3 Nasihat Berharga Warren Buffett Dalam Perjumpaan Tahunan Berkshire Hathaway Tahun 2021

Setiap tahun, perjumpaan melibatkan pemegang saham syarikat Berkshire Hathaway akan diadakan di Omaha. Para pelabur yang melabur dalam syarikat tersebut mendapat surat jemputan untuk meghadiri pertemuan tersebut.

Harga saham Berkshire Hathaway bukannya murah, adalah dalam USD440,000 seunit. Maka yang ada saham syarikat ini memang golongan jutawan.

Yang menariknya, mereka berpeluang untuk bertanyakan tentang masa depan dan hala tuju syarikat tersebut secara langsung bersama dengan CEO syarikat tersebut Warren Buffett dan juga penolong kanannya, Charlie Munger.

Pada tahun lepas, ketika krisis pandemik melanda dunia, acara tahunan tetap berlaku di mana Warren Buffett menjawab persoalan yang dikemukan oleh pemegang saham mereka melalui atas talian.

Apa yang menarik mengenai acara tahunan ini, pelabur luar juga turut boleh mengambil manfaat terhadap nasihat yang diberikan oleh Warren Buffett dan Charlie Munger mengenai pasaran saham dunia.

Pada perjumpaan tahun  ini, Warren Buffett seperti biasa memberi nasihat yang sangat berguna kepada pelabur baru yang ingin menceburkan diri dalam dunia pelaburan saham.

1. Pemilihan Saham Semakin Sukar Bagi Seseorang Individu (Stock-Picking Is More Difficult Than It May Seem)

Pada ketika ini, Warren Buffett beranggapan terlalu sukar seseorang individu untuk memilih saham yang berkualiti untuk disimpan dalam tempoh yang panjang.

Warren Buffett yang terkenal dengan prinsip pelaburan value investing mengambil pendekatan memiliki saham dalam tempoh yang panjang sebelum dapat menuai hasil pelaburan tersebut.

Dengan keadaan yang tidak menentu sekarang, seseorang pelabur baru dilihat sukar untuk menetukan syarikat yang mana akan bertahan pada masa hadapan didalam persaingan di pasaran terbuka.

Warren Buffett mengambil contoh 30 tahun yang lalu di mana 30 syarikat terbesar  yang berada pada ketika itu kini telah lenyap sama sekali dalam senarai 30 syarikat terbesar dalam dunia pada ketika ini.

Ini menjadikannya sukar untuk memilih pelaburan yang berkualiti tinggi untuk masa hadapan.

2. Dana Indeks Boleh Dijadikan Alternatif Pelaburan Masa Depan (There’s A ‘Great Argument For Index Funds’ )

Bagi orang ramai yang tidak mempunyai ilmu pelaburan, mereka boleh memilih index funds yang mengenakan bayaran murah sebagai salah satu instrumen pelaburan mereka. Index funds merupakan salah satu instrumen yang diperkenalkan oleh pelabur tersohor dunia yang mengasaskan The Vanguard Group, iaitu John C. Bogle.

Beliau telah memperkenalkan index funds bagi membantu rakyat Amerika Syarikat yang tidak mempunyai ilmu kemahiran yang tinggi dalam pelaburan saham. Index funds ini berfungsi apabila sejumlah besar wang pelabur dilaburkan ke dalam pelbagai jenis sektor yang ada dalam pasaran saham.

Kelebihan indeks funds ini adalah jika sesuatu sektor atau industri itu lumpuh, mereka masih lagi mampu bertahan di dalam industri  yang lain.

Warren Buffett mencadangkan untuk membuat pelaburan ke dalam indeks S&P 500 kerana kebanyakan syarikat yang ada dalam indeks tersebut terdiri daripada pelbagai industri.

Beliau turut menyatakan bahawa akan melabur sebanyak 90% di dalam index funds selepas kematiannya nanti.

3. Jangan Jadikan Pasaran Saham Sebagai Tempat Berjudi (Don’t Treat The Stock Market Like A Casino)

Kredit Gambar: Spiel Times

Warren Buffett mengingatkan supaya golongan pelabur baru jangan jadikan pasaran saham seperti tempat berjudi. Walaupun tidak salah daripada segi undang-undang, ia merupakan sesuatu yang tidak bermoral dalam pelaburan.

Beliau mengambil contoh aplikasi yang sangat terkenal bagi generasi baru iaitu Robinhood. Aplikasi ini mendapat tempat di kalangan pelabur baru kerana tiada caj yang dikenakan dalam setiap transaksi pembelian saham.

Ini membuatkan gologan pelabur baru semakin liar dalam pasaran saham. Jika ianya dijadikan tempat untuk berjudi, pasti sukar untuk seseorang itu untuk menjadi kaya.

Sumber Rujukan: CNBC

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Pengasas Farm Fresh Jual Saham RM132.5 Juta – Patutkah Pelabur Panik?

Berita pengasas bersama Farm Fresh, Loi Tuan Ee, menjual pegangan saham bernilai RM132.5 juta pantas mencuri perhatian pelabur. Ada yang bertanya: “Eh ada apa-apa tak kena ke dengan Farm Fresh?”

Sebenarnya, sebelum kita membuat kesimpulan terburu-buru, penting untuk faham apa yang benar-benar berlaku dan apa yang tidak berlaku.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Farm Fresh Berhad diasaskan pada tahun 2009 oleh usahawan tempatan, Loi Tuan Ee, bermula sebagai The Holstein Milk Company. Syarikat ini kemudiannya melalui proses penjenamaan semula kepada Farm Fresh seiring dengan peluasan perniagaan. Pada tahun 2022, Farm Fresh disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai Farm Fresh Berhad.

Menurut laporan media, Loi Tuan Ee telah menjual 50 juta saham Farm Fresh, bersamaan kira-kira 2.66% daripada jumlah saham syarikat, melalui urus niaga luar pasaran pada harga RM2.65 sesaham.

Selepas transaksi tersebut:

  • Beliau masih pemegang saham terbesar Farm Fresh
  • Pegangan beliau kekal sekitar 37%
  • Tiada perubahan kawalan atau pengurusan syarikat

Ini bermaksud, beliau bukan keluar daripada syarikat, sebaliknya hanya mengurangkan sebahagian kecil pegangan.

Kenapa pengasas jual saham?

Dalam dunia pasaran saham, tindakan pengasas menjual sebahagian pegangan bukan perkara luar biasa. Antara sebab yang munasabah termasuk:

  1. Diversifikasi kekayaan
    Pengasas lazimnya mempunyai sebahagian besar kekayaan mereka terikat dalam satu syarikat. Menjual sebahagian saham membolehkan mereka mengurangkan risiko kebergantungan kepada satu aset sahaja.
  2. Ambil keuntungan selepas harga saham naik
    Saham Farm Fresh mencatat kenaikan ketara tahun ini. Menjual pada harga tinggi adalah langkah rasional dari sudut pengurusan kewangan peribadi.
  3. Perancangan kewangan & keluarga
    Selepas membina perniagaan bertahun-tahun, tidak salah untuk ‘unlock value’ bagi tujuan perancangan jangka panjang, termasuk legasi dan perancangan harta.

Apa yang tidak boleh disimpulkan?

Yang penting, pelabur tidak wajar terus menganggap:

  • Syarikat sedang bermasalah
  • Pengurusan hilang keyakinan
  • Prospek perniagaan merosot

Hakikatnya, jualan sebahagian ≠ hilang kepercayaan. Yang lebih membimbangkan biasanya ialah situasi di mana pengasas:

  • Menjual hampir keseluruhan pegangan
  • Melepaskan jawatan pengurusan
  • Berlaku perubahan mendadak dalam operasi syarikat

Setakat ini, semua itu tidak berlaku dalam kes Farm Fresh.

Apa yang pelabur patut fokus?

Daripada terlalu fokus kepada satu transaksi saham, pelabur lebih wajar menilai perkara berikut:

  • Prestasi kewangan syarikat
  • Aliran tunai dan margin keuntungan
  • Keupayaan pengurusan melaksanakan pelan pertumbuhan
  • Prospek industri jangka panjang

Pasaran saham sering dipengaruhi emosi. Berita seperti ini mudah mencetuskan panik, sedangkan realitinya memerlukan konteks dan kefahaman yang lebih menyeluruh.

Kesimpulan

Tindakan pengasas Farm Fresh menjual sebahagian saham bernilai RM132.5 juta lebih menyerupai langkah pengurusan kekayaan peribadi, bukannya isyarat negatif terhadap syarikat.

Seperti biasa, keputusan pelaburan tidak sepatutnya dibuat berdasarkan satu berita sahaja tetapi berdasarkan gambaran besar perniagaan.

Penafian : Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!