
Image by Mediamodifier from Pixabay
Panas juga isu ini apabila ada segelintir ejen yang memasarkan produk takaful sebagai salah sau instrumen pelaburan. Daripada kita melabur ke dalam unit trust, lebih baik melabur ke dalam produk takaful – pelaburan pun dapat, perlindungan pun dapat.
Jom kita kita baca perkongsian Tuan Afyan Mat Rawi, seorang perunding kewangan mengenai topik hangat ini.
Produk Dapat Kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)

“Produk takaful ini dah diluluskan oleh BNM. Takkan la BNM luluskan produk yang salah. Jadi, tak ada masalah pun nak promote takaful sebagai pelaburan”
Al-Jawab,
Ya, takaful memang diluluskan oleh BNM.
Kad kredit pun diluluskan oleh BNM Ramai orang yang bankrap disebabkan hutang kad kredit.
Produk hire purchase kereta pun diluluskan oleh BNM. Tapi kes bankrapsi terbesar dari kalangan orang muda, adalah daripada hutang kereta.
Jadi, ada tak hujah lain untuk justifikasi takaful pelaburan? Hujah tu tak berapa valid.
Produk diluluskan oleh Bank Negara Malaysia bukan bermaksud produk Itu bagus atau tak. Ejen takaful yang promote takaful untuk pelaburan sahaja yang gunakan hujah sebegitu rupa.
Setiap produk ada market target tersendiri. Bukan semua orang sesuai untuk produk takaful digunakan untuk pelaburan.
Ia bukan untuk majoriti orang. Berdasarkan statistik oleh Life Insurance Association Malaysia (LIAM), 90% pemegang polisi insurans adalah under insured yakni tak cukup coverage.
Produk takaful untuk pelaburan adalah untuk individu yang sudah mempunyai perlindungan takaful yang mencukupi. Maksudnya, dia sudah ada 10 tahun coverage dan medical card.
Jika anda orangnya, silakan langgan polisi takaful untuk tujuan pelaburan.
Untuk majoriti orang, terutama dari kalangan M40 dan B40, takaful adalah untuk perlindungan BUKAN untuk pelaburan. Malah BNM juga sudah menegaskan bahawa takaful dan insurans BUKAN untuk pelaburan.
Istilah yang tepat adalah NILAI TUNAI atau CASH VALUE, bukannya simpanan. Fungsinya adalah untuk menstabilkan kadar caruman apabila kos tabarruk meningkat dalam polisi takaful.
Produk takaful untuk pelaburan selalunya digunakan untuk pelaburan ejen, tak semestinya untuk pelanggan.
Sumber: FB Afyan Mat Rawi
Nak tahu lebih lanjut berkenaan perlindungan dan pelaburan ini, boleh belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang.

Kredit Gambar: Facebook Bank Negara Malaysia
Jemput baca juga:












