Betul Ke Facebook Bakal Ditutup Di Eropah?

Sejak dari tahun 2004, masyarakat di seantero dunia telah diperkenalkan dengan Facebook. Boleh dikatakan, kegunaan Facebook sangat meluas di dunia, sama seperti negara Malaysia sendiri. Facebook ini merupakan antara alat yang penting dalam melakukan segala aktiviti harian kita semua. 

Antara aktiviti harian kita yang memerlukan Facebook adalah seperti berniaga, bersosial, berjual beli secara alam maya, bekerja juga memerlukan facebook untuk pengiklanan dan sebagainya serta banyak lagi. Namun persoalannya, betulkah Facebook bakal ditutup di Eropah?

Pengguna Facebook Berkurang, Apa Yang Telah Terjadi?

Sekitar minggu yang lalu, Facebook buat pertama kalinya dalam sejarah telah mencatatkan pengurangan pengguna harian di laman media sosial mereka mengikut beberapa sumber laporan. 

Sebelum ini, Facebook sering sahaja dilihat bertambah penggunanya dari hari ke hari dan sahamnya juga mempunyai banyak pelabur. Apa yang telah terjadi sebenarnya dengan Facebook? 

Ada yang mengatakan terdapat beberapa perkara yang menyebabkan Mark Zuckerberg mengeluarkan kenyataan ingin menutup Facebook di Eropah.

Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan, ia berlaku disebabkan perubahan ciri privasi Apple dan juga peningkatan persaingan daripada beberapa aplikasi berasal dari China, termasuklah TikTok yang semakin naik popularitinya. Selain itu, ia juga berlaku serentak dengan penurunan saham Meta yang masih berdagang di bawah nama Facebook.

Kenapa Eropah Tak Dibenarkan Guna Facebook? Perlu Melindungi Data Dan Privasi Pengguna? Apa Kaitannya…

Baru-baru ini, Mark Zuckerberg sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila mengancam untuk menutup sepenuhnya Facebook dan Instagram di Eropah. Ancaman dari Facebook ini ditujukan kepada Eropah sekiranya pihak mereka tidak dibenarkan untuk menyimpan dan memindahkan data dari benua tersebut ke dalam pelayannya di Amerika Syarikat.

Difahamkan kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi laporan tahunan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Menurutnya, penggubalan akta dan peraturan baharu tersebut menyukarkan operasi mereka di Eropah. Untuk pengetahuan anda, penggubalan akta baharu ini dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (CJEU) pada 2020 yang dikenali sebagai Privacy Shield.

Bagi mereka, undang-undang tersebut dilihat berbeza dengan perjanjian terdahulu yang membenarkannya untuk menggunakan data pengguna untuk tujuan operasi dan pengiklanan. Sebelum ini, mereka menjangkakan isu tersebut dapat ditangani pada tahun 2022, namun ianya dilihat seolah tidak menjadi. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah sememangnya amat ketat dalam melindungi data dan privasi pengguna.

Kesimpulannya, akibat sukar untuk menawarkan produk-produk mereka di Eropah, maka tidak mustahil mereka bakal menutup Facebook di sana. Dengan penutupan Facebook di Eropah, ia pasti akan memberikan kesan yang sangat besar kepada pengguna. 

Selain itu, peniaga-peniaga kecil yang bergantung dengan Facebook juga akan terkesan sekiranya Facebook ditutup. Nak berhubung melalui Facebook juga tidak boleh. Jadi, kesannya buat ramai terasa. Namun, keputusan yang terbaik perlu dilaksanakan supaya ia dapat diselesaikan dengan baik. 

Tak mahu ura-ura ini selalu ada dan menakut-nakutkan orang dari serata dunia pula. Walaupun ia hanya sebuah platform media sosial, tetapi mungkin ada ramai orang diluar sana bergantung kepada Facebook untuk urusan-urusan mereka. Tidak mustahil, siapa yang tahu kan.

Previous ArticleNext Article

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm