7 Saham Kenderaan Elektrik Dan Bateri Yang Boleh Diperhatikan

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara 2021 United Nations Climate Change Conference di Glasgow, Scotland. Salah satu agenda utama adalah untuk meningkatkan lagi penggunaan kenderaan elektrik yang mesra alam.

Sudah pasti kesannya adalah positif kepada industri kenderaan elektrik di seluruh dunia.

Jom kita tengok 7 saham syarikat yang berkaitan dengan kenderaan elektrik dan bateri yang boleh diperhatikan.

1. Tesla Inc. (TSLA)

Carta :

Siapa yang tak kenal dengan syarikat Tesla milik Elon Musk ini? Ianya merupakan syarikat kenderaan elektrik yang paling popular dan terbesar di seluruh dunia.

Kalau nak tahu, harga saham Tesla dah naik 73% pada tahun 2021 ini. Kenaikan harga saham ini menyaksikan Tesla kini bernilai lebih daripada USD1 trilion dan Elon Musk pula bernilai hampir USD300 bilion.

2. Nio Inc. (NIO)

Carta :

Syarikat kenderaan elektrik yang berasal dari China ini semakin berkembang maju. Mereka telah menjual sebanyak 21,900 kenderaan pada suku kedua tahun 2021, lebih daripada dua kali ganda bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bateri elektrik merupakan komponen termahal bagi kenderaan elektrik, tetapi Nio telah menjumpai cara untuk mengatasinya. Iaitu dengan menyediakan bateri sebagai perkhidmatan. Dengan melanggan perkhidmatan bateri, Nio telah berjaya mengurangkan kos untuk keretanya dan pelanggan mereka pasti akan kembali kepada mereka.

Harga saham Nio telah turun sebanyak 13% bagi tahun 2021 ini.

3. ChargePoint Holdings Inc. (CHPT)

Carta :

Bateri berkurangan adalah masalah baru bagi kenderaan elektrik, sama seperti kekurangan minyak bagi kenderaan biasa. ChargePoint menyediakan tempat khusus untuk mengecas kenderaan elektrik dan menyaksikan pendapatan syarikat semakin meningkat apabila semakin ramai orang beralih ke kenderaan elektrik.

Harga saham ChargePoint menurun sebanyak 32% bagi tahun ini.

4. Contemporary Amperex Technology Co. Ltd. (300750.SZ)

Carta :

Syarikat Contemporary Amperex Technology ini disenaraikan di pasaran saham Shenzhen di China dan harga sahamnya telah naik 87% sepanjang tahun ini.

Mereka menghasilkan bateri bagi kenderaan elektrik, di antaranya Tesla. Mereka juga giat menghasilkan bateri yang lebih berkuasa dan lebih murah untuk pasaran dunia.

5. Lithium Americas Corp. (LAC)

Carta :

Hari ini, bateri lithium-ion merupakan teknologi utama yang digunakan bagi kebanyakan kenderaan elektrik. Katanya permintaan bagi bateri ini adalah 80% daripada semua kenderaan elektrik yang ada menjelang tahun 2030.

Harga saham Lithium Americas Corp. telah naik 141% bagi tahun 2021.

6. Ganfeng Lithium Co. Ltd. (GNENF)

Carta :

Ganfeng merupakan di antara top 3 pengeluar lithium terbesar dunia dan merupakan pengeluar terbesar di China. Syarikat ini adalah unik kerana mereka terlibat dalam aktiviti perlombongan, penapisan dan penghasilan bateri.

Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham Hong Kong ini telah melihat harga sahamnya meningkat 48% sepanjang tahun ini.

7. Panasonic Corp. (PCRFY)

Carta :

Bateri merupakan 29% daripada kos keseluruhan sesebuah kenderaan elektrik, maka mengurangkan kos bateri adalah penting bagi membangunkan industri kenderaan elektrik ini.

Panasonic dan Tesla sedang bekerjasama bagi menghasilkan bateri yang boleh simpan tenang yang lebih banyak dan proses penghasilan yang lebih mudah, kedua-duanya penting dalam mengurangkan kos bateri.

Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham Tokyo ini telah menyaksikan harga sahamnya naik 14% tahun ini.

Kredit: US News

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Southern Cable Peroleh Kontrak Tambahan RM403.6 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR: Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd terus mengukuhkan aliran tempahan bagi menyokong pengembangan infrastruktur tenaga Malaysia selepas memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat dalam satu kenyataan berkata kontrak yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Southern Cable Sdn Bhd itu merangkumi bekalan kabel kuasa bawah tanah dan pengalir kepada Bahagian Rangkaian Pengagihan TNB.

Perjanjian berkenaan merupakan pelaksanaan opsyen tambahan di bawah kontrak asal yang diberikan pada Februari 2025, sekali gus melanjutkan tempoh bekalan selama satu tahun tambahan bermula Ogos 2026 hingga Ogos 2027.

Dengan kontrak baharu itu, jumlah tempahan dalam tangan kumpulan meningkat melebihi RM1 bilion, sekali gus memberi visibiliti pendapatan yang jelas sehingga 2027.

Pengarah Urusan Southern Cable Group Bhd, Tung Eng Hai berkata kontrak tambahan itu mencerminkan permintaan berterusan terhadap kabel kuasa serta mengesahkan keupayaan teknikal syarikat dalam memenuhi piawaian kebolehpercayaan ketat untuk grid nasional.

Beliau berkata sektor tenaga Malaysia terus mencatat pertumbuhan kukuh dipacu integrasi tenaga boleh baharu, perkembangan pesat pusat data serta pembangunan industri.

“Walaupun kami mengekalkan penghantaran konsisten bagi tempahan sedia ada, kami terus memperluas kapasiti dan portfolio produk untuk merebut peluang pertumbuhan,” katanya.

Southern Cable berkata prospek pertumbuhan jangka panjang syarikat disokong oleh inisiatif pengembangan, termasuk pengukuhan peranannya dalam pembangunan infrastruktur tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sejak 2025, kumpulan itu telah memperoleh kontrak dengan TNB berjumlah lebih RM900 juta.

Selain itu, syarikat itu baru-baru ini memperoleh pensijilan produk bagi kabel penghantaran bawah tanah berkapasiti tinggi dengan saiz konduktor sehingga 1,600 milimeter persegi, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk menyokong pembangunan grid masa depan.

Bagi menyokong tempahan jangka panjang, rancangan penambahan kapasiti sebanyak 5,000 kilometer menjelang akhir 2026 dijangka memperkukuh keupayaan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.