5 langkah fresh grad perlu buat sebelum mula melabur

Lepasan graduan juga boleh melabur

Selepas dapat gaji.

Buat begini.

1. Simpan paling sedikit 10%

Apabila kita berbuat begini, secara automatik kita telah melaksanakan peraturan hidup di bawah kemampuan.

2. Buat arahan potongan tetap

Jimat banyak masa. Simpanan pun terus bertambah setiap bulan.

3. Simpan dahulu di ASB / Tabung Haji

Kalau tidak yakin keharusan hukum menyimpan di ASB, ada Tabung Haji. Simpan sampai jumlahnya mencecah 5 angka untuk memulakan serious investment.

4. Buat bajet pelaburan untuk ilmu

Pelajari ilmu-ilmu asas pengurusan kewangan & pelaburan seperti compounding interest, kos melepas, cara buat personal financial statement dan sebagainya.

5. Buat tabung khas belajar pelaburan

Tabung ‘langkah pertama’ untuk rasa yang betul-betul punya. Tapi tak perlu modal besar. Untuk mula beli saham di Bursa Malaysia, modal tak sampai RM 100 pun dah boleh.

Beberapa tahun pertama kena buat-buat miskin. Biarlah kawan-kawan nak mengata.

 

Kredit : Suzardi Maulan
Sumber : Facebook

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840