Dow Jones Crash Lagi, Malaysia Pun Kena Tempias

History repeats itself – Mungkin ini adalah hari dimana kitaran 10 tahun ekonomi akhirnya berlaku apabila Indeks Dow Jones mencatatkan penurunan sebanyak 1175 mata dalam tempoh satu hari perdagangan.

Semenjak Jumaat 2 Februari yang lepas, aktiviti penjualan besar-besaran mula berlaku apabila indeks telah turun 665 mata, tetapi melalui pandangan para penganalisa, ini merupakan correction yang sihat kerana indeks telah naik dengan banyak sejak Presiden Trump mengambil alih tampuk pemimpinan Amerika Syarikat pada Januari 2017 yang lepas.

Melalui perangkaan yang dikeluarkan oleh Bureau of Labor Statistics, Nonfarm payrolls (statistik pekerjaan) meningkat kepada 200,000  melebihi dari jangkaan awal sebelum ini hanya 180,000  dan purata gaji sejam meningkat kepada 2.9%. Memandangkan peluang pekerjaan meningkat serta kadar bayaran gaji bertambah, terdapat ura-ura mengatakan Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah.

Sumber: CNBC

Sejak Trump dilantik sebagai Presiden, Indeks Dow Jones mengalami peningkatan sebanyak 6884 mata ke paras tertinggi 25,520.96 mata pada 26 Januari 2018 yang lepas sebelum mencatatkan penurunan drastik pada 2 dan 5 Februari.

Bagi yang masih baru dalam pasaran saham, Indeks Dow Jones adalah merupakan penanda aras saham tertua didunia yang diguna pakai sejak tahun 1896. Ia mengambil kira prestasi purata 30 syarikat terbesar dalam pasaran New York Stock Exchange (NYSE) dan NASDAQ.

Nama SyarikatSimbolKaunter
3MMMMNYSE
American ExpressAXPNYSE
AppleAAPLNASDAQ
BoeingBANYSE
CaterpillarCATNYSE
ChevronCVXNYSE
CiscoCSCONASDAQ
Coca-ColaKONYSE
DisneyDISNYSE
DowDuPont IncDWDPNYSE
Exxon MobilXOMNYSE
General ElectricGENYSE
Goldman SachsGSNYSE
Home DepotHDNYSE
IBMIBMNYSE
IntelINTCNASDAQ
Johnson & JohnsonJNJNYSE
JPMorgan ChaseJPMNYSE
McDonald’sMCDNYSE
 MerckMRKNYSE
MicrosoftMSFTNASDAQ
NikeNKENYSE
PfizerPFENYSE
Procter & GamblePGNYSE
Travelers Companies IncTRVNYSE
United TechnologiesUTXNYSE
UnitedHealthUNHNYSE
VerizonVZNYSE
VisaVNYSE
Wal-MartWMTNYSE

*Kemaskini setakat 5 Feb 2018

Sumber: CNN Money

Jika pasaran tempatan menggunakan Indeks KLCI sebagai penanda aras ekonomi, maka Indeks Dow Jones juga begitu. Bagi siapa yang tak tahu, boleh baca Apa Itu FBM KLCI?

Cuma Indeks Dow Jones adalah jauh lebih besar dan lebih penting kerana Amerika Syarikat merupakan kuasa besar dunia. Jika pasaran Amerika ‘demam’ kita pun akan mengalami tempias ‘selsema’.

Buktinya sehari selepas kejatuhan 665 mata di Dow Jones pada hari Jumaat, pasaran KLCI turut menjadi lemah apabila mencatatkan penurunan sebanyak 17.41 mata kepada 1853.07. Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 966 berbanding 167. Dan pada hari ini, Indeks KLCI turun mendadak untuk hari kedua setelah Indeks Dow Jones tutup pada paras 24,345 mata semalam.

Setakat tengah hari ini, Indeks KLCI turun 50 mata pada 1803.03 dan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 936 berbanding 19.

Cut Loss Itu Penting, Simpan Modal Untuk Berjuang Lain Kali

Di kala banyak saham-saham mengalami penurunan akibat tekanan menjual yang tinggi, bolehlah sekiranya kita duduk di tepi dahulu sambil minum kopi. Modal kita banyak mana pun untuk mengubah pasaran saham, jadi lebih baik kita tunggu jerung-jerung yang bermodalkan berbilion ringgit untuk kembali membeli, baru kita join sekali.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.