5 Tips Melabur Saham Dengan Modal Kecil

Bila bercakap soal perniagaan, kita tak dapat elak daripada bercakap mengenai ilmu, usaha, dan modal. Ketiga-tiga perkara ini kalau digabungkan mampu menghasilkan keuntungan yang optimum. Begitu juga halnya dengan pelaburan saham.

Apabila sudah hadir seminar untuk mendapatkan ilmu, berusaha membuka akaun CDS bagi tujuan jual beli saham, langkah seterusnya adalah kita sediakan modal.

Berapa banyak modal yang diperlukan? RM100? RM1,000? RM10,000?

Tak perlu berdebat mengenai berapa modal minima yang diperlukan kerana setiap daripada kita mempunyai duit lebihan yang berbeza-beza. Apa yang penting gunalah modal yang sanggup kita rugi sepenuhnya dan jangan berhutang!

Ada yang sanggup rugi RM10,000, ada yang sanggup rugi RM3,000, ada pula yang hanya sanggup untuk rugi RM1,000. Berikut diberikan beberapa tips untuk memulakan pelaburan dengan modal yang kecil.

1. Melabur Dalam Kaunter Small Cap atau Mid Cap

Dengan modal yang kecil, adalah lebih baik kita melabur dalam kaunter small atau mid cap. Harga saham lebih murah dan pergerakan saham lebih agresif.

Tapi awas!

Kaunter jenis ini mempunyai pergerakan harga yang lebih cair di mana kita berpeluang untuk meraih untung yang cepat tetapi dalam masa yang sama risiko kerugian juga agak tinggi. Praktiskan ilmu fundamental dan teknikal yang telah kita belajar.

Buat trading plan. Sebagai contoh, kaunter AAA adalah syarikat yang mempunyai fundamental yang baik dan harganya pula adalah di bawah RM1.

Baca juga 5 Perkara Perlu Buat Sebelum Beli Saham

2. Gunakan Screener

Biasanya yang newbie mesti tak tahu nak beli saham apa. Begitu banyak saham dekat Bursa Malaysia sampai tak tau nak pilih yang mana. Sebelum kita memulakan aktiviti jual beli saham, saring dulu nak beli saham apa.

Mungkin kita boleh pilih tiga kaunter saham yang terbaik dan buat perbandingan sebelum memilih yang paling terbaik antara ketiga-tiga kaunter saham tersebut. Di sinilah perlunya screener.

Ada banyak screener yang boleh digunakan seperti dan Bursa Marketplace. Gabungkan analisis fundamental dan teknikal ketika proses menyaring kaunter saham tersebut.

Sesuaikan harga saham dengan modal yang kita mampu nak beli.

3. Jangan Hanya Ikut Buy Call

Buy call adalah cadangan dari group sama ada Facebook, Telegram, WhatsApp berkenaan saham apa yang patut dibeli. Boleh nak follow buy call tapi kaji dulu saham tersebut.

Jangan ikut bulat-bulat tanpa sebarang kajian. Takut nanti ada unsur manipulasi.

Saham yang murah sangat senang untuk dimanipulasi berbanding saham yang berharga atas RM1. Dengan modal yang kecil dan baru nak bermula, lebih baik kita berusaha sedikit dengan membuat sedikit kajian berbanding dengan hanya mengharapkan buy call.

Kalau rugi pun, kita masih berpuas hati dan boleh belajar sesuatu dari kesilapan tersebut.

4. Jangka Masa Pelaburan

Setiap pelabur mempunyai objektif masing-masing dalam mengoptimumkan keuntungan. Ada yang target dalam masa satu hari, 2 minggu, sebulan, atau 6 bulan dan lebih. Tetapkan jangka masa pelaburan mengikut personaliti dan gaya hidup masing-masing.

Jika kita bekerja sepenuh masa, agak mustahil untuk kita mendapatkan keuntungan dalam masa satu hari. Setiap kaunter pula mempunyai sifat yang berlainan.

Ada yang memang sesuai untuk diperam, ada yang harga naik disebabkan faktor persekitaran seperti ekonomi dan politik.

5. Menabung Dalam Saham

Jangan terkejut dalam saham pun ada kaedah tabungan. Sebagai contoh kita adalah pekerja sepenuh masa dan memulakan pelaburan saham dengan modal RM1,000.

Dalam sebulan matlamat kita adalah untuk meraih pulangan purata 10 peratus. Jadi secara kasarnya, sebulan kita dapat menjana keuntungan sebanyak RM100.

Duit tersebut jangan dikeluarkan. Jadi modal kita akan bertambah dari bulan ke bulan. Makin tinggi modal, makin tinggi pulangan yang kita akan dapat.

Tetapi jangan lupa buat kajian sebelum melabur saham. Jangan lupa cut loss untuk mengelakkan kerugian yang besar. Jangan lupa buat analisa risk-to-reward ratio.

Diharap dengan sedikit panduan ini dapat memberikan idea kepada pelabur baru untuk memulakan pelaburan saham. Ingat! Tiada langkah kedua jika tiada langkah pertama. Yang penting kita mencuba dan praktiskan ilmu yang telah diajar.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Kelas saham yang kami syorkan bagi yang nak mula melabur saham ialah kelas ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri. Memang trusted. Beliau pun dah 20 tahun lebih dalam bidang saham ni. Kalau nak tahu beliau merupakan mentor kami sejak 5 tahun yang lepas.



Support memang padu. Ada video rakaman kelas. So, sesuai untuk belajar bila-bila kalau nak buat ulangkaji. Paling penting belajar dari kesilapan mereka supaya kita tak terbuat sama.

Kalau betul-betul ZERO boleh daftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.