6 IPO Menarik Tahun 2021

Tahun 2020 menyaksikan banyak IPO baru, dengan Mr DIY merupakan yang terbesar. Tetapi agak kecewa juga apabila QSR Brands, pemilik francais KFC dan Pizza Hut tak jadi nak IPO. Susu kegemaran ramai iaitu Farm Fresh pun terpaksa postpone IPO mereka.

Tak mengapa, peluang akan sentiasa ada. Jom kita tengok 6 IPO menarik bagi tahun 2021. Boleh juga standby untuk kumpul modal sambil tunggu kemunculan sulung mereka di Bursa Malaysia.

1. Harps Holdings

Pembuat sarung tangan getah ini bercadang untuk mendapatkan modal sebanyak RM2.1 bilion daripada proses IPO. Kita pun tahu bahawa permintaan terhadap sarung tangan getah dijangka meningkat, seiring dengan penularan wabak Covid-19 yang belum nampak penghujungnya.

Sebelum ini, Harps telah membeli pembuat sarung tangan nitril iaitu Central Medicare pada tahun 2015. Syarikat ini mempunyai 24 production line yang menyumbang sebanyak 590 juta sarung tangan setiap bulan.

2. CTOS Data Systems

Kredit Gambar: FB Asia Retail

Ada ura-ura yang berkata bahawa CTOS Data Systems yang merupakan agensi pelaporan kredit terkenal tanah air, bercadang untuk mendapatkan dana bernilai RM600 juta menerusi IPO pada tahun ini.

Creador yang memiliki 80% pemilikan di dalam CTOS, sedang mempertimbangkan berkenaan nilai syarikat dan masa terbaik untuk penyenaraian IPO nanti.

3. Smart Glove Corporation

Smart Glove yang mempunyai kilang di Klang, telah pun memilih Affin Hwang dan RHB untuk membantu mereka mendapatkan dana RM1 bilion melalui proses IPO nanti.

Syarikat ini yang ditubuhkan pada tahun 1994, menghasilkan sarung tangan untuk industri perubatan dan makanan & minuman. Selain daripada Malaysia, mereka juga beroperasi di Indonesia.

4. Affin Hwang Asset Management

Kredit Gambar: Affin Hwang

Affin Bank yang memiliki 63% pegangan di dalam Affin Hwang Asset Management, bercadang untuk IPO bagi mendapatkan dana sebanyak RM500 juta.

Affin Hwang menyumbang RM84.2 juta kepada Affin bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 September 2020, yang merupakan peningkatan sebanyak 13.6% berbanding tempoh yang sama sebelum ini.

5. Iskandar Waterfront Holdings

Pemaju hartanah ini yang giat membangunkan Bandar Malaysia, bercadang untuk mendapatkan sekurang-kurangnya RM5 bilion menerusi proses IPO yang akan dikendalikan oleh CIMB.

Iskandar Waterfront Holdings katanya bernilai RM20 bilion berdasarkan lebih daripada 4,000 ekar yang dimilikinya di selatan tanah air.

6. Ramsay Sime Darby Health Care

Kredit Gambar: Ramsay Sime Darby

Yang terbaru, Ramsay Sime Darby Health Care juga bercadang untuk ke IPO dalam tahun 2021 ini. Mereka menjangkakan dapat memperolehi sebanyak RM1.2 bilion sekiranya ia menjadi kenyataan.

Ramsay Sime Darby Health Care ditubuhkan pada tahun 2013 dan kini mempunyai 6 hospital di Malaysia dan Indonesia. Joint-venture ini mendatangkan keuntungan sebanyak RM39 juta bagi tahun kewangan 2020.

Sumber Rujukan:

Apa yang bestnya IPO ni? Jemput baca Prestasi IPO Bagi Tahun 2020, Ada Yang Naik 128% Pada Hari Pertama. 83.3% daripada IPO yang baru disenaraikan pada tahun 2020 naik pada hari pertama, jual hari pertama pun dah boleh buat duit.

Baca juga Prestasi IPO Bagi Tahun 2019, Ada Yang Harganya Naik 115% Selepas Sehari. Lebih daripada 80% IPO yang disenaraikan ini naik dalam masa sehari.

Sekejap, ramai pembaca kami masih baru dalam dunia pelaburan saham patuh syariah. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku Malaysia Melabur Saham ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Menjadi Syarikat Tersenarai Awam Pertama Di Malaysia Meraih Skor ESG Tertinggi FTSE4Good

Kuala Lumpur– Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) menjadi syarikat tersenarai awam (PLC) pertama di Malaysia yang mencapai skor tertinggi 5.0 di bawah rangka kerja penilaian dan metodologi ESG FTSE4Good. Pencapaian ini meletakkan Bursa Malaysia dalam kalangan kumpulan terpilih syarikat dalam alam semesta FTSE4Good, yang menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia.

Pencapaian ini didorong terutamanya oleh prestasi cemerlang di bawah tema Perubahan Iklim dalam kriteria FTSE4Good. Ia adalah hasil daripada penambahbaikan pendedahan kemampanan Bursa Malaysia merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), khususnya pelaporan berkaitan iklim yang selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf seperti IFRS S2.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata:

“Sebagai Bursa nasional, kami percaya standard yang kami galakkan dalam pasaran perlu terlebih dahulu dicerminkan dalam amalan kami sendiri. Pencapaian skor tertinggi dalam penanda aras ESG yang diiktiraf di peringkat global seperti penilaian ESG FTSE4Good membuktikan kemajuan kami dalam memperkukuh amalan dan pendedahan ESG. Ini merupakan satu standard yang komited untuk kami kekalkan, dan ia turut mengukuhkan kepentingan pelaporan ESG dalam membantu pelabur memahami risiko, peluang serta pemacu penciptaan nilai jangka panjang.”

Selain operasi sendiri, Bursa Malaysia turut memperkukuh keperluan pelaporan kemampanan bagi syarikat tersenarai selaras dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional. Bursa Malaysia juga memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution bagi memudahkan pelaporan kemampanan dan pengurusan data ESG untuk syarikat tersenarai serta pembekal mereka.

Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif ini menyokong peningkatan kualiti dan kebolehbandingan pendedahan kemampanan dalam kalangan syarikat tersenarai.

Penanda aras FTSE4Good, yang diperkenalkan oleh FTSE Russell pada tahun 2001, merupakan antara penanda aras ESG yang paling lama bertapak dan paling diiktiraf di dunia. Dengan menilai lebih daripada 12,000 syarikat di seluruh dunia menggunakan metodologi yang telus dan berasaskan peraturan, FTSE4Good menjadi rujukan penting kepada pelabur institusi yang mencari syarikat dengan amalan ESG yang kukuh, di samping menggalakkan penambahbaikan berterusan dalam prestasi dan pendedahan kemampanan.