5 Kesilapan Kewangan Anak Muda

Berdasarkan kepada Laporan Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan oleh Bank Dunia, hampir 60% daripada golongan yang muflis di Malaysia adalah golongan muda yang berumur antara 25-44 tahun.

Ini merupakan satu angka yang sangat besar. Dapatan daripada kajian itu menyatakan bahawa tabiat anak muda yang berbelanja melebihi pendapatan merupakan sebab utama mereka muflis.

Elakkan diri anda daripada melakukan perkara-perkara berikut;

1. Pengurusan Belanjawan Yang Tidak Betul

Perkara ini boleh dikatakan sebagai dilema anak muda. Ya lah, bila dah dapat gaji sudah pasti nak reward diri untuk mendapatkan gajet terkini atau pakaian yang branded. Tak salah untuk beli dan reward diri, cuma ukurlah baju di badan sendiri. Utamakan keperluan terlebih dahulu sebelum kehendak.

Uruskan perbelanjaan anda dengan baik dan rancang dengan betul supaya kelak tidak memakan diri dan terlibat dalam masalah kewangan yang serius.

2. Beban Hutang Menimbun

Bebanan hutang yang banyak akan menarik diri anda ke dalam masalah kewangan yang lebih serius. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang melihat pinjaman pendidikan itu sebagai satu keperluan, tidak mengapa. Namun, dengan hutang sedia ada yang tinggi, berhati-hati untuk membuat hutang baru terutama hutang kereta dan kad kredit.

3. Melabur Di Tempat Yang Salah

Niat nak melabur itu bagus, tapi tambah ilmu pelaburan anda terlebih dahulu. Jika tidak, meleburlah duit yang dilaburkan tanpa sebarang pulangan.

Jangan mudah percaya kepada pelbagai insentif pelaburan yang nampak seksi tapi pada akhirnya seksa. Buat kajian terlebih dahulu, tanya orang yang berpengalaman sebelum anda mulakan pelaburan anda.

4. Tiada Polisi Takaful

Aku masih muda, awal lagi untuk memiliki polisi takaful. Ini yang selalu kita dengar dan akhirnya inilah punca mengapa ramai anak muda terpaksa menghabiskan duit simpanan untuk membiayai kos perubatan.

Bayangkan jika anda memiliki polisi takaful ini, sudah pasti simpanan anda tidak terganggu dan dapat menjimatkan perbelanjaan. Tapi harus diingat, dapatkan pelan takaful yang bertepatan dengan kadar kewangan serta keperluan diri anda.

5. Tidak Pilih Plan Pelaburan Sistematik (SIP)

SIP ini merupakan salah satu cara untuk anda melabur dengan mudah. Pemotongan gaji secara sistematik untuk potongan pembiayaan ASB. Jadi, sekurang-kurangnya anda sudah melabur dalam satu instrumen pelaburan yang kurang risiko dan memberi pulangan pada setiap tahun.

Bukankah ini lebih baik daripada anda menghabiskan gaji untuk berjoli tanpa sebarang simpanan?

Jadi anak muda, mulakan langkah anda untuk menambah ilmu dan mengelakkan diri daripada terjerumus dalam masalah kewangan di usia muda.

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Eco-Shop Marketing: Nilai Hebat Buat Pelabur Dan Juga Pengguna

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR1.80 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham 36% dengan kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY27F (Mei)

Selepas bertemu dengan pihak pengurusan Eco-Shop Marketing baru-baru ini, kami berasa lebih yakin akan prospek pertumbuhannya. Syarikat ini bakal membalikkan trend SSSG negatifnya disebabkan oleh permintaan pengguna dan bekalan stok yang kembali normal.

Persekitaran inflasi mungkin memberi petanda baik untuk ia menarik pengguna yang mementingkan harga dan menggarap semula daya saing harga. Dengan opexnya yang terkawal dengan baik, kami menanti-nantikan CAGR perolehan tiga tahun yang kukuh sebanyak 19% kelak, dan kami berpendapat penilaian semasa saham ini tampak menarik.

Pemulihan SSSG berkembang baik

Pihak pengurusan memerhatikan trend SSSG yang memulih, diperkukuh oleh kenaikan yang baik dalam jumlah urus niaga. Hal ini mungkin didorong oleh usaha promosi jualan yang berkesan, bekalan yang kembali normal selepas gangguan, dan kesan asas yang menguntungkan (SSSG mula menjadi negatif pada 4QFY25 selepas harga naik pada pertengahan April).

Di samping itu, kami berpandangan bahawa sentimen pengguna yang melemah susulan kegusaran berkenaan inflasi mungkin mengingatkan para pengguna tentang tawaran nilai ECOSHOP yang berbaloi dengan harganya. Sementara itu, syarikat ini sepatutnya mencapai sasarannya untuk membuka 100 cawangan baharu pada FY26 (9MFY26: 65), dan kadar pelaksanaan yang sama patut berterusan apabila masuk ke FY27. Langkah-langkah pengubahsuaian dilihat menjana hasil yang positif, dengan kedaikedai yang diubah suai mencapai kenaikan jualan sebanyak >10%.

Asas-asas perniagaan yang kukuh bakal membantu menahan inflasi kos

Pihak pengurusan memberi bayangan jumlah kos tambahan sebanyak MYR1.5j/bulan akibat konflik Asia Barat dalam bentuk kos input(kos lebih tinggi untuk lebih kurang 700 barangan unit simpanan stok (SKU) berkaitan plastik dan belanja tambang muatan. Hal ini dapat membantu ECOSHOP mendapatkan semula daya saing harganya, kerana pesaing-pesaing kedai bukan barangan murah mungkin akan melepaskan kos lebih tinggi kepada pengguna, manakala ECOSHOP akan mengekalkan harganya.

Walaupun begitu, kesan terhadap GPM sebahagiannya patut dilindungi oleh usaha mengoptimumkan SKU, sumbangan jualan lebih besar daripada jenama-jenama dalaman dan skala operasinya yang meluas dan juga trend FX yang menguntungkan. Sementara itu, opex seharusnya kekal stabil memandangkan adanya inisiatif untuk mengoptimumkan bilangan kakitangan kedai dan mempertingkatkan tahap produktiviti dan juga kuasa tawar-menawarnya untuk mendapatkan kadar sewaan yang menguntungkan.

ECOSHOP dijadualkan untuk mengumumkan keputusan kewangan FY26 pada 22 Jul

Untung bersih 4QFY26 yang diramalkan sebanyak MYR67j (+18% YoY) oleh pihak kami dan konsensus mungkin akan dicapai. Kami kekalkan ramalan kami buat masa sekarang sementara menunggu keputusan diumumkan dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan. TP kami yang diperoleh melalui kaedah DCF sebanyak MYR1.80 (termasuk premium ESG 4%) kekal sama, dengan nilai P/E 2027F mencecah 33x atau pada harga lebih rendah berbanding syarikat-syarikat pesaing pengguna bermodal besar.

Risiko negatif terhadap saranan kami

Risiko-risiko pada reputasi syarikat dan pelan pengembangan operasi berdepan penangguhan lama.

Faktor Pemacu Utama

i. Pengembangan rangkaian kedai
ii. SSSG yang kukuh
iii. Peningkatan dalam penguasaan bahagian pasaran.

Risiko Utama

i. Pelan pengembangan berdepan kelewatan besar
ii. Risiko jenama dan reputasi
iii. Kenaikan mendadak kos input.

Profil Syarikat

Eco-Shop Marketing ialah rangkaian kedai barangan harga murah terbesar di Malaysia, dengan pelibatan utama dalam jualan barangan runcit dan barangan am pengguna.

Carta Saranan

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.