Bila Donald Trump Acah-Acah Gaduh dengan Kim Jong-un

Minggu lepas bergegar seluruh pasaran saham Bursa Malaysia merah berdarah. Banyak saham yang jatuh harganya.

Kalau bahasa orang saham, harga saham buat ‘terjunan pandalela’.

Cuba tengok graf-graf di bawah:

1. Frontken Corp

2. Prestariang Berhad

3. Tambun Indah Land Berhad

4. AHB Holdings

Apakah catalyst yang mempengaruhi pergerakan harga saham?

9 Ogos 2017 tempoh hari Korea Utara mengancam AS untuk tembak peluru berpandu ke Guam, pulau Pasifik yang berada di AS. Guam ni adalah pangkalan tentera AS.

Ancaman itu keluar setelah Presiden Donald Trump memberi kata dua kepada Pyongyang untuk hentikan ancaman atau berdepan padah diserang secara besar-besaran.

Sebagai pelabur runcit yang baru saja melibatkan diri dalam pelaburan saham, apa yang patut kita buat? Itu soalan yang selalu ditanya pada kami yang setahun jagung ni. Bila lautan bursa berdarah, duduk tepi sambil memerhati saja adalah jalan yang terbaik.

  1. Jika ada saham yang masih dipegang, ikut sahaja trading plan.
  2. Jika sudah pecah support, jual dulu.
  3. Cutloss adalah bertujuan untuk melindungi modal.

Berperang atau tidak AS dengan Korea Utara semuanya diluar kawalan kita. AS pun takkan bisik apa-apa kalau dia nak lancarkan nuklear kan? Jadi baiknya kita perhati saja dulu.

Pegang cash. Jangan gelojoh. Memang harga tengah murah.

Perhatikan kaunter-kaunter yang jatuh banyak, kalau jatuh disebabkan oleh masalah syarikat itu sendiri, maka perlu ambil masa lebih sedikit untuk kembali pulih. Tetapi kalau jatuh disebabkan jualan panik, biasanya masa yang diperlukan untuk pulih tak lama.

Inilah risiko dalam pelaburan saham yang perlu dihadapi oleh para pelabur. Rugi itu pasti. Hari ini harga turun esok lusa akan naik semula.

Tapi paling penting jangan berputus asa!

Artikel ini adalah olahan MajalahLabur.com dari posting asal Roslinah Laikoi

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA