Apa Itu Backtesting Dalam Saham?

Menurut kamus online Wikipedia, istilah ‘Backtesting’ digunakan dalam pengujian semula data terdahulu (sejarah). Backtesting ini termasuk dalam kategori retrodiction (perkara yang boleh diramal). Dalam bahasa mudah faham, backtesting adalah uji semula.

Backtesting membolehkan pelabur melakukan simulasi strategi pelaburan menggunakan data yang terdahulu untuk menghasilkan dan menganalisis risiko serta keuntungan sebelum meletakkan sebarang modal pelaburan.

Backtesting ini juga boleh disesuaikan dalam setiap strategi pelaburan, teknik trading dan model pengurusan risiko,

Pengurus dan penganalisa sering menggunakan backtesting sebagai kaedah untuk menguji dan membandingkan pelbagai teknik pelaburan tanpa meletakkan wang sebenar. Sekiranya strategi yang digunakan pada masa lalu adalah lemah, maka strategi berkenaan mungkin tidak memberi prestasi yang baik di masa hadapan (dan sebaliknya).

Terdapat dua komponen utama yang dilihat semasa membuat backtesting adalah keuntungan keseluruhan dan tahap risiko yang diambil.

Backtesting menilai daya kekuatan strategi pelaburan atau harga dengan menggunakan data yang terdahulu dilaksanakan secara pertimbangan pada situasi lalu.

Secara teorinya, apa jua cara, teknik, strategi atau kaedah yang berjaya pada masa lalu, ianya akan cenderung untuk berjaya di masa akan datang.

Backtesting vs Scenario Analysis

Backtesting adalah menguji data sejarah supaya ianya bersesuaian pada masa akan datang. Manakala scenario analisis menggunakan data hipotesis yang disimulasikan daripada pelbagai hasil yang berbeza.

Sebagai contoh, analisis senario disimulasikan dengan perubahan khusus pada nilai sekuriti portfolio, seperti perubahan pada kadar faedah.

Analisis senario ini biasanya digunakan untuk menjangka perubahan pada nilai portfolio sebagai tindak balas terhadap peristiwa yang tidak menguntungkan atau boleh juga digunakan dalam mencari ‘worst-case scenario’.

Apakah Data Atau Teknik Yang Digunakan Dalam Backtesting?

Photo by Markus Spiske from Pexels

Terlalu banyak data, maklum balas, statistik  dan strategi yang boleh digunakan dalam membuat pengujian ini. Ini beberapa statistik backtesting yang sering diuji:

Daripada sudut Fundamental syarikat:

  • Net profit or loss: peratusan untung rugi
  • Volatility measures: peratusan maksima dalam naik turun
  • Averages: peratusan – average keuntungan dan kerugian
  • Exposure: peratusan modal pelaburan yang dilabur ke dalam pasaran market
  • Ratios: nisbah keuntungan berbanding kerugian
  • Annualized return: peratusan keuntungan tahunan

Daripada sudut Teknikal syarikat:

  • Time frame: jangka masa yang berbeza
  • Indikator : RSI, Support and resistance, MACD,
  • Risk and reward: berapa besar risiko dan pulangan
  • Trend : menaik atau menurun

7 Peraturan Dalam Melakukan Backtesting

Disebabkan terlalu banyak yang boleh diuji dalam melakukan backtesting, maka banyak juga faktor yang perlu diberi perhatian ketika pelabur melakukan backtesting:

  1. Perhatikan time frame (jangka masa) trend pasaran yang lebih luas dalam menguji sesuatu teknik. Sebagai contoh, jika teknik tersebut hanya diuji pada tahun 2018-2019, berkemungkinan teknik tersebut tidak akan berjaya sekiranya pasaran saham berada dalam keadaan menurun.
  1. Perhatikan pada sektor yang betul, hadkan kepada beberapa sektor saja sebagai permulaan. Sebagai contoh, jika membuat backtesting kepada SYARIKAT teknologi, berkemungkinan akan berbeza dengan SEKTOR semiconductor.
  1. Mengukur volatility saham adalah penting untuk dipertimbangkan. Ini penting bagi mereka yang membuat leveraged akaun (membeli saham sekiranya ekuiti jatuh)
  1. Statistik average-untung/rugi, digabungkan dengan nisbah win-to-loss, dapat digunakan  untuk menentukan ukuran pegangan dan pengurusan wang yang optimum dengan menggunakan teknik seperti Kelly Criterion.
  1. Cakna kepada pulangan tahunan yang akan digunakan sebagai penanda aras pulangan berbanding melabur di dalam pelaburan yang lain.
  1. Penyesuaian backtesting mengikut cara sendiri adalah sangat penting. Ini kerana cara, emosi dan tahap kewangan setiap pelabur adalah berbeza. Mungkin ada yang trade harian, mungkin ada yang nak simpan lama dan mengaut keuntungan dividen.
  1. Backtesting bukanlah kaedah yang paling tepat untuk mengukur keberkesanan teknik pelaburan. Kadangkala strategi yang ditunjukkan adalah bagus pada masa lalu dan gagal pada masa akan datang. Ini kerana perubahan dan peredaran zaman.

Siapa Yang Sepatutnya Membuat Backtesting?

Photo by energepic.com from Pexels

Pada kebiasaanya, backtesting diuji oleh pelabur-pelabur institusi dan pengurus dana. Ini kerana data yang digunakan dalam melakukan backtesting adalah sangat mahal untuk mendapatkannya dan model data yang kompleks untuk dikira.

Tambahan mereka melabur menggunakan modal besar yang menjadi asbab untuk melakukan pengujian semula tahap risiko.

Namun begitu, sesiapa sahaja boleh melakukan backtesting ini mengunakan data sendiri, seperti backtesting kepada timeframe (jangka masa), teknik, fundamental syarikat dan banyak lagi.

Kita sebagai pelabur runcit pun boleh melakukannya sendiri sehingga menjumpai formula yang boleh mendatangkan keuntungan dalam kebanyakan senario yang berlaku.

Kesimpulannya, setiap pelaburan yang di lakukan sering diiringi dengan risiko. Sekiranya teknik dan strategi A tidak berjaya, berpindahlah kepada strategi B, dan seterusnya. Sekiranya berjaya, ulangi semula.

Dengan melakukan backtesting sebanyak yang boleh kepada setiap teknik dan strategi, risiko tersilap teknik ini dapat dikurangkan dan dikawal dengan sebaik mungkin.

Sumber Rujukan:

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian