Jam Tangan Switzerland, Adakah Mereka Mampu Bersaing Dengan Jam Tangan Pintar Dari Apple?

Jam merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada manusia pada awal abad ke-20. Pada ketika itu hanya Switzerland sahaja negara yang paling kehadapan dalam menyediakan jam untuk kegunaan melihat masa.

Ketika perang dunia pertama berlaku, jam tangan merupakan jam yang sangat popular yang dipakai oleh askar yang terlibat di dalam pertempuran tersebut.

Sejarah Perkembangan Jam Tangan Pada Abad Ke-20

Selepas era perang pertama berakhir, syarikat Switzerland telah berjaya mendominasi pembuatan jam tangan yang dipakai oleh orang ramai.

Pada ketika itu Switzerland menjadi satu-satunya negara yang mengeluarkan jam tangan dan mengeksport ke seluruh dunia.

Jam tangan pada ketika itu tidak seperti yang berada di pasaran kerana semua jam terbabit dikuasai dengan mechanical movement yang memerlukan penelitian sangat tinggi untuk menghasilkan sebuah jam tangan buatan tangan.

Kredit Gambar: Safari Wallpaper

Dominasi yang dipegang oleh syarikat pengeluar jam tangan dari Switzerland tidak bertahan lama apabila Seiko, iaitu sebuah syarikat pembuat jam tangan yang terkenal dari Jepun telah berjaya mengeluarkan teknologi baru yang dikenali sebagai quartz.

Dalam bahasa mudah, teknologi quartz ini dikuasakan dengan bantuan bateri. Ia merupakan satu revolusi yang sangat penting dalam sejarah industri pembuatan jam tangan pada era tersebut.

Kesan wujudnya teknologi quartz ini menyebabkan industri jam tangan Switzerland mengalami bala bencana yang sangat besar kepada negara tersebut. Lebih 50% syarikat pembuat jam tangan Switzerland terpaksa menutup operasi mereka akibat tidak mampu untuk bersaing dengan teknologi quartz.

Antara kehebatan teknologi quartz yang tidak dimililki oleh jam mekanikal adalah jam yang menggunakan teknologi ini sangat murah untuk dihasilkan dan dari segi ketepatan masa, jam teknologi quartz sangat tepat.

Sebagai contoh, jika jam itu menggunakan mechanical movement, waktu yang ditunjukkan tidak tepat iaitu akan lambat atau cepat beberapa minit dalam sehari berbanding teknologi quartz yang mungkin akan lari dalam jeda saat sahaja.

Ketepatan waktu merupakan perkara yang sangat penting dalam sesebuah jam. Disebabkan wujudnya teknologi quartz ini, ia telah mengancam pasaran jam Switzerland dan mereka terpaksa mewujudkan teknologi yang hampir sama dengan quartz dan akhirnya pada tahun 1983, sebuah syarikat yang dinamakan Swatch telah diwujudkan.

Ia merupakan satu-satunya syarikat pembuatan jam tangan dari Switzerland yang menggunakan teknologi quartz pada permulaan penubuhannya.

Switzerland Mengatur Langkah Untuk Bersaing Dengan Pengeluar Jepun

Ia diwujudkan untuk bersaing dengan syarikat jam dari Jepun yang telah mendominasi dunia dalam  pasaran quartz.

Swatch turut membeli beberapa jenama yang terkenal di Switzerland dan digabungkan dibawah payung syarikat ini. Dalam masa yang singkat sahaja Swatch telah menjadi syarikat jam tangan yang terbesar di Swiss.

Tindakan yang dilakukan oleh Swatch ini telah menampakkan hasil pada era 1990-an dimana produk yang dikeluarkan Swatch dapat diterima oleh orang ramai. Produk jam quartz yang lebih funky menyebabkan ramai pengguna Swatch terdiri dari golongan remaja.

Secara keseluruhan, syarikat Switzerland telah berjaya bersaing dengan syarikat dari Jepun dalam menghasilkan jam berteknologi quartz. 

Persaingan Dari Jam Tangan Digital

Kini, industri Switzerland berdepan dengan persaingan baru dari syarikat teknologi terkemuka dunia iaitu Apple. Apple sememangnya terkenal dalam menghasilkan telefon pintar yang telah menghancurkan dominasi Nokia sebelum ini sebagai pengeluar telefon terbesar dunia satu ketika dahulu.

Kredit Gambar: Mac Rumors 

Apple turut mengeluarkan jam tangan pintar pada tahun 2015 yang mana dari tahun ke tahun sambutan terhadap jam tangan pintar Apple itu mendapat sambutan yang luar biasa. Apple watch  telah mempunyai sebanyak 100 juta pengguna pada tahun lepas. Jualan jam tangan pintar keluaran Apple telah menyumbang kepada pendapatan sebanyak $30 bilion kepada syarikat tersebut pada tahun 2019.

Sebagai perbandingan, industri jam tangan Switzerland pada tahun lepas hanya menyumbang kepada $15 bilion. Ramai yang mula memerhati bahawa Apple bakal membunuh dominasi pasaran yang dipegang oleh Switzerland pada masa akan datang disebabkan syarikat itu dapat menguasai pasaran dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun ada pihak mengatakan bahawa Apple tidak mampu memecah tembok penguasaan kategori jam mewah yang dipegang oleh Switzerland. Ini disebabkan, tidak semua pengguna meminati jam yang dibawa oleh Apple ini. Sebahagian jam buatan tangan yang terdapat di Switzerland mempunyai sesuatu yang sangat unik. Paling utama adalah untuk melambangkan status kepada pemakai.

Kredit Gambar: Luxury Launches 

Status dalam sosial ekonomi boleh ditunjukkan melalui jam yang dipakai. Semakin mahal jam yang dipakai, semakin tinggi status seseorang dimata masyarakat. Selain itu juga, jam buatan tangan dari Switzerland boleh dibuat pelaburan kerana sesetengah syarikat seperti Patek Philippe menghasilkan jam untuk generasi yang akan datang dengan harga yang semakin tinggi setiap tahun terutamanya melibatkan special edition seperti Grandmaster Chime.

Jadi sukar untuk mengatakan bahawa jam tangan Switzerland akan terkubur jika sebaghagian kecil pengguna berminat untuk barangan limited edition dan jam yang penuh seni. Apple mungkin sahaja mengambil pasaran dibahagian yang bukan dikategorikan mewah sahaja.

Sumber Rujukan:

Slide Bean

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.