, Frank D. Yeary berkata Tan adalah peneraju luar biasa yang mempunyai kepakaran industri teknologi, perhubungan baik merentas ekosistem produk dan faundri serta rekod prestasi cemerlang dalam mencipta nilai pemegang saham adalah kriteria yang Intel perlukan untuk CEO seterusnya.

“Tan telah memperoleh reputasi sebagai seorang inovator yang mengutamakan pelanggan dalam segala perkara dilakukannya, menyampaikan penyelesaian berbeza untuk menguasai pasaran dan membina budaya berprestasi tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Seperti kebanyakan di seluruh industri, saya telah bekerja rapat dengan Tan pada masa lalu dan telah melihat secara langsung bagaimana perhatian utamanya kepada pelanggan mendorong inovasi dan kejayaan,” kata Yeary.

Menurut kenyataan itu, Tan juga merupakan rakan kongsi pengurusan pengasas Walden Catalyst Ventures dan pengerusi Walden International dan mempunyai pengalaman menganggotai lembaga pengarah syarikat awam yang signifikan dan kini berkhidmat dalam lembaga pengarah Credo Technology Group dan Schneider Electric.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dari Nanyang Technological University, Singapura, Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear dari Massachusetts Institute of Technology serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of San Francisco.

Pada 2022, beliau menerima Anugerah Robert N. Noyce, penghormatan tertinggi Persatuan Industri Semikonduktor, katanya.

Dalam memo diedarkan kepada kakitangan Intel, Tan berkata beliau yakin mampu menambah baik perniagaan syarikat tersebut.

“Ia bukan perkara mudah…tetapi saya percaya syarikat ini mempunyai kebolehan untuk menang. Intel memainkan peranan penting dalam ekosistem teknologi, di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

“Intel adalah sebuah syarikat yang telah lama saya kagumi. Sejak usia kecil lagi, saya terpesona dengan kuasa sains, teknologi dan kejuruteraan…dan inovasi Intel telah berjaya mencatatkan pelbagai pencapaian dan memberi sumbangan besar kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

— BERNAMA