Kisah Kejayaan Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai, Pengasas dan CEO Lotus Group

Pernah makan di Restoran Lotus? Atau menginap di Hotel Lotus? Atau membeli-belah di kedai runcit Lotus? Hadiahkan sejambak bunga yang digubah Lotus Florist?

Jom berkenalan dengan Pengasas dan CEO Lotus Group ini, iaitu Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai.

Sumber : Lotus Group

Berjinak-Jinak Dengan Perniagaan Sejak Kecil

Sejak kecil lagi, beliau sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Di sekolah, beliau telah menjual alat-alat tulis kepada pelajar di sekolah tersebut. Minatnya tersebut dalam perniagaan telah membuatkan beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peniaga.

Pada awal pendidikannya, Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai merupakan seorang yang sering gagal dalam peperiksaannya. Ketika beliau berusia 15 tahun, beliau telah meminta izin daripada bapanya untuk berniaga.

Pada mulanya beliau amat takut untuk mengatakan hasratnya itu, tetapi beliau memberanikan diri untuk memberitahu kepada bapanya. Beliau mengatakan bahawa beliau bersedia untuk ditampar oleh bapanya kerana kenyataannya itu.

Apabila melihat bapanya mengangkat tangan, beliau menutup mata. Selepas itu apa yang berlaku adalah bapanya memeluk beliau, lalu berkata “Esok, kamu mula kerja dengan saya.”

Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai mengatakan detik tersebut merupakan turning point yang telah mengubah hidupnya.

Belajar Daripada Bapanya

Beliau telah menjadikan bapanya sebagai idola dan sumber inspirasi. Apa yang dilakukan oleh bapanya dalam perniagaan telah beliau ikuti. Beliau belajar dengan tekun mengenai selok-belok perniagaan daripada bapanya.

Perniagaan awal yang dilakukan oleh Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai adalah menjual kelapa milik bapanya sejak berusia 12 tahun.

Sumber : Lotus Group

Dengan bermodalkan duit simpanan sekolah dan duit hasil jualan kelapa, beliau memulakan perniagaan menangkap ikan pula. Pada tahun 1987, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka restoran Lotus Family Restaurant di Jalan Masjid India.

Siapa sangka kini beliau mempunyai 18 cawangan di sekitar Lembah Klang dan Ipoh. Beliau juga meluaskan empayar perniagaannya ke dalam bidang hartanah, hotel, pengedaran filem, teknologi maklumat dan pengedaran makanan.

Untuk berjaya seperti Tan Sri Datuk R. Doraisingam Pillai memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi. Walaupun mungkin tidak berapa pandai daripada segi akademik, tetapi beliau telah membuktikan bahawa ianya bukanlah penghalang untuk menjadi berjaya.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mr. D.I.Y, Avis, Digi, Farm Fresh, Dave’s Deli Dan Maybank Antara Pemenang Di Anugerah Jenama Terbaik Tahun 2022-2023

LONDON, 10 Nov (Bernama) — World Branding Awards edisi ke-15 yang menyaksikan lebih 3,500 jenama daripada lebih 45 buah negara dinamakan sebagai “Jenama Terbaik Tahun ini”. Daripada jumlah ini, kurang daripada 250 jenama diisytiharkan sebagai Pemenang. Majlis anugerah ini telah mengalu-alukan lebih 100 orang tetamu daripada seluruh dunia untuk meraikan kejayaan dan pencapaian beberapa Jenama Terbaik Dunia, di pusat anugerah dunia, Kensington Palace.

Lurpak, Club Med, Yakult, Spotify, CoCo, Amazon, Netflix, Neutrogena, Lego, Cadbury, adalah beberapa jenama yang diumumkan sebagai Pemenang Global di majlis anugerah berprestij ini.

Pemenang Malaysia termasuk Astro, Farm Fresh, Maybank, Munchy’s, Spritzer, Unifi, Avis, Dave’s Deli, Digi, Inside Scoop, AEON, Al-Ikhsan Sports, dan AirAsia. Pemenang Peringkat Nasional lain termasuk Nongfu Spring (China), Hang Seng Bank (Hong Kong), Janji Jiwa (Indonesia), Toast Box (Singapura) dan banyak lagi.

MR. D.I.Y, menggegarkan Asia Tenggara apabila mereka diisytiharkan sebagai jenama ‘Peruncit Pembaikan Rumah’ teratas di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina dan meraih anugerah Peringkat Serantau dalam kategori Peruncit Pembaikan Rumah.

Pemenang Peringkat Serantau lain termasuk; Bosch, Sennheiser, SoundCloud, Huawei, Optical 88, Elkjøp, BreadTalk, Walrus Pumps, Gems Pavilion. Jenama-jenama ini mendapat undi sebagai jenama kegemaran pengguna di 4 buah negara atau lebih merentasi 3 kawasan atau lebih di rantau geografi tertentu.

“Majlis ini meraikan beberapa jenama terbaik di seluruh dunia. Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan pasukan jenama yang membina dan mengekalkan keberadaan mereka dalam pasaran yang sentiasa berubah,” kata Danny Pek, Pengarah Eksekutif, World Branding Forum.

“Pada tahun ini, lebih 150,000 orang pengguna telah mengambil bahagian dalam proses pencalonan. Secara purata, hanya ada 5 pemenang bagi setiap negara, dan ini membuktikan bahawa memenangi World Branding Awards adalah pencapaian yang luar biasa,” En. Richard Rowles, Pengerusi, World Branding Forum.

Acara ini telah dianjurkan oleh penyampai televisyen, Jemma Forte dan menampilkan wawasan eksklusif tentang pengguna masa hadapan yang disediakan oleh Chris Sanderson, Pengasas Bersama, ‘The Future Laboratory’, perunding ramalan wawasan dan trend pengguna yang terkenal.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, lawati awards.brandingforum.org

Perihal World Branding Awards

World Branding Awards adalah anugerah utama World Branding Forum, sebuah organisasi bukan untung yang berdaftar. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://awards.brandingforum.org 

Sumber: World Branding Awards

–BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/mr-d-i-y-avis-digi-farm-fresh-daves-deli-dan-maybank-antara-pemenang-di-anugerah-jenama-terbaik-tahun-2022-2023/