7 Pengajaran Yang Kita Boleh Ambil Daripada Colonel Sanders, Pengasas KFC

Memang sedap makan ayam Kentucky Fried Chicken (KFC) sehingga menjilat jai, tapi pernahkah kita terfikir siapa di sebalik KFC ini? Colonel Sanders terkenal dengan rupa seorang lelaki tua yang berjambang yang menjadi imej bagi KFC memperkenalkan makanannya.

Tahukah anda, Colonel Sanders yang merupakan pengasas KFC ini telah ditolak sebanyak 1,009 kali dalam usaha beliau mencari pekerjaan sebelum akhirnya berjaya dengan KFC ini?

Lebih mengagumkan lagi apabila beliau gagal dalam setiap pekerjaan yang pernah dicuba dalam hidupnya. Daripada peguam, jurujual dan lain-lain lagi, semuanya menemui kegagalan.

Colonel Sanders berkahwin pada usia 19 tahun dengan isterinya, Josephine dan mempunyai tiga orang anak. Perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian kerana Colonel Sanders yang curang dengan isterinya. Boleh kita katakan bahawa beliau tidak mempunyai kehidupan yang baik.

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang telah berlaku. Colonel Sandes sendiri berfikir bagaimana untuk mengubah nasibnya biar pun pada ketika itu beliau telah berusia 70 tahun.

Namun siapa sangka, pada usia yang tua, beliau akhirnya berjaya bersama KFC.

Kisah Colonel Sanders ini sangat memberi inspirasi dan mempunyai potensi membina harapan bagi kita semua. Kejayaan akan datang tidak mengira masa, sama ada kita berumur 20 tahun atau 70 tahun.

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh anda ambil iktibar daripada kisah pengasas KFC ini. Jom kita hayati bersama-sama.

1. Mengalah Membawa Kepada Kegagalan

Image by Marta Kulesza from Pixabay

Kita mungkin sering gagal dalam kehidupan, tetapi kisah Colonel Sanders ini membuktikan sebaliknya. Mengalah atau berputus asa adalah satu-satunya cara yang pasti untuk berakhir dengan kegagalan.

Jika kita mempunyai semangat yang tinggi, tidak kira berapa kali pun kita gagal, kejayaan akan menjadi milik kita tak lama lagi.

2. Kejayaan Bukan Terletak Pada Usia

Pada usia 65 tahun, orang akan menyerah kalah dalam kehidupan mahu pun kerjaya. Apa juga yang berhenti berfikir mereka boleh berjaya dalam usia 30-an.

Walau bagaimanapun, Colonel Sanders terus berusaha dan memikirkan sesuatu. Sehinggalah akhirnya beliau telah menghasilkan resepi ayam goreng terbaik dan menjadi pengasas KFC.

Oleh itu, usia bukan penghalang sesiapa untuk berjaya.

3. Tidak Pernah Terlambat Untuk Bermula

Mungkin kelihatan jelas kepada kita bahawa memasak adalah kepakaran Colonel Sanders. Beliau sendiri tidak menemui semangat ini sehinggalah pada tahap akhir usianya.

Beliau menjalani karier yang berbeza, gagal dan kemudian bermula lagi sekali sehinggalah berjaya.

Apabila kita cuba untuk berjaya dalam pelbagai perkara yang berbeza, ia boleh menjadi sangat memenatkan. Permulaan adalah bahagian yang paling sukar.

Bagi Colonel Sanders, beliau tidak pernah terlewat walaupun pada usia 75 tahun.

4. Buat Apa Yang Disukai

Image by Pexels from Pixabay

Ayah Colonel Sanders meninggal dunia ketika beliau baru berusia 7 tahun. Akhirnya dia terpaksa menjaga adik beradiknya ketika ibunya keluar untuk bekerja.

Sementara itu, Sanders mengambil kesempatan untuk membina kemahiran memasak. Beliau dikatakan mahir memasak dengan bahan seperti roti dan sayur-sayuran. Kemudian kemahirannya bertambah baik dengan daging.

Dengan pengalaman tersebut, beliau menggunakan kemahiran tersendiri dalam membangunkan KFC.

5. Nampak Peluang

Kita perlu melihat peluang dan ruang yang ada. Peluang ini biasanya datang jarang-jarang dalam kehidupan kita.

Seperti Colonel Sanders, beliau menyedari bahawa resepi ayam gorengnya akan menjadi terkenal, maka terus capai peluang tersebut.

6. Jangan Takut Mencuba Sesuatu Yang Baru

Resipi ayam goreng Colonel Sanders adalah resepi yang sangat unik pada masa itu. Oleh itu, beliau terus membuat perniagaan daripada resepi ayamnya itu.

Siapa sangka, ia benar-benar berjaya sehingga terkenal di seluruh dunia.

7. Usaha Gigih Mendapat Hasil Luar Biasa

Photo by Mateusz Dach from Pexels

Colonel Sanders menjalani kehidupan yang sukar. Beliau terpaksa membuat beratus-ratus pekerjaan sebelum menubuhkan KFC pada tahun 1952. Beliau bekerja dalam pelbagai industri tetapi sering dibuang kerja.

Namun, beliau tidak pernah membiarkan dirinya dihukum oleh nasib dan tidak pernah berputus asa.

Sumber RujukanWealthy Gorilla

Kalau nak tahu, di Malaysia, KFC dimiliki oleh QSR Brands yang juga pemilik Pizza Hut.

Di arena antarabangsa pula, KFC adalah dimiliki oleh Yum! Brands dan ianya disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat.

Sumber: Trading View

Harga saham jatuh teruk pada bulan Mac yang lalu, berikutan ‘lockdown’ yang diadakan di seluruh duniaa. Namun perlahan-lahan harga saham naik semula dan hampir kembali ke paras asal.

Sayangnya, saham Yum Brands ini adalah tak patuh Syariah mengikut saringan Islamicly.

Kredit: Islamicly

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.