Apa Itu Special Purpose Acquisition Company (SPAC)?

Pada 13 April yang lalu, syarikat yang terkenal dengan servis e-hailing, Grab Holdings Inc. telah membuat satu pengumuman untuk melakukan penyenaraian awam di Amerika Syarikat.

Penyenaraian Grab dikatakan bakal menjadi yang terbesar dalam sejarah bagi syarikat berasal dari Asia Tenggara dengan anggaran nilai USD40 bilion. Keputusan penyenaraian tersebut dibuat dengan penggabungan bersama Altimeter Growth Corp., sebuah syarikat SPAC yang tersenarai di NASDAQ.

Special Purpose Acquisition Company atau lebih dikenali sebagai SPAC telah menjadi satu trend pelaburan dan mendapat sambutan yang tinggi. SPAC merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham, namun syarikat tersebut tidak memiliki sebarang perniagaan atau aset.

Sebaliknya, SPAC akan meraih dana sewaktu IPO mereka dilancarkan dengan tujuan mengambil alih mana-mana syarikat pada masa akan datang.

Harga saham SPAC pula pada kebiasaannya didagangkan pada USD10 tanpa sebarang penilaian sewaktu IPO, berbanding harga saham syarikat lain yang dinilai berdasarkan perniagaan mereka.

Oleh itu, pelaburan dalam IPO SPAC adalah berisiko tinggi sekiranya syarikat tersebut tidak mendedahkan pelan perniagaan mereka kepada pelabur kerana pelabur tidak akan tahu syarikat apa yang bakal diambil alih pada masa akan datang.

SPAC bertindak seperti shell company yang tidak mempunyai sebarang perniagaan sebelum mereka mengambil alih syarikat lain. Mereka diberi tempoh oleh Securities Commission untuk menyempurnakan sebarang pengambilalihan syarikat dalam masa dua tahun atau wang yang diraih perlu dikembalikan semula kepada pelabur.

Bagi syarikat yang memilih untuk bergabung dengan SPAC, keputusan tersebut turut memberi beberapa kelebihan dari penyenaraian IPO mereka sendiri.

Melalui SPAC, proses penyenaraian tersebut mengambil masa jauh lebih singkat sekitar dua hingga tiga bulan berbanding penyenaraian sendiri yang boleh mengambil masa lebih setahun.

Selain daripada itu, melalui penggabungan bersama SPAC, syarikat juga dapat menjimatkan kos penyenaraian kerana SPAC bakal menanggung hampir semua kos berbanding penyenaraian sendiri yang memerlukan syarikat menanggung semua kos penyenaraian.

Secara ringkasnya, SPAC adalah salah satu cara bagi syarikat untuk membuat penyenaraian selain melalui IPO mereka sendiri.

Oleh kerana pergerakan harga SPAC adalah berdasarkan syarikat yang bakal diambil alih, pelabur perlu melakukan penyelidikan yang teliti terhadap syarikat yang menjadi sasaran sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

✅ Tiada asas pelaburan saham

✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin

✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri

✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham

✅ Tidak faham membaca chart

✅ Tiada panduan dalam melabur saham

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL

ANALISIS TEKNIKAL

SENTIMEN

TRADING PLATFORM

SCREENER

Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Saham 3.0

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.