5 respon lejen bila sebut pasal pelaburan saham

Muslim masih kkeptikal tentang saham
  1. “Tak payahlah ‘main-main’ saham ni, aku ‘main’ dulu asyik rugi jer….susah nak untung. Menyesal kau nanti!
  2. “Eh, kawan jiran sebelah rumah aku tu cakap ‘main’ saham ni haramlah!….
  3. “Kau bisnesman loaded duit banyak bolehla ‘main’ saham. Aku ni makan gaji jer…
  4. “Kau melabur je dalam ASBc  tu, selamat pun selamat…takde duit pun takpe, boleh buat loan. 30 tahun bukan lama. Pejam celik pejam celik beranaklah duit tu…
  5. “Aku takde masa nak tengok turun naik saham ni. Eh apakata kau join aku masuk skim pelaburan ni, Datuk tu kata tiap-tiap bulan syarikat dia kasi dividen 30%, best gila weh, rugi tak join!

Dalam banyak-banyak dialog di bawah yang mana tuan-tuan pernah dengar? Jawab di ruang komen ya. Janji?

Orang kita tak nak terlibat dalam pelaburan saham sebab masih bertanggapan saham ni SUSAH, HARAM dan untuk orang KAYA sahaja.

Anehnya, kita tak mahu belajar tentang sesuatu ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dan diiktiraf oleh Bursa Malaysia sendiri tetapi sanggup pula melabur dalam pelaburan yang tak tentu hala dengan hanya setakat dengar cakap orang.

“Eh, betul ke melabur saham di Bursa Malaysia tu haram?”

Rujuk video Dr. Zaharuddin Abd Rahman, pakar Fiqh Muamalat

Masih ramai yang tidak mengetahui apa itu PASARAN SAHAM dan masih ramai yang sangsi atau skeptikal tentang pelaburan saham ini sedangkan ianya sah, dikawalselia oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan terdapat 669 syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Bhd baru-baru ini telah melancarkan Bursa Malaysia-i, platform bursa sekuriti Islam bersepadu menyeluruh pertama di dunia.

Ia bertujuan memberikan pelabur pilihan melabur dan mendagangkan produk berlandaskan Syariah menerusi platform berlandaskan Syariah.

Previous ArticleNext Article

SC Umum Majlis Penasihat Syariah Baharu

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan Majlis Penasihat Syariah (MPS) baharunya untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029.

Barisan baharu terdiri daripada ahli berikut:

  1. Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar – Senator, Dewan Negara (Lantikan Baharu)
  2. Profesor Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Semula)
  3. Dato’ Dr Ashraf Md Hashim – Perunding Syariah (Kewangan Islam) (Pelantikan Semula)
  4. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim – Mufti Pahang (Pelantikan Semula)
  5. Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir – Mufti Selangor (Pelantikan Semula)
  6. Dr Marjan Muhammad – Timbalan Presiden Penyelidikan, Institut ISRA, Universiti INCEIF (Pelantikan Semula)
  7. Encik Burhanuddin Lukman – Bekas Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) (Pelantikan Semula)

Ditubuhkan pada 16 Mei 1996 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, MPS merupakan pihak berkuasa untuk menentukan aplikasi prinsip Syariah untuk perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam (ICM).

Di samping itu, MPS menyokong pertumbuhan pasaran melalui resolusi dan panduan dasar, di samping mengekalkan integriti Syariah.

MPS terdiri daripada cendekiawan Syariah, ahli akademik dan pengamal pasaran terkemuka dengan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang Syariah, kewangan Islam, pasaran modal dan undang-undang.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata MPS memainkan peranan penting dalam memastikan ICM Malaysia kekal responsif terhadap perkembangan pasaran yang sentiasa berubah, sambil menegakkan prinsip Syariah yang berlandaskan Maqasid alShariah. “Panduan yang diberikan oleh MPS terus menyokong inovasi, kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang ekosistem ICM.”

“Komposisi baharu MPS, dengan kepakaran dan pengalaman kolektif ahlinya, berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan panduan yang mantap dan berpandangan jauh mengenai hal ehwal Syariah. Dengan kepimpinan Islam yang dipandu oleh Maqasid al-Syariah sebagai pembeza utama, MPS akan memacu pertumbuhan dan kepimpinan global ICM Malaysia,” katanya.

Bagi pihak SC, Dato’ Faiz merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli MPS yang akan bersara atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dan perkhidmatan berdedikasi kepada industri ICM. “Pandangan dan kepimpinan mereka telah menyumbang ke arah memajukan ICM Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Untuk maklumat lanjut mengenai MPS, sila lawati https://www.sc.com.my/development/icm/shariah/members-of-the-shariah-advisorycouncil