17 Nasihat Saham Daripada Richard Dennis, Pengasas Turtle Trading

Ada yang pernah dengar nama Richard Dennis tak? Mungkin ya, mungkin tidak. Beliau telah diberi gelaran Prince of the Pit, dan merupakan pengasas kepada Turtle Trading. Kami pernah menyiarkan kisah beliau dalam Richard Dennis Mengembangkan Modal $1,600 USD Kepada $200 Juta USD Dalam 10 Tahun.

Jom kita ikuti 17 nasihat saham yang sangat berguna seperti berikut:

1. Tak kira teknik ajaib yang macam mana pun, wajib untuk kenalpasti major trend (trend utama) sebelum mula berdagang.

Breakout merupakan satu satunya entry yang anda boleh masuk berdagang dengan selesa jika anda mahu berkawan dengan trend dan sebab itulah teknik breakout ini sangat digemari oleh mereka yang suka dengan sistem berkawan dengan trend (ride the trend).

Anda mungkin tertanya tanya bagaimana pula dengan pullback?
Pullback secara psikologi memang lebih mudah dilaksanakan kerana kita membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang lebih tinggi. Tetapi pullback mestilah datang dengan harga (Price).

2. Berkawan dengan trend sehingga trend patah — bukti bahawa perubahan trend telah berlaku.

Tak ada siapa akan tahu berapa tinggi pasaran confirm akan pergi. Oleh itu, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat trailing stop. Anda juga boleh menggunakan indicator Moving Average atau Average True Range untuk membuat trailing stop.

3. Kekal dalam position sehingga wujudnya sell signal.

Ramai trader yang cakap nak ride trend tapi tak tahan bila tengok untung, tengok portfolio hijau sebab mula ada perasaan takut kehilangan untung tersebut menyebabkan mereka exit walaupun tidak mempunyai sebarang sell signal. Dan akhirnya, rugi besar dan untung ciput (sikit).

Pengajaran: Sekiranya anda ingin konsisten untung, anda mesti mematuhi trading plan anda dan keluar position anda apabila alasannya hold position tidak lagi wujud.

4. Jangan hadkan apa yang pasaran mampu buat. Anda harus menjangkakan yang pasaran mampu melalukan sesuatu di luar jangkaan.

Sebagai contoh, bitcoin berada di paras tertinggi (All Time High) pada Oktober 2017 dengan harga $5000 dan harga telah mencecah $20,000 pada Disember 2017 sebelum tergolek ke bawah.

Pengajaran: Anda tidak akan tahu jika pasaran terlalu tinggi ataupun terlalu renda untuk membeli. Kerana harga yang tinggi boleh pergi lebih tinggi dan harga yang lebih rendah boleh pergi lebih rendah.

5. Selama 20 tahun terlibat dalam pasaran, apa yang mustahil itu mampu berlaku sekarang atau pun kemudian.

Jika anda fikir kenaikan yang dahsyat dan extreme seperti bitcoin itu jarang berlaku, anda salah. Anda akan melihat banyak trend dalam aliran menaik seperti ini setiap beberapa tahun (dan ada yang bertahan sehingga bertahun) tetapi janganlah menjangkakan kenaikan yang banyak ini berlaku setiap minggu atau bulanan.

Kesimpulannya, jika anda disiplin untuk berkawan dengan trend (let your profit runs), hanya masa yang menentukan untuk anda juga merasa kenaikankan yang power.

6. Keputusan berdagang mestilah dilakukan dalam keadaan tanpa emosi.

Jika anda berdagang dalam keadaan emosi,
Anda berpotensi membeli pada harga yang tinggi akibat mengejar harga dan kemudiannya anda mengunakan “teknik hope” bila harga semakin jatuh.

Tips untuk anda memasuki pasaran:
i) buat trading plan yang jelas. Beli di mana, jual di mana
ii) risiko tidak melebihi 1%
iii) fokus untuk disiplin dengan trading plan secara konsisten
iv) fokus pada jangka masa panjang lebih, berbanding jangka masa pendek

7. Mula berdagang dengan modal yang kecil dan belajar daripada kesilapan.

Sebagai contoh jika ada mahu jadi seorang pakar bedah otak, anda tidak akan terus membedah otak pesakit tetapi anda akan prektis belajar membedah otak pesakit yang palsu (dummy) dahulu.

Begitu juga dengan berdagang. Anda digalakkan untuk bermula dengan modal yang kecil kerana pada permulaan anda bakal cenderung melakukan kesalahan yang agak banyak.

8. Boleh berdagang tanpa mempedulikan pasaran apa.

Perkara yang paling penting adalah PRICE (harga) kerana harga bergerak disebabkan ketidakseimbangan tekanan jualan dan belian berdasarkan emosi seperti fear (takut), greed (tamak), hope (berharap) dan regret (menyesal).

Dan itulah sebabnya anda tidak perlu tahu nama pasaran. Apa yang perlu anda ketahui ialah:
i) Beli apa yang sedang berlaku
ii) Jual apa yang sedang berlaku
iii) Ulang

9. Realitinya, adalah kurang bijak untuk stop loss di tempat orang lain cut loss.

Disebabkan anda meletakkan stop loss seperti 1 bid di bawah support, ini boleh menyebabkan para smart money buat test stop loss (pecah stoploss dan tolak balik). Jadi macam mana nak elakkan perkara ini berlaku? Anda tidak digalakkan meletakkan stop loss ngam-ngam atas support mahu pun resistance.

10. Anda boleh bayar suratkhabar untuk buat orang percaya dengan teknik tetapi tak semua akan ikut. Kuncinya tetap konsisten dan disiplin.

Kebanyakkan daripada trader kurang yakin dengan teknik yang dipelajari walaupun menguntungkan dalam jangka masa panjang. Bila teknik tersebut tak menjadi, anda akan mula mencari teknik lain. Kalau boleh teknik yang tekan tekan terus untung besar.

Macam mana kita nak tahu yang teknik tu benar benar terbukti potensi untuk WIN lebih tinggi?

1. Uji (backtest) teknik pada jangka masa (timeframe) yang lepas
Dengan cara ini membolehkan anda melihat semula apa yang berlaku setelah teknik itu digunakan. Jika terbukti berkesan pada masa lalu, kemungkinan teknik itu masih boleh digunapakai untuk masa akan datang (walaupun tak ada jaminan tetapi potensi tu masih ada)

2. Faham logik disebalik kenapa teknik tersebut berkesan

Sebagai contoh,
Value Investing terbukti berjaya kerana pelabur pelabur yang panik menjual pegangan mereka ketika news atau pun catalyst yang buruk keluar menyebabkan harga berada di bawah nilai sebenar sekaligus memberi peluang kepada para pelabur bijak membeli harga bawah nilai sebenar dan menjual pada harga nilai sebenar.

11. Terdapat banyak false breakout (breakout palsu).

Perlu ingat bahawa tak semua breakout benar benar breakout. Ianya boleh jadi breakout palsu. Mungkin anda juga akan mengalami kerugian yang berkali kali disebab breakout palsu ini.

Anda jangan salah faham. Bukan bererti teknik breakout adalah teknik gagal tapi risiko untuk breakout itu tak menjadi solid tetap ada. Yang penting kta melihat berapa besar kita untung bukannya berapa kali kita untung.

Anda juga dinasihatkan untuk mempelbagaikan portfolio.

12. Fokus result pada masa yang singkat adalah sesuatu yang delusif.

Result jangka masa panjang seperti 18 tahun adalah lebih baik berbanding result jangka masa pendek seperti 5 bulan.

13. Minimakan kerugian dan selalu beringat.

Tak kira teknik atau strategy apa yang anda gunakan, suatu masa nanti anda akan terdetik bertapa mudahnya “mencetak duit” sampai terlupa diri.

Perlu diingatkan bahawa sisi gelap dalam pelaburan masih tetap ada bahkan ada yang loss sampai merasa give up.

Berikut adalah trick macam mana nak bertahan dalam pasaran
>> urus risiko dengan betul setiap kali trade
>> jangan balas dendam dengan pasaran akibat sakit hati cut loss
>> jangan overtrade dengan harapan cepat cept cover balik loss
>> sentiasa disiplin dengan teknik dan sistem

14. Saya belajar bahawa perasaan akan bercampur-baur ketika anda mencapai satu tahap loss yang besar.

Berikan sedikit ruang untuk ‘bermuhasabah’. Jangan campur aduk teknik/sistem yang di guna pakai.

15. Trading mengajar saya untuk tidak mengambil segala teori dan kepercayaan bulat-bulat.

Kebanyakan para traders yang gagal adalah disebabkan mereka terlalu manja dan sentiasa ingin di suap. Mereka langsung tidak mahu meletakkan sekelumit effort untuk mengkaji sendiri dan memilih untuk tunggu disuap oleh para “sifu”.

Jika anda ingin berjaya, anda mestilah prektis. Buat sendiri. Test sendiri.

16. Ramai yang boleh buat senarai peraturan sendiri.

Anda mungkin merasakan susah nak trading strategy yang menguntungkan padahal tak susah pun nak buat trading strategy sendiri.
Anda hanya perlu:
i) trade di pasaran
ii) terus layan trend bila tengah WIN
iii) cut loss

Dah.

Nak buat memang senang, tapi nak ikut tu..

17. Saya belajar bahawa mereka yang memasuki pasar ketika pasaran yang tiba tiba ramai minat belian sehingga tidak rasional serta emosi diabaikan, mereka telah melakukan langkah yang salah.

Tahun 2017, ketika bitcoin hangat dibualkan oleh media dan orang ramai —— inilah petanda petanda “party” dah sampai penghujung.

Jika anda mengalami situasi tersebut dan anda telah dapati pasaran melakukan perubahan trend, bersedialah untuk keluar.

Bak pepatah Warren Buffet “Be greedy when others are fearful and fearful when others are greedy.”

Kesimpulannya,

Apa yang saya kongsikan ini adalah tulisan santai-santai, dijadikan inspirasi dan tidak bermaksud untuk ikut sebijik-sebijik; contohnya risiko tidak melebihi 1% kerana saham-saham di US ni jenis puluhan US Dolar. Tak macam Malaysia yang 70% adalah saham sen-sen. Di US kalau bawah USD10 ni dikira penny stocks dah.

Kredit: Trading With Rayner dan Wan Farah daripada Asri Ahmad Academy

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.