Dah Kenapa Coca-Cola Bayar Warren Buffett $592 Juta?

Siapa yang tak pernah minum minuman berkarbonat bernama Coca-Cola atau lebih dikenali sebagai Coke? Tahukah anda, pada asalnya syarikat Coca-Cola memasarkan pelbagai jenis minuman, di antaranya minuman perubatan pun ada.

Syarikat minuman tersebut telah dicipta oleh John Stith Pemberton pada akhir abad ke-19, dan kemudiannya telah dibeli oleh Asa Griggs Candler. Melalui strategi pemasaran syarikat yang cemerlang, Coca-Cola berjaya mendominasi pasaran sehinggalah pada masa kini.

Menurut catatan sejarah, Coca-Cola meraih namanya berdasarkan dua bahan asal minuman tersebut, iaitu Coca merujuk kepada sejenis daun yang bernama Coca, manakala Cola ialah sejenis kekacang (sumber kafein minuman tersebut).

Sungguhpun begitu, formula tradisi dan semasa minuman Coca-Cola menjadi rahsia perniagaan walaupun pelbagai percubaan, kajian atau eksperimen telah dibuat.

Perkongsian kali ini, bukannya bertujuan untuk menggali lebih dalam mengenai syarikat Coca-Cola, tetapi kami akan membongkar rahsia di sebalik, ‘mengapa Coca-Cola membayar Warren Buffett sebanyak $592 juta?’

James Quincey telah menjadi CEO kepada syarikat Coca-Cola bermula dari tahun 2016, dan mendapat gaji sebanyak $10 juta setahun. Manakala Warren Buffett dan firma syarikat beliau (Berkshire Hathaway) melabur ke dalam syarikat Coca-Cola, dan telah mencipta keuntungan hasil pendapatan dividen sebanyak $592 juta pada tahun 2017.

James Quincey wajib berkerja keras siang dan malam, bagi memastikan syarikat Coca-Cola terus maju dan mampu bersaing dalam landskap ekonomi dan persaingan di peringkat global. Pendapatan beliau boleh diklasifikasikan sebagai Active Income, kerana beliau perlu berkerja untuk mendapatkannya.

Warren Buffett dan firma syarikat beliau adalah digelar sebagai pelabur. Mereka menggunakan dana wang peribadi dan firma syarikat untuk melabur ke dalam syarikat seperti Coca-Cola. Sehinggalah beliau mampu meraih keuntungan $592 juta hasil daripada pelaburan tersebut.

Pendapatan beliau boleh diklasifikasikan sebagai Passive Income, kerana beliau tidak bekerja dan tidak menjual sebarang produk syarikat Coca-Cola, melainkan hanya melabur.

Kesimpulannya di sini, wang yang di jana oleh James Quincey boleh dikategorikan sebagai Earn Income, kerana beliau bekerja untuk mendapatkannya. Manakala wang yang diperolehi Warren Buffett berdasarkan pendapatan dividen boleh dikategorikan sebagai Portfolio Income.

Dalam sudut peruntukan undang-undang, terdapat jurang perbezaan yang tinggi apabila melibatkan cukai bagi pendapatan mereka.

James Quincey perlu membayar cukai pendapatan $10 juta beliau, dan kadar cukai pendapatan (di Amerika Syarikat) tersebut adalah tinggi iaitu sebanyak 45% atau bersamaan $4.5 juta dari wang tersebut. Cukai pendapatan tersebut adalah tinggi kerana beliau tinggal di Atlanta Georgia, Amerika Syarikat yang mengenakan cukai pendapatan yang tinggi.

Baki wang beliau yang tinggal hanyalah $5.5 juta, walaupun wang tersebut mempunyai angka yang masih besar, namun beliau hampir menghabiskan separuh gaji beliau kepada pembayaran cukai.

Warren Buffett meraih wang $592 juta hasil dari pendapatan dividen, dan ianya bersamaan lebih kurang 60 kali ganda pendapatan James Quincey. Walaubagaimanapun, disebabkan beliau meraih wang tersebut daripada bayaran dividen syarikat Coca-Cola, kadar cukai pendapatan yang beliau di kenakan hanyalah 20%.

Baki wang beliau yang tinggal lebih kurang $477 juta.

Adakah anda sudah dapat menghidu perbezaan besar di antara seorang usahawan dan pelabur? Warren Buffett tidak perlu bekerja, mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, membayar cukai pada kadar yang lebih rendah dan mempunyai pelbagai kelebihan yang lain.

James Quincey pula perlu bekerja keras, mendapat keuntungan hasil daripada pekerjaan, membayar cukai pada kadar yang tinggi.

Jika anda diberi pilihan, yang manakah menjadi pilihan utama anda?

Semestinya semua orang akan memilih kerjaya seperti Warren Buffett berbanding James Quincey. Oleh itu mulakanlah karier kerjaya anda sebagai pelabur dengan secepat yang mungkin.

Jika kita beralasan tidak mempunyai modal yang besar untuk bermula, mulakanlah berdasarkan keupayaan anda. Mungkin kita boleh bermula dengan seribu ringgit, sepuluh ribu ringgit, malahan seratus ringgit juga boleh.

Yang penting kita mula sekarang dan perlahan-lahan duit kita akan berkembang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN (US-ABC), Brian McFeeters berkata sektor itu merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan insurans.

Beliau berkata syarikat AS pada masa ini sudah beroperasi di Pulau Pinang dan Johor serta meninjau peluang untuk mengembangkan lagi operasi masing-masing.

Antara objektif misi itu adalah mendapatkan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam aspek seperti permit, kemudahan pengawalseliaan dan menarik bakat atau tenaga kerja untuk mengembangkan operasi.

“Menerusi bantuan yang tepat, kami dapat mempercepatkan lagi pengembangan kami selain meningkatkan pelaburan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program The Nation terbitan Bernama TV bertajuk “ASEAN Trade Strategy” yang dikendalikan oleh hos Gerard Ratnam.

Menurut laman sesawang AS-ABC, misi tiga hari itu bermula pada 12-14 Mei, 2026.

Menjelaskan selanjutnya, McFeeters berkata misi pelaburan yang telah mengunjungi Vietnam, Filipina dan Singapura selain negara-negara ASEAN di masa akan datang, melibatkan penyertaan syarikat baharu dan sedia ada yang berminat mengembangkan operasi mereka.

“Menerusi sokongan yang tepat, kami dapat mempercepatkan pengembangan operasi dan memperdalam pelaburan kami di Malaysia,” katanya.

McFeeters berkata AS-ABC turut mengatur mesyuarat dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); Kementerian Pendidikan Tinggi: Kementerian Digital selain Khazanah Nasional Bhd.

Beliau berkata misi itu juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi mesyuarat itu, katanya, dapat memberi peluang kepada firma terbabit meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia selain mengukuhkan hubungan dalam sektor berkaitan.

Pada masa sama, misi itu juga berharap dapat membantu dari segi memudah cara perniagaan AS beroperasi di Malaysia. “Misi ini juga menunjukkan perniagaan AS kekal komited terhadap pasaran ASEAN walaupun dalam ketidaktentuan semasa, termasuk membabitkan tenaga dan persoalan melibatkan tarif,” katanya.

Data laman sesawang Pejabat Perwakilan Perdagangan AS menunjukkan perdagangan Malaysia dan AS dianggarkan bernilai US$88.5 bilion (US$1 = RM4.92) pada 2025.

Eksport AS ke Malaysia pada tahun lepas berjumlah US$28.9 bilion atau meningkat 4.5 peratus daripada US$1.2 bilion pada 2024 manakala import AS ke Malaysia pula berjumlah US$59.7 bilion pada 2025 iaitu peningkatan 13.7 peratus daripada US$7.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, AS-ABC turut memperkenalkan satu pelan strategik “Advancing ASEAN: A Strategic Action Plan Supporting The Philippines 2026 Chairship” sebagai cadangan dasar yang boleh memberi manfaat kepada ASEAN serta perniagaan AS.

Pelan itu antara lainnya menggariskan cadangan sektor swasta AS-ABC yang dirangka dengan kerjasama ASEAN-BAC Filipina dan terhasil daripada pertukaran pandangan dengan kerajaan Filipina yang melibatkan lima tonggak strategik.

“Asas pelan itu adalah daripada lima kertas perbincangan dengan setiap satunya dibincangkan dalam sesi meja bulat khusus dari Mac hingga April 2026 bersama agensi kerajaan, rakan sekutu pembangunan dan masyarakat awam.

“Ini bukan bertujuan menyelesaikan keseluruhan agenda dengan satu tahun kepengerusian, sebaliknya mewujudkan asas-asas institusi dan menghasilkan kerja-kerja teknikal yang boleh diteruskan oleh kepengerusian Singapura pada 2027 dan seterusnya Thailand pada 2028,” menurut AS-ABC.

— BERNAMA