i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust (Tanpa Ejen) Dengan Kos Yang Lebih Rendah

Tak puas hati dengan prestasi Unit Trust? Sakit hati ejen Unit Trust tayang kereta mewah dan sedap bercuti sana sini tetapi aku punya return ciput? Sekarang anda dah boleh pilih fund sendiri untuk akaun pelaburan ahli KWSP. Jika rugi juga, sila marah diri sendiri.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ni mengumumkan pelancaran rasmi aplikasi atas talian i-Invest. Sebenarnya, ura-ura pelancaran aplikasi ini telah mula didengari dari tahun 2018 lagi dan ia bertambah hangat pada bulan lepas.

Apa Itu i-Invest?

1. Ia adalah salah satu aplikasi untuk memudahkan para pencarum KWSP untuk melabur sebahagian lebihan akaun 1 ke dalam unit saham amanah (unit trust) secara Do-It-Yourself (DIY)

2. Sebanyak 30% lebihan simpanan asas (basic saving) akaun 1 dalam satu masa

3. Jumlah simpanan asas berbeza ikut umur. Boleh google dan muat turun jadual simpanan asas

4. Pencarum boleh melabur secara langsung tanpa pengantara Unit Trust Consultant (UTC)

5. Caj yang dikenakan maksima 0.5% berbanding 3.0% sekiranya menggunakan khidmat pengantara

Siapa Yang Sesuai Guna i-Invest?

1. Pencarum KWSP yang mempunyai lebihan di dalam akaun 1

2. Pencarum yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam memilih dana-dana unit amanah

3. Pencarum yang tahu menganalisis prestasi-prestasi dana unit amanah

Ini sesuatu yang sangat bagus. Pencarum yang mahir boleh mengurangkan kos pelaburan dengan buat secara DIY. Yelah, kalau dah sendiri mahir buat apa guna khidmat orang tengah pula kan?

Tapi Bagaimana Dengan Mereka Yang Kurang Kemahiran?

1. Sebaiknya menggunakan khidmat UTC atau pun Licensed Financial Planner

2. Memang kos menggunakan khidmat mereka lebih mahal (3.0%) tetapi ia lebih murah berbanding kos tersilap memilih dana

3. Malah sekiranya menggunakan khidmat Licensed Financial Planner, pencarum boleh melabur juga ke dalam instrument pelaburan yang lain (tak terhad) kepada unit amanah saja

Kesimpulannya, KWSP telah melancarkan satu inisiatif yang sangat baik. Kini pencarum mempunyai pilihan sama ada boleh melabur secara DIY atau menggunakan khidmat nasihat professional

Oh ya, buat pencarum-pencarum Muslim, cepat-cepat menukar akaun KWSP korang ke akaun Shariah. Mencari yang halal itu wajib.


Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di  [email protected] 

Kini ada cara yang lebih mudah untuk melabur hanya dengan aplikasi telefon pintar, tanpa perlu isi borang, tanpa melalui ejen dan mempunyai yuran yang rendah. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ASB 3 Didik Isytihar Pengagihan Pendapatan Sebanyak 5.00 Sen Seunit

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM368.15 juta untuk dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023.

PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pengagihan pendapatan tersebut adalah bersamaan 5.00 sen seunit untuk 312,476 pemegang unit yang kini memiliki 7.36 bilion unit.

“Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.76 peratus sebanyak 224 mata asas,” katanya.

Setakat 26 Jun 2023, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM346.41 juta.

Pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa

Ekuiti domestik dan antarabangsa merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan masing-masing sebanyak 41.46 peratus dan 29.75 peratus daripada keseluruhan portfolio, katanya.

“Prestasi dan keupayaan dana untuk menjana pendapatan adalah hasil strategi pelaburan yang berkesan, kepelbagaian portfolio dan pemantauan berwaspada terhadap arah aliran pasaran dan keadaan ekonomi

“Dengan menguruskan risiko dan memastikan pulangan yang mampan, dana ini telah dapat menyediakan pertumbuhan jangka panjang untuk pemegang unitnya. Pemantauan prestasi berkala, ditambah dengan pengurusan risiko yang proaktif telah membolehkan ASB 3 Didik memberikan pulangan kompetitif secara konsisten,” kata kenyataan itu.

PNB berkata urus niaga ASB 3 Didik di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 27 hingga 30 Jun 2023 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh melakukan urus niaga semula di portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Julai 2023 atau di mana-mana cawangan/ejen ASNB di seluruh negara pada 3 Julai 2023.

— BERNAMA