7 Jenis Emosi Yang Mempengaruhi Pelabur Di Dalam Pasaran Saham

Sebagai seorang manusia yang normal, kita mempunyai emosi yang seiring dengan kehidupan kita. Emosi kita memainkan peranan yang sangat penting di dalam tingkah laku kita setiap hari.

Betapa pentingnya kita sebagai manusia yang waras dapat mengawal emosi supaya kita tidak bertindak melulu dan menyesal di kemudian hari. Disebabkan inilah, akan lahir keputusan yang kita lakukan setiap hari bergantung kepada keadaan emosi kita.

Di dalam pelaburan saham juga begitu, kita tidak boleh lari daripada emosi yang boleh menggangu fikiran kita ketika membuat pelaburan. Jom kita tengok beberapa jenis emosi yang booleh mempengaruhi kita dalam membuat keputusan dalam bidang pelaburan.

1. Loss-Aversion Bias

Emosi ini mengangu para pelabur ketika para pelabur sayang untuk melepaskan pegangan sesebuah saham yang mana bagi mereka saham tersebut akan kembali rebound dan membuat keuntungan pada masa akan datang.

Ianya berlaku kepada kebanyakan pelabur terutamanya pelabur yang baru kerana mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah rugi di dalam pasaram saham.

Juga dikenali sebagai ‘teknik harapan’.

2. Bandwagon Effect

Image by Shutterbug75 from Pixabay

Emosi ini sering mengagngu pelabur baru yang tidak mempunyai ilmu yang kukuh. Situasi ini berlaku apabila pelabur baru yang mendapat berita tentang sesuatu saham bakal akan naik pada waktu terdekat.

Mereka yang tanpa usul periksa terus mengikut tindakan orang ramai yang membeli saham tersebut dengan harapan tidak tertinggal daripada membuat keuntungan dalam pasaran saham. Tindakan mengikut orang ramai ini akan memakan diri sekiranya tidak mengkaji sesuatu saham dengan terperinci.

Akhirnya, kita pun terbeli di ‘puncak bahagia’.

3. Confirmation Bias

Sitausi ini berlaku apabila kita mengambil pendapat seseorang itu yang hampir sama dengan pendapat kita sendiri. Sebagai contoh jika remisier mengatakan saham A akan naik dalam tempoh yang terdekat, kita akan bersetuju dengan pendapat mengatakan saham A akan naik kerana sebelum ini kita memang yakin bahawa saham A akan naik.

Pendapat yang sama dengan kita tidak membuktikan diri kita ini benar.

4. Overconfidence Bias

Situasi ini berlaku apabila seseorang terlalu yakin bahawa dirinya lebih bijak daripada orang lain. Di dalam pelaburan saham sebagai contoh, jika kita merupakan pekerja di dalam syarikat automotif, kita mempunyai keyakinan yang tinggi dengan sektor automotif dan kita yakin bahawa ianya mempunyai kelebihan yang lebih.

Pemahaman yang begini adalah salah kerana ilmu mengenai automtif tidak ada kaitan dengan saham syarikat automotif, kerana ianya lebih berkait rapat dengan sentimen dan catalyst para pelabur pada ketika itu.

5. Gamblers’ Fallacy

Photo by Pixabay from Pexels

Situasi ini berlaku apabila sesuatu yang kerap berlaku dan kita mengambil keputusan untuk memilih perkara yang jarang berlaku. Sebagai contoh, sekiranya membaling duit syiling sebanyak sepuluh kali, lapan kali ianya menunjukkan gambar kepala, tetapi kita lebih cendrung untuk memilih gambar ekor.

Di dalam saham, apabila market sedang dalam keadaan menaik dan sedang membuat uptrend, kita memilih untuk mengambil pendekatan membuat short selling kerana menjangkakan market akan turun tak lama lagi.

Sedangkan pepatah lain ada menyebut, “Trend is your friend until it bends”, mengapa kita perlu melawan arus?

6. Status-Quo Bias

Manusia suka memilih syarikat yang terkenal terutamanya jika syarikat itu kita dah kenal sejak daripada kecil lagi. Tidak salah untuk memilih syarikat yang terkenal sebagai syarikat yang baik untuk melabur, tetapi kita perlu mengkaji kedudukan kewangan syarikat tersebut terlebih dahulu.

Syarikat yang terkenal bukan bermaskud syarikat tersebut mempunyai potensi yang tinggi. Sebaliknya buatlah kajian Analisa Fundamental untuk mengkaji syarikat dengan lebih mendalam.

7. Risk-Averse Bias

Image by Public Co from Pixabay

Ianya merupakan emosi takut untuk mengambil risiko di dalam pasaran saham walaupun risiko tersebut bakal menjadikannya kaya sekiranya berjaya. Ini disebabkan beliau lebih fokus kepada berita buruk berbanding dengan berita baik.

Pelabur yang mengalami masalah ini kebiasanya akan berasa lebih perit sekiranya kehilangan jumlah wang pelaburan berbanding dengan keuntungan dengan jumlah yang sama.

Sebagai contoh, keuntungan RM100 dirasa seperti tiada apa-apa, tetapi jka rugi RM100 ianya jumlah yang sangat besar.

Sumber Rujukan: https://www.investopedia.com

Sebab itulah kita Wajib Ada Trading Plan Sebelum Membeli Apa-Apa Saham. Tahu nak beli pada harga apa (Entry Price), tahu nak jual pada harga apa bila dah untung (Target Price), tahu nak jual pada harga apa bila dah rugi (Cut Loss).

First Time Nak Beli Saham? Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

jenis-jenis pelabur saham

Kami faham, pembaca yang beginner dan baru buka akaun CDS mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita ikut?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.