Analisis Fundamental: Malaysian Pacific Industries Berhad (MPI), Peneraju Sektor Teknologi

Tahun 2021 merupakan tahun di mana dunia mengalami kekurangan bekalan dalam cip berteknologi tinggi dan produk-produk lain dalam industri semikonduktor. Hal ini telah menyebabkan banyak industri yang bergantung pada produk cip berteknologi tinggi turut terkesan. Antaranya ialah industri Automotif.

Oleh itu, syarikat teknologi mendapat manfaat besar dengan kekurangan cip dalam dunia. Malaysia berada dalam posisi yang strategik kerana berada dalam rantaian pembekalan cip terpenting di dunia.

Malaysian Pacific Industries Berhad (MPI) merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam setiap segmen semikonduktor. Dua bahagian bisnes MPI adalah produk jenama yang terkenal dalam industri semikonduktor iaitu Carsem dan Dynacraft. MPI beroperasi di Ipoh, Bayan Lepas dan juga Suzhou, China.

Kekuatan Perniagaan Dalam Industri Semikonduktor

MPI mempunyai produk yang pelbagai dalam test and assembly menjadikan mereka dalam kalangan enam subkontraktor semikonduktor terbesar dalam dunia. MPI mengeluarkan lebih 100 juta unit seminggu dan 65% produk yang dikeluarkan adalah diuji sepenuhnya (fully tested).

Pertumbuhan dalam jualan dan keuntungan yang konsisten menjadikan MPI satu gergasi yang stabil dengan keunikan tersendiri.

Mari kita kaji MPI dengan kaedah CANSLIM.

1. Current Earnings (C)

Sumber : Malaysiastockbiz

Pendapatan suku tahunan mengalami sedikit kejatuhan pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ekonomi ditutup secara penuh. Suku tahun seterusnya MPI kembali mencatatkan keuntungan yang baik dan terus konsisten pada suku tahun seterusnya.

Apa yang menarik, keuntungan MPI meningkat secara konsisten begitu juga profit margin. Ini menunjukkan pengurusan kewangan yang sangat baik oleh pengurusan MPI.

Walaupun kerajaan mengenakan had 60% tenaga kerja sepanjang tempoh kawalan pergerakan, MPI tetap berjaya untuk mencatatkan pertumbuhan yang baik.

2. Annual Earnings (A)

Sumber : Malaysiastockbiz

Begitu juga pendapatan tahunan MPI. Peningkatan pendapatan tahunan yang ketara dapat dilihat dalam carta di atas. Keuntungan bersih juga melihat corak uptrend yang baik. Ini menunjukkan MPI mempunyai bisnes yang stabil.

3. News (N)

Melihat perkembangan industri semikonduktor sekarang, syarikat seperti MPI ini mempunyai kelebihan kerana permintaan pada produk semikonduktor yang sangat tinggi.

Bank negara dalam laporan suku tahunan ada menyebut banyak syarikat semikonduktor sedang membuat pelaburan secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan semasa dan menjangkakan permintaan produk semikonduktor kekal tinggi untuk 2 hingga 3 tahun akan datang.

4. Supply (S)

Kenanga Research dapat laporan terkini tentang MPI ada menyatakan bahawa MPI mendapat permintaan yang tinggi pada power management cip untuk data centre pelanggan.

Banyak data centre memerlukan penambahan dan naik taraf kerana peningkatan bandwidth.

Sumber : Malaysiastockbiz

Disebabkan supply saham MPI yang sedikit iaitu 209.88 juta sahaja, hal ini telah menyebabkan harga saham MPI senang untuk naik disokong dengan pengurusan kewangan yang baik.

Sumber : Malaysiastockbiz

5. Leader (L)

MPI kini menghampiri market capitalization RM10 bilion menjadikan MPI sebagai Leader dalam industri teknologi. Oleh itu, MPI menjadi indikator utama dalam menentukan arah tuju indeks teknologi di Bursa Malaysia.

6. Institutional (I)

Untuk melihat syarikat yang mempunyai asas yang kukuh, kita boleh melihat dana-dana yang diuruskan oleh institusi berada dalam saham tersebut. Sebagai contoh MPI, mempunyai banyak dana-dana institusi dalam dan luar negara. 

Sumber: BursaMarketPlace

Dana seperti Employee Provident Fund (EPF), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan The Vanguard Group Inc. berada dalam MPI menjadikannya salah satu saham yang bagus untuk pelaburan jangka panjang.

7. Market Direction (M)

Dunia sedang mengalami fasa pendigitalan yang pesat. Oleh itu, market direction untuk sektor teknologi berada dalam posisi yang baik. 

Biasanya mentaliti pelabur runcit tidak melihat pada kekuatan syarikat dan mengabaikan saham yang mahal. Untuk pengetahuan semua, MPI telah mencatatkan peningkatan hampir 400% sejak COVID-19 melanda dunia.

Oleh itu, kajian dalam fundamental sangat penting untuk pelaburan jangka panjang.

Baca juga :

  1. Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
  2. Ambil Tahu 3 Perkara Ini Tentang Syarikat Inari

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.